Q&A: SENDA GURAU-NYA (KELAKAR)
Ustadz Hussien Abd Latiff: Anakku, kita lihat Allah swt dari sudut Tuhan yg Keras dan “No nonsense” (Tidak macam-macam). Namun kalau kita lihat dari sudut yg lain, kita dapat menyaksikan bahawa Allah swt sungguh-sungguh Maha Kelakar (Humurous). Contoh Maha KelakarNya Dia:
- Kenapa lantik Azazil (Iblis) dan kuncu-kuncu yg dijadikan darpada api menjadi sebahagian dari kumpulan malaikat yg djadikan daripada Nur. (Hehehe… Kerana Dia tahu bahawa Malaikat terlampau jujur dan taat justeru itu, tidak akan berani mengingkari perintahNya).
- Memerintah Iblis dan kuncu-kuncunya supaya sujud kepada jasad Adam as yg terbujur di dalam syurga. (Hehehe… Tak kan Dia tak tahu mereka tidak akan berbuat begitu.)
- Kenapa pilih Adam as yg jasadnya masih terkulai layu di syurga sebagai Khalifah. Kenapa tidak pilih Iblis yang sangat taat lagi kuat beribadah kepadaNya. (Hehehe … Sengaja Dia berbuat begitu kerana Dia sudah tahu Iblis akan engkar. Keingkaran Iblis juga siapa ilhamkan? Hehehe.. Siapa goda iblis sebelum iblis jadi iblis?) Kerana keingkaran Iblis dan kuncu-kuncunya maka mereka dihalau daripada syurga. Mereka menghuni bumi-bumi yg terdapat di angkasa lepas dan mengikut Rasulullah saw ramainya mereka nisbahnya 9 mereka berbanding dengan 1 kita dan mereka menyembah Taghut. Sekarang berbalik kita ke pertanyaan apa perlunya Khalifah apabila ada Nabi-Nabi dan Malaikat-Malaikat? (Kerana Malaikat-Malaikat ada tugas mereka tertentu dan Rasulullah saw adalah khataman nabi. Dan Dia tahu iblis dan syaitan-syaitan masih tidak menyembahnya sebelum dan selepas masa Rasulullah saw kerana itulah siang-siang lagi kita udah dilantik jadi Khalifah untuk menerima di hari muka Amanah untuk kembalikan Iblis dan syaitan-syaitan di atas untuk menyembah Allah swt yg Amanah ini ditolak oleh langit, bumi dan gunung-gunung. Justeru itu juga Dia memberi kita ilmu dan kelengkapan unuk membantu kita menjalankan Amanah ini).
- Melihat Adam as mundar mandir di dalam syurga seorang diri, Dia bertanya kenapa kamu mundar mandir dan Adam as menjawab bahawa dia kesunyian. (Hehehe… Tak kan Allah swt tidak tahu).
- Kerana Adam as kesunyian maka Dia jadikan Hawa. (Hehehe… Sudah ada dalam LM dan Dia tahu).
- Dia jadikan Hawa dari tulang rusuk Adam as. Kerana Kaum Hawa dijadikan dari tulang rusuk maka bagaimana pun kita mahu luruskannya tetap bengkok juga kerana itu banyak penghuni neraka adalah Kaum Hawa. (Hehehe… Sengaja pilih tulang rusuk yg bengkok kenapa tidak yang lain yg tidak bengkok).
- Berpesan kpd Adam as dan Hawa jangan memakan buah khuldi itu. (Hehehe… Tak kan Dia tak tahu mesti makan punya).
- Kerana dihalau dari syurga kerana tak sujud kpd kita maka iblis menggoda Hawa dan Adam memakan buah yg telarang itu seperti tertera di dalam Al Quran. (Hehehe… Nabi Adam as pecahkan rahsiaNya dengan berkata ini udah dituliskan 40 tahun sebelum dia dijadikan) [1].
- Kerana melanggar larangan Allah swt, Adam dan Hawa dihalau dari syurga dan diperintahkan turun ke dunia. (Hehehe… Dunia sudah ada mesti makan punya).
- Kerana Hawa membuat Adam as memakan buah khuldi itu maka dia dihukum dengan beban melahirkan dan menyusukan anak. (Hehehe… Sudah tentu kerana Nabi Adam as seorang lelaki tidak akan boleh berbuat begitu kerana tidak mempunyai “organ-organ” tertentu. Di sini juga kita lihat, haiwan pun ada yg jantan ada yg betina, mereka tidak makan buah khuldi).
- Sesudah memerintah manusia turun ke dunia, Allah swt mengingatkan manusia berwaspada terhadap iblis dan kuncu-kuncunya yg udah menyesatkan nenek moyang kita. (Hehehe… Tapi syaitan-syaitan ini pula berkata bahawa mereka hanya boleh menyesatkan mereka yg UDAH DITETAPKAN oleh Allah swt).
- Allah swt mengugut memasukkan orang tidak beriman ke dalam Neraka atau Neraka Jahanam. Mereka disisksa teruk dan ada dibakar kulit mereka lepas itu dikembalikan semula kulit mereka dan dibakar lagi. Siska dalam Neraka kekal selama-lamanya. (Hehehe… Kalau yg disiksa dalam Neraka kekal selama-lamanya maka dia udah “on par” (setaraf) dengan Allah swt iaitu dia kekal = Allah swt kekal. Kerana udah setaraf maka dia boleh panggil Allah swt, “Hello Brother!”).
Kalau begitu siksa orang tidak beriman kenapa tidak hilangkan mereka sahaja atau jangan mencipta mereka. Ini lebih baik, namun apabila Rasulullah saw merintih mengenangkan nasib umatnya yg tidak beriman, baginda ditegur oleh Allah swt bahawa kalau Allah swt mahu tentu Allah swt boleh buat mereka semua beriman [2]. Kenapa tidak berbuat begitu? kerana jelas Dia mahu adanya orang tidak beriman. Ini dikuatkan lagi dengan Dia memberi apa sahaja kepada orang beriman dan yg tidak beriman sama seperti rezki, kasih sayang, matahari, bulan, hujan, kekeluargaan, siang dan malam dll.
Apabila Rasulullah saw bersedih hati kerana tidak dapat membuat orang yg terdekat dengan baginda beriman, Allah swt tegur baginda dengan berfirman bahawa hanya Allah swt sahaja yg boleh buat mereka beriman bukan Rasulullah saw. Kenapa tidak buat mereka beriman supaya dengan itu mereka terlepas dari siksa di hari kemudian. Jawapannya, Allah swt mahu begitu keadaannya.
Ini dikuatkan lagi dengan firmanNya yang bermaksud bahawa Dia yg mengilhamkan kefasikkan dan ketakwaan [3]. Maka jelas orang tidak beriman ilham yg sentiasa datang kepada mereka adalah kefasikkan.
Ini semua udah termaktub dalam LM [Lauh Mahfudz] Nya semenjak Dia firman, “Kun”. Dan Syeikh Abdul Qadir Al Jilani berkata bahawa kita tidak ada pilihan melainkan menerima ketetapanNya. Dan Allah swt juga ada berfirman bahawa Ketetapan atau Sunnahtullah atau RencanaNya tidak akan berubah.
Ini bererti orang-orang yg tidak beriman tidak ada pilihan melainkan akan masuk ke Neraka. Dan Kaum Hawa kerana dijadikan dari tulang rusuk yg bengkok kerana itu tidak berpeluang menjadi lurus justeru itu, tidak ada pilihan melainkan menjadi penghuni Neraka yang terbanyak.
Kenapa haiwan tidak dihisab dan dimasukkan dalam Neraka, mereka berzina sewenang-sewenangnya, bunuh dengan kejam, tidak istinjak, jarang mandi dan ada yg berpenyakit gila. Mereka juga mempunyai akal seperti kita.
Anakku, kalau kita tidak melihat dari sudut Maha Kelakarnya Allah swt maka kita akan beranggapan bahawa Allah swt adalah Tuhan yg sangat zalim dan kejam (diabolical), suka menyiksa (sadistic), perwibaan yg berubah-berubah (split personality) dll
Namun apabila kita lihat dari sudut Maha KelakarNya Dia maka tersenyumnya kita sambil berkata,”Benarlah Dia ada Big Sense of Humour (besar kapacitas kelakarNya)”. Dan ini diiktiraf olehNya dengan firmanNya yg bermaksud bahawa hidup di dunia ini hanyalah senda gurauan dan main-main. Justeru itu, bolehkah kita menyalahi Dia yg hanya mahu bergurau?
Di Spanyol (Spain) selalu ada peraduan membunuh banteng (bull) oleh Matador (nama diberi pada orang yg membunuh banteng itu) dengan hanya menggunakan pedang sahaja.
Setiapkali banteng dibunuh oleh matador, jasad banteng itu dihantar ke kedai jual daging untuk dijual daging banteng itu kepada orang ramai. Setiapkali ini berlaku, seorang tua akan datang membeli bahagian sulit banteng itu yg bukan sahaja besar tetapi apabila dibuat sup akan memberi tenaga.
Sudah begitu lama dia berbuat begitu, alangkah terperanjat dia apabila kali ini dia buka bungkusan dari kedai jual daging itu, dia dapati kali ini bahagian sulit banteng itu sangat kecil. Lalu bergegas dia ke kedai jual daging dan memarahi penjual daging itu kerana mahu menipunya kerana kali ini bahagian sulit banteng yg diberi kpdnya terlampau kecil.
Penjual daging itu memohon ribuan maaf dari orang tua itu sambil berkata, “Maaf tuan, saya lupa mahu beritahu tuan semasa tuan membuat pembelian tadi bahawa ini hari alangkah sedihnya Matador yg terbunuh bukan banteng!”Kalau kalian dapati di atas ini sungguh kelakar, ini ilham yang diberi kepada si-kecil kalau kelakar itu datang langsung dari yang Maha Besar bagaimana pula? Mungkin kita ketawa terbahak-bahak sampai inna lilahi wainna ilahi rajiun.
References :
[1] Aku mendengar Abu Hurairah mengabarkan dari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, beliau bersabda: “Adam dan Musa saling berargumentasi. Musa berkata, “Wahai Adam, engkau adalah bapak kami, engkau telah merugikan kami dan engkau telah menjadikan kami keluar dari surga! Adam menjawab, “Wahai Musa, Allah telah memilih dan memberimu kitab Taurat, kenapa engaku menyalahkan aku atas suatu perkara yang Allah telah tetapkan terhadapku empat puluh tahun sebelum aku diciptakan?” Maka Adam dapat mengalahkan Musa.” Ahmad bin Shalih menyebutkan dari Amru, dari Thawus, ia mendengar dari Abu Hurairah. (HR. Abu Daud: 4079) –
[2] “Dan jika perpalingan mereka (darimu) terasa amat berat bagimu, maka jika kamu dapat membuat lobang di bumi atau tangga ke langit lalu kamu dapat mendatangkan mukjizat kepada mereka (maka buatlah). Kalau Allah menghendaki, tentu saja Allah menjadikan mereka semua dalam petunjuk sebab itu janganlah sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang jahil” QS Al-An’am : 36
[3] maka Dia mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan ketakwaannya, (Terjemah QS Al-Syams : 8)
Catatan: Artikel tanya jawab ini diperuntukkan bagi yang sudah memahami kajian Makrifatullah. Apabila ada diantara pembaca yang belum memahami, harap terlebih dahulu membaca SILABUS KAJIAN dan mengikuti dengan runut pembahasan satu per satu sejak awal.
Nak tambah ust hehe.. Kenapa hanya sedikit yang Allah pilih untuk mendapat bahagian dari penghulu segala ilmu yg. ust. telah sampaikan, kerana tak best menonton di panggung wayang kalau terlalu sesak sebab tiket free hehe.. Itu hak yang maha pengasih lg maha penyayang.