HIDUP BERSANDARKAN KEJUJURAN
Ayah: Anakku, hendaklah hidupmu bersandar kepada KEJUJURAN seperti Rasulullah saw dipanggil “Al Amin” (Yang Jujur). Ini terutama kerana kamu udah mencapai Makrifatullah.
Dari KEJUJURAN ini, ia akan membuahkan:
1. KEADILAN sesuai dengan firman Allah swt supaya kamu menjadi seorang yang ADIL walaupun terhadap dirimu sendiri ataupun terhadap orang yang terdekat dengan kamu. Ini hanya boleh tercapai sekiranya kamu adalah seorang yang jujur. Suatu ketika seorang yahudi memarahi Rasulullah saw kerana baginda dikatakan belum membayar hutang baginda kepadanya. Lalu para sahabat mahu memukulnya kerana biadapnya dia kpd Rasulullah saw. Namun Rasulullah saw melarang mereka berbuat begitu seraya berkata bahawa yahudi itu berhak memarahi baginda kerana baginda belum melunaskan hutang baginda kpdnya. (Lihat kejujuran baginda dalam perkara ini.)
Mendengar itu, maka para sahabat pun melangsaikan hutang baginda.
2. KELUHURAN (SIMPLETON). Tidak bermacam-macam. Maksudnya, Orang yang lurus, bahagia dan hidup tidak menyusahkan orang lain. Sesiapa yang mengenalinya berasa senang dengannya.
3. Hidup penuh dengan kesederhanaan. Maksudnya, dia tidak memerlukan kemewahan untuk hidup. Asal dia ada pakaian menutup, auratnya, sedikit makanan mengisi perutnya dan kesihatan untuk meneruskan ibadahnya kepada Allah swt maka dia udah bahagia.
Inilah corak hidup Rasulullah saw dan para sahabat yg terdekat dengan baginda.
Harap diatas ini membawa pencerahan dalam hidupmu anakku.
Insya-Allah, esok Ayah akan kupas berkenaan HATI kerana sekiranya Hati disalah ertikan maka tidak akan datang kefahaman berkenaan NST, ROC, PINTU DEPAN, PINTU BELAKANG dan lain-lain lagi.
KOMENTAR