RINGKASAN 1
A. Makrifatullah dalam Islam
Makrifatullah adalah pengetahuan kerohanian yang mendalam yang membawa seseorang itu mengenal Allah. [1] Namun, Makifatullah bukan satu-satunya milik mutlak Islam. [2] Makrifatullah telah ada dalam tempoh pra Islam. Ahli-ahli Sufi sudah ada sebelum kedatangan Islam. [3] Ketika sudah diketahui bahawa Nabi Muhammad [saw] telah berhijrah ke Madinah membawa bersamanya agama Islam, sekitar 400 ahli Sufi daripada bukit-bukit dan lembah bertemu dengan Nabi Muhammad [saw] di Madinah untuk memeluk Islam di tangan Rasulullah. [4] Nabi Muhammad [saw] kemudian menempatkan mereka dalam Masjid dengan sahabat yang lain (yang tiada tempat tinggal selepas penghijrahan) dan mereka disebut sebagai “Ahli Sufah”. [5 ] Nabi Muhammad [saw] sangat mencintai mereka. Nabi Muhammad [saw] telah mengatakan bahawa makanan untuk dua orang, layak untuk tiga dan makanan untuk tiga orang, layak untuk empat dengan harapan para sahabat akan menjemput mereka (ahli Sufah) menyertai para sahabat semasa memakan atau meminum susu. [6] Pada waktu yang lain pula, ia akan berkata bahawa makanan untuk satu ini layak untuk dua; makanan untuk dua layak untuk empat dan makanan untuk empat adalah layak untuk lapan. [7]
Makrifatullah menjadi hamparan yang kukuh untuk agama Islam. Ia memperkukuhkan lagi rukun Islam serta rukun Iman yang pertama dalam kepercayaan kewujudan satu-satu nya Tuhan iaitu Allah SWT. [8] Oleh kerana itu Nabi Muhammad [saw] berkata kepada para sahabat untuk mengajar orang-orang Yahudi, yang ingin memeluk Islam, mengenal Allah terlebih dahulu sebelum mengatakan kepada mereka bahawa sembahyang lima waktu sehari semalam adalah wajib. [9] Dari itu, keseluruhan ulama Islam menekankan bahawa hal pertama dalam agama (Islam) adalah mengenal Allah. [10] Dengan ini, Imam Ghazali pernah berkata bahawa adalah wajib bagi seseorang untuk mengetahui siapa yang dia sembah sebelum dia menyembahnya . [11]
Sementara kita menerima bahawa Makrifatullah itu telah ada selama tempoh pra Islam dan kemudian melampaui ke masa Islam, namun sebuah fenomena aneh muncul pada akhir abad ketiga dan awal abad keempat Hijrah. Untuk pertama kalinya dalam Sejarah Islam inovasi baru (Bidaah) yang disebut “Tariqat” (Jalan) timbul. [12] Sebelum munculnya Tariqat, cara kebiasaan mengajar ilmu untuk mencapai Makrifatullah adalah melalui syarahan langsung. Hal ini dilakukan oleh seorang guru yang duduk di sebuah kerusi menyebarkan Makrifatullah kepada kumpulan individu-individu yang duduk mengelilinginya dalam lingkaran bulat. [13] Dengan munculnya “ Tariqat”, syarahan-syarahan yang tersebut di atas digantikan dengan sistem baru. Sistemnya adalah sebagai berikut:
1. Guru yang diberi nama Mursyid atau Syeikh (untuk membezakan mereka dengan guru-guru Makrifatullah yang awal atau asli yang tidak termasuk dalam “Tariqat”). [14]
2. Tariqat ini dinamakan daripada nama pengasas mereka. Jika nama Pengasas Thaifur, Tariqatnya adalah Thaifuriyah. Jika nama Pengasas Nuri, Tariqatnya adalah Nuriyah dan sebagainya. Dari saat itu, maka terciptalah Tariqat Thaifuriyah atau Tariqat Nuriyah dan sebagainya. [15]
3. Tariqat mempunyai gambar rajah yang menunjukkan nama-nama Mursyid / Syeikh dalam cara susunan naik. Mulai dari Mursyid / Syeikh yang berada di bawah garis dan kemudian naik ke gurunya, guru kepada gurunya dan seterusnya sampai mencapai kepada Nabi Muhammad (saw). Gambar rajah ini disebut sebagai “Silsilah”. [16] Syah Waliyullah meragukan keaslian Silsilah dan mengatakan bahawa tidak ada bukti bahawa ia turun daripada Sayidina Ali (ra). [17] Hingga kini, tidak ada satu pun catatan daripada Nabi [saw] atau para sahabat pernah menyebutkan atau menyentuh amalan “Silsilah”.
4. Untuk mengelakkan pelajar-pelajar mereka meninggalkan gerakan, mereka mengambil perjanjian kesetiaan daripada pelajar-pelajar mereka. Perjanjian kesetiaan ini disebut “Baiat” [18]. Amalan ini dianggap sangat serius hingga beberapa Tariqat menganggap tindakan menukar Mursyid / Syeikh sebagai “murtad” di bawah Syariah (Hukum Islam). Ini adalah salah satu-satu sebabnya Ulama Islam menyatakan bahawa Tariqat mempunyai Syariah mereka tersendiri berasingan daripada Syariah (Hukum Islam) yang telah ada. [19]
5. Para pelajar yang disebut sebagai “derwisi” diberi latihan kerohanian melalui meditasi. Dimulai dengan zikir lisan yang melibatkan mengulangi frasa tertentu atau kata-kata. Ini adalah peringkat yang terendah dan untuk mereka yang baru. Namun, diketahui bahawa banyak daripada para derwisi merasakan bahawa mereka telah sampai ke peringkat tinggi walaupun mereka berada di peringkat permulaan. Di peringkat permulaan ini, ia melibatkan mengulangi frasa atau kata-kata tertentu hingga 100,000 kali atau lebih dalam sehari. Jika ini tidak diselesaikan, ia akan dibawa ke depan ke hari berikutnya dimana ia akan ditambah kepada 100,000 pengulangan berikutnya. Selain dari zikir, kebanyakan Tariqat tidak mengadakan sebarang kuliah atau syarahan atau bimbingan berhubungan dengan Makrifatullah. Oleh kerana zikir ini sangat membosankan berserta dengan ketiadaan kuliah/syarahan/bimbingan yang diberikan berhubung dengan Makrifatullah, Ahmad Sirhindi telah mengatakan bahawa banyak daripada para derwisi ini terdampar di tepi jalan bahkan ada yang tersesat. [20]
Dari zikir lisan ia akan kemudian pergi ke hati. Meskipun mereka percaya bahawa hati yang mengulangi kalimat atau frasa-frasa tertentu, tetapi sebenarnya apa yang berlaku ialah pengulangan secara mental diserentakkan dengan detak jantung. Pada tahap ini sekiranya tidak ada peningkatan, tindakan mengulangi kalimat atau frasa-frasa akan membuat hati menjadi teransang lalu membuat derwisi itu menjadi panas baran tidak menentu. [21]
Dari hati, zikir menjadi sebuah “rahasia” (Sirr). Ini tidak lebih dari pengulangan kalimat atau frasa-frasa dalam minda. [22] Para derwisi harus terus melakukan hal ini hingga ia merasakan dorongan untuk tetap diam (berhenti mengulangi kalimat atau frasa-frasa ). Mereka kemudian akan duduk dalam diam dan menunggu pintu makrifatullah terbuka bagi mereka. [23]
6. Bagi Shaikh Moulay Al Arabi Ad Darqawi, beliau menunggu selama satu bulan dan beberapa hari sebelum Ilham Ilahi, “Aku Yang Awal dan Aku Yang Akhir, Aku Yang Zahir dan Aku Yang Batin,” [Al-Hadid (57): 3 ] datang dan selepas mendapat makna sebenar Ihlam itu maka barulah ia mencapai Makrifatullah. [24] Sayang sekali, sekiranya sudah ada orang (seperti di jalan tasawuf awal/asal menerusi syarahan) menjelaskan kepada Shaikh Moulay Al Arabi Ad Darqawi makna sebenar ayat-ayat (Al-Hadid (57): 3) itu, ia tidak perlu menunggu satu bulan dan beberapa hari untuk mencapai makrifatullah.
Dan Imam Ghazali kesal kerana kebanyakan derwisi tidak mencapai pengenalan yang hakiki ini walaupun menunggu begitu lama. Dari itu banyak derwisi telah mensia-siakan kehidupan mereka semasa menunggu. Sebahagian bahkan terlibat dalam khayalan dan dunia fantasi. [25]
7. Setelah bermakrifah, para derwisi diberi segulung Ijazah yang bererti mereka telah lulus dan Silsilah dengan namanya ditulis di dalam Silsilah sebagai Mursyid; lalu diberinya sebuah kitab mengenai wirid (Khirqatul Wirid); sehelai pakaian daripada Guru Mursyid sebagai tanda barakah (Khirqatul Tabaruk) dan wasiat daripada Mursyid baginya dan upacara “Talqin” diadakan sebelum ia dilepaskan. [26]
Dengan munculnya Tariqat, ada pendekatan baru (selain dari cara lama) dalam penyebaran Makrifatullah Islam. Ahmad Sirhindi menamakan pendekatan lama sebagai “Jalan Nabi Nabi” dan pendekatan baru sebagai “Jalan Wali Wali.” [27] Pengamal Makrifatullah cara lama menolak dan tidak dapat menerima Jalan (Tariqat) ini. [28] Ini adalah sesuatu yang asing bahawa untuk mengenal akan Allah, seseorang harus mengambil perjanjian kesetiaan dan melalui beberapa tahap zikir. Untuk menambahkan penghinaan , Penambahan lain dicipta. Seseorang itu harus melalui 4 tahap untuk mengetahui Allah, Iaitu: i) Syariah, ii) Tariqat, iii) Hakikat dan iv) makrifat. Ini jelas bertentangan dengan nasihat yang disampai oleh Nabi Muhammad [saw] kepada sahabat sahabat Baginda, untuk mengajar orang-orang Yahudi (yang ingin memeluk agama Islam) untuk mengenal Allah terlebih dahulu sebelum mengatakan kepada mereka solat 5 kali itu wajib. Hal ini juga bertentangan dengan nasihat daripada ulama Islam Lama (Khalaf) dan kontemporari (Baru/Salaf) bahawa hal pertama dalam agama ialah mengenal Allah. Jika untuk mengenal Allah itu sangat sukar , dalam masa yang singkat Islam sebagai Agama akan terhapus (lenyap).
Memperburukan lagi suasana yang tegang, timbul lagi pembaruan dalam Tariqat. Kepercayaan bahawa manusia boleh menjadi Allah (Baqabillah/ittihad) melalui zikir adalah sebuah penghasilan baru. [29] Hujah mereka ialah bahawa sama seperti besi yang tersangat panas, tidak ada perbezaan antara besi panas dan api. [30] Setelah mereka menjadi Tuhan, kedudukan mereka melebihi daripada Nabi Muhammad [saw]. [31] Di samping itu, Syariah tidak boleh diterapkan kepada mereka, kerana mereka sekarang sudah menjadi Tuhan. [32] Dengan sedemikian, segala Rukun Islam dan Rukun Iman luput daripada mereka. Jadi mereka tidak perlu melakukan solat, puasa, membayar zakat, menunaikan fardhu haji. Hukum hukum Syariah dalam hal Halal atau Haram dimansuhkan keatas mereka. Akhirnya, sebahagian daripada mereka menghalalkan ibu mereka sendiri. [33]
Hingga saat ini banyak yang mengaku menjadi Tuhan tetapi malangnya, dengan semua masalah yang dihadapi umat Islam, baik tempatan mahu pun antarabangsa, tidak ada yang bertindak untuk menyelesaikannya. Mungkin mereka sekarang harus ke depan dan membawa damai di dunia serta menyelesaikan masalah-masalah ekologi yang dihadapi dunia sekarang ini. Pastinya, tiada siapa yang akan kedepan . Dengan demikian akan terlihat betapa konyol dan bodohnya perakuan mereka itu. Lucunya, mereka ada pengikut!
Seolah-olah pembaharuan yang diterangkan dalam perenggan diatas tidak mencukupi, mereka mengistiharkan kepada umum bahawa mereka telah menjadi Tuhan, dengan melaungkan secara terbuka kata-kata, “Akulah Yang Maha Benar!”, [34] “Akulah Allah!” [ 35] “Akulah Yang Maha Tinggi, alangkah Agungnya Aku!” [36] “Aku Yang Maha Berkuasa keatas setiap ciptaan!”. [37] Mansur Al Hallaj, Hamzah Fansuri dan Syeik Siti Jenah dihukum mati di bawah hukum Islam kerana berani mengisytiharkan diri sebagai Tuhan. [38]
[1] Imam Ghazali, Ihya Ulumiddin Bk. 1, 94-97 (1981).
[2] Abu Al Wafa Al Ghamini Al Taftazani, Perkembangan Tasawwuf Islam, 2 (1996).
[3] MM Shariff, Sejarah Islam Dari Segi Falsafah, 314 (1994).
[4] Zainal Ariffin Abbas, Ilmu Tasauf, 51(1991); Mohd Sulaiman Hj Yasin, Mengenal Ilmu Tasawuf (Pengantar), 30 (1997).
[5] Akram Diya Al-Umari, Masyarakat Madinan pada masa Nabi Vol.1, 86 (1991).
[6] Terjemahan Sunan At Tirmidzi, Buku 3, 368 (1994).
[7] Terjemahan Sunan At Tirmidzi, Buku 3, 369 (1994).
[8] Terjemahan Sahih Muslim Bk. 1, 4 -5 (1994).
[9] Terjemahan Sahih Muslim Bk.1, 28 (1994).
[10] Al Quraisy An Naisaibury, Risatul Qusyairiah, 8 (1997); Syeikh Abdul Qadir Al Jilani, Sirrur Asrar, 17 (1997).
[11] Imam Ghazali, Minhajul Abidin, 24 (1997).
[12] Abu Al Wafa Al Ghanimi Al Taftazani, Perkembangan Tasawwuf Islam, 19 (1996).
[13] Abu Al Wafa Al Ghanimi, Perkembangan Tasawwuf Islam, 19 (1996).
[14] Aboebakar Atjeh, Pengantar Sejarah Sufi dan Tasauf, 49 (1977).
[15] Hamka, Perkembangan Tasauf Dari Abad Ke Abad, 110 (1976)
[16] Aboebakar Atjeh, Pengantar Sejarah Sufi dan Tasauf, 49 (1977).
[17] G N Jalbani, Pengajaran Shah Waluyullah dari Delhi, Op cit, 84.
[18] Aboebakar Atjeh, Pengantar Sejarah Sufi dan Tasauf, 49 (1977).
[19] Id, 321.
[20] Muhammad Abd Haq Ansari, Op Cit, 90.
[21] Penulis melihat sendiri kesan yang terjadi keatas keluarganya yang menggamalkan Jalan Tariqat.
[22] Aboebakar Atjeh, Op cit, 50.
[23] Ibid.
[24] Abd Qadir Al Sufi, The Way of Muhammad, 169-179 (1997).
[25] Imam Ghazali, Keajaiban Hati, 47 (1979).
[26] Aboebakar Atjeh, Op cit, 50.
[27] Muhammad Abdul Haq Ansari, Sufism and Shariah, 211 (1986).
[28] M.M. Shariff, SejarahIislam Dari Segi Falsafah, 317 (1994).
[29] Abu Al Wafa Al Ghanimi Al Taftazani, op cit, 129.
[30] Mohd Sulaiman Hj Yasin, Mengenal Ilmu Tasawuf 2, 150 (1992); Mohd Sulaiman Hj Yasin, Mengenal Ilmu Tasawuf 2, 141 (1992).
[31] Zakaria Stapa, Tokoh Sufi dan Penyelewangan Akidah, 69 (1998).
[32] M.M. Shariff, op cit, 318.
[33]Abu Hasan Ali Nadwi, Penyelamat Kerohanian Islam, 213 (1993).
[34] Zakaria Stapa, Tokoh Sufi dan Penyelewangan Akidah, 99 (1998).
[35] MB Rahimsyah AR, Wali Songo Perjuangan dalam Dakwah Islam, 235 (2000).
[36] Ibid.
[37] Ibid.
[38] Hj Aboebakar Atjeh, Pengantar Sejarah Sufi dan Tasauf, 282,283 (1977); MB Rahimsyah AR, Wali Songo Perjuangan dalam Dakwah Islam, 230 (2000).
——-
artikel dikutip dari gnosticman.org
KOMENTAR