JIWA YANG TENTERAM

Anakku, di Alam Azali, Kita udah mempunyai roh dan Minda, Penglihatan dan Pendengaran serta memori kerana Kita udah diperkenalkan kpd Allah swt dan Dia udah ambil kesaksian daripada Kita.

Apabila Kita akan dilahirkan ke Alam Dunia, Allah swt memasukkan ke dalam Jasad bayi yg sedang menunggu itu roh Kita dahulu. Ini disusuli dengan Pendengaran, Penglihatan dan Minda atau Hati (Batin) namun tanpa memori (Kehidupan Alam Azali).

Namun sebelum Jiwa Kita masuk ke Jasad bayi itu, Allah swt udah sematkan pengenalan kita kepadaNya ke dalam Hati kita kerana itu Jiwa menjadi tenteram apabila ia masuk ke Jasad bayi itu.

Begitu juga apabila terjadi kematian, Jiwa akan masuk ke Alam Bazakh dengan tenteram kerana cahaya makrifat itu masih ada bersamanya dan tidak dibawanya sifat-sifat (termasuk.memori) yg tertinggal bersama dengan Jasad.

Apa yg Ayah mahu tekankan ialah:
1. Ketenteraman Jiwa sebelum masuk ke atau keluar dari Jasad adalah kerana Pengenalan kpd Allah swt telah tersemat di dalam Hati bukan hasil dari sifat-sifat terutama sifat Rasa yg berada dengan bayi itu.

2. Jiwa masuk (semasa lahir) dan keluar (semasa mati) tanpa memori langsung dari Alam Azali atau Alam Dunia.

3. Kalau Jiwa masuk atau keluar dengan memori maka udah tentu Jiwa ngak bisa aman.dan sandiwara Ilahi ngak ada penghujung

Semoga Anakku mendapat pencerahan dari Tazkirah Ayahmu ini, aamin Ya Rabbil alamin!

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *