KEMATIAN

Setelah lama terlantarku di kamar,
Maka di awal pagi di dalam kedinginan rasa,
Terasa sesuatu bangkit dari ulu hatiku,
Sesuatu kesejukan yang menuju ke kerongkongku,
Dari situ, ia naik mendapatkan kedua mataku,
Lalu ia terbalikkan kedua mata hitamku,
Meninggalkan hanya keputihan biji mataku,
Justeru itu masuk ia ke dalam mindaku,
Lalu pergi ia kebelakang mindaku,
Sesampai ia ke hujung tempat mindaku,
Ia berpusing serta menuju pula ke hadapan mindaku,
Apabila sampai ke dahiku di atas kedua keningku,
Maka terbukalah jendela mata ketiga,
Maka terkeluarlah ia dari jendela itu, rohku.
Rohku berbentuk mikro terapong di depan dahiku.
Sesudah itu, rohku ditolak gelombang,
Gelombang yang terbit dari denyutan nyawa,
Inilah yang dikatakan sakaratul maut,
Rohku ditolak sampai kepada sebuah pintu,
Pintu ini yang tertutup,,, Pintu Alam Bazakh,
Maka tercegatku dihadapan pintu itu, menunggu.
Lalu terasa sesuatu di halkumku [jakun],
Maka terkeluarlah Minda batinku dari jasadku,
Lalu bersatulah dengan rohku yang menunggu,
Justeru itu, terberhentilah penafasanku,
Diikuti dengan nyawaku ditarik pergi.
Maka tinggallah jasadku terkulai sepi.
Maka terbukalah Pintu Alam Bazakh,
Maka jiwaku dijemput masuk ke Alam itu
Apabila masuk sahajaku ke dalamnya,
Maka tertanggal kesemua ikatanku kepada dunia.
Seperti aku dilahirkan semula lagi,
Tanpa apa jua ingatan serta memori lama.
Begitu juga rupaku berubah, kembali ke rupa asli,
Rupa jiwaku semasa di Alam Azali.
Kesemua di Alam Bazakh berupa seperti ku,
Rupa yang berbeza dengan rupa di dunia,
Maka ku pandang ke arah dunia yang ku tinggalkan,
Maka sedarlah aku, mereka dalam lakonan,
Lakonan dunia yang mesti dijalankan
Mengikut Buku Kehidupan yang dinamakan Takdir,
Berlakonlah mereka sehingga akhir perjalanan,
Iaitu sampai ke akhir hayat mereka dituliskan,
Sesudah itu Jiwa mereka kembali ke Alam Bazakh,
Tempat berihat menunggu Hari Kebangkitan.


Catatan: Artikel tanya jawab ini diperuntukkan bagi yang sudah memahami kajian Makrifatullah. Apabila ada diantara pembaca yang belum memahami, harap terlebih dahulu membaca SILABUS KAJIAN dan mengikuti dengan runut pembahasan satu per satu sejak awal.

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

1 Response

  1. Mustazar Said says:

    Alhamdulillah. terima kasih Ustaz.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *