BERKAYUH DI LAUT HIDUP

Berkayuh sampan
Di Laut Hidup,
Yang dipenuhi oleh pulau-pulau,
Setiap satu hanya
Ada satu penghuni
Mereka hidup bergaya tersirat,
Tersirat oleh lumrah-lumrah,
Yang memenuhi
Kepulauan itu
Termasuk segala ruang dan tempat
Lumrah-lumrah yg sedia ada
Sebelum mereka ditempatkan disitu
Mereka mengikut Lumrah yang ada
Tiada pilihan, tiada tukaran.

Namun aku tidak di kepulauan
Kerana udah aku pulangkan
Ku pulangkan pulau ke Empunya
Maka berbekal sampan ini
Berkayulah aku di Laut Hidup
Menyerah penuh kepadaNya
Yang Empunya Laut dan pulau

Maka berjagalah Aku bila berkayuh
Tersinggah jangan kepulauan
Lalu terperangkap
Lumrah-lumrah
Yang sukar dapat dilepaskan.
Maka sentiasalah
Aku berawas
Sambil mengayuh
Di Laut Hidup
Yang luas terbentang.

Dalam aku mengayuh Laut
Terpandangku
Ramai sampan
Sepertiku,
Sepertiku, mereka pulangkan pulau
Kepada yang Empunya
Lalu bersampan
Di Laut Hidup.

Apabila ku dekati
Aku terperanjat
Melihat Rasulullah
Sahabat-sahabat,
Orang beriman
Berada di sampan sampan itu
Berkayuh di Laut Hidup sepertiku.

Maka turunlah badai yang mengerunkan
Lalu memukul sampan-sampan
Yang ada,
Yang di hadapan
Sampan Rasulullah
Namun ku lihat
ramai lagi sampan
berhampiran baginda
Rupanya sampan nabi-nabi dahulu

Sesudah itu badai memukul pula
Sampan-sampan semua sahabat
Namun badai tidak sekuat dulu yang
Memukuli sampan Rasulullah dan para Nabi.
Sesudah itu badai datang kepada kami
Namun tidak sekuat dialami
Para sahabat nabi

Beginilah ragam di Laut Hidup
Sentiasa diuji
kekentalan Kita
Masih mahu
memegang ke taliNya serta berkata,”Cukup Allah swt bagiku!”

Bagaimana badai memukul
serta hidup menderita
namun ku terasa
puas lagi redha
kerana dapat bergantung hanya kepadaNya
juga terlepas aku
dari lumrah-lumrah
Pulau Hidup
Yang sangat
merbahaya lagi
menghayalkan.

Maka ku kayuh
Akan sampanku
Di Laut Hidup
Berpegang teguh kepada satu:
“Hidup dan matiku hanya untukNya!”

Maka kayuhku akan sampanku
Di Laut Hidup
Serah sepenuh
Kepada yang Empunya
Hidup dan matiku
DitentukanNya.

Apabila ku lihat
Ke belakangku
Ramai Sampan
Hampiriku
Dikayuh oleh anak-anak muda
Keadaan cemas kelihatan bingung
Seperti Rusa masuk kampung

Maka mereka mendekati sampanku lalu berkata,”Apa yang harus kami buat Pak Tua bersampan di Laut Hidup?”

Maka aku menjawab, “Teruskan mendayung di Laut Hidup berpaut hanya kepada yang Empunya walaupun dipukul badai yang kuat. Namun jangan sekali-kali kamu dekati atau Naik ke pantai Pulau Hidup kerana akan kamu dijerat oleh lumrah-lumrah yang memenuhi segala ruang dan tempat Pulau itu.”

Lalu sambung aku kepada mereka,”Ingatlah anak muda duduklah kamu dalam sampanmu dan jangan sekali-kali kamu turun ke Pulau Hidup kerana kamu udah dahulu pulangkan Pulau kamu kepada yang Empunya.”

Sambungku lagi,”Ketahuilah anak muda Pulau Hidup itulah pentas Empunya dan siapa ada di Pulau itu adalah senimanNya. Lumrah-lumrah itu adalah skripNya.”

Lalu aku pun berkayuh meninggalkan mereka sambil berpesan,”Ingat anak muda kalau kamu turun ke Pulau Hidup maka akan kamu dapati bahawa kamu tiada pilihan melainkan berlakon mengikut skrip Empunya.,,, Selamat Tinggal anak muda!”

Semasa mendayung sampanku, terlihatku peristiwa yang aneh,
Seorang tua di dalam sampannya yang sedikit jauh dari pantai Pulau Hidup, memanggil-manggil akan kenalannya yang asyik bergaya mengikut lumrah-lumrah di Pulau itu.

Setelah lama dan kepenatan ia menunggu dan memanggil akan temannya lalu dibocorkan kesemua Sampan yang berada di pantai itu.

Apabila temannya udah puas bermain dengan lumrah Hidup lalu mahu menaiki Sampan untuk bersama rakannya yang menunggunya di Sampan maka alangkah terperanjatnya melihat semua Sampan di Pantai itu udah dibocorkan. Justeru itu berkata ia kepada sahabat yang di Sampan,”kerana udah kesemua sampan-sampan ini dibocorkan maka tidaklah dapat aku mengikutimu!”
Maka sahabatnya yang berada di Sampan berkata,” Di sinilah sempadan perpisahan Kita, selamat Tinggal Musa!”.


*) Lumrah adalah sesuatu yg Kita buat tanpa disedari. Sesuatu kebiasaan atau kelaziman

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *