WAJAH YANG MAHA HALUS
Anakku yg dirindui. Ayah mahu perhalusi beberapa perkara seperti berikut:
1. Apabila seseorang itu berkata dia wujud, maka dia udah tidak secara langsung mengatakan Al Quran itu adalah palsu (ini seperti tomahan orang-orang kafir). Ini adalah kerana Al Quran menyatakan bahawa Allah swt adalah semua yang Zahir dan semua yang Batin.
2. Sama juga kalau Kita Kata kita wujud maka Al Quran menjadi palsu kerana apabila Kita wujud bererti kewujudan Kita termasuk juga apa yang berkait dengannya adalah hak milik kita. Maka Al Quran menjadi palsu kerana menyatakan bahawa apa jua di Langit dan Bumi hak milik Allah swt.
3. Harap prihatin bahawa pandangan Syariah dan Sufi berbeda. Syariah menyatakan ciptaan diciptakan tetapi Sufi menyatakan terzahir. Justeru, Syariah melihat dua kewujudan iaitu Pencipta dan ciptaan. Tetapi Sufi melihat hanya satu kerana ciptaan hanyalah satu penzahiran.
4. Prihatin juga bahawa Yang Maha Halus berwajah kerana Ia adalah sebahagian dari Allah swt. Tetapi Dzat terzahir daripada yang Maha Halus. Kerana itu Dzat adalah awal ciptaan serta wajibul wujud pada ciptaan yg lain (mungkinul wujud). Contoh, Padi tidak terzahir kerana ia adalah sebahagian dari Pokok Padi tetapi beras dan nasi terzahir.
Semoga semua anakku mendapat manfaat, aamin Ya Rabbil alamin!
[11:55 AM, 9/21/2020] Faizal Daira: Alhamdulillah… Terima kasih Ustadz…
Maaf Ustadz jadi yang berwajah itu Yang Maha Halus ya Ustadz bukan Dzat?
[12:53 PM, 9/21/2020] Ustadz Hussien Abd Latiff: Benar. Dari wajah Yang Halus itu terzahir Dzat wajibul wujud.
[12:59 PM, 9/21/2020] Faizal Daira: Alhamdulillah Ustadz… Terima kasih… 🙏
[1:01 PM, 9/21/2020] Rio: makasih Ustadz. Selama ini saya mengira bahwa “Dzat” itulah “wajah” dari yang Maha Halus itu. Ternyata bukan begitu ya ustadz?
[1:05 PM, 9/21/2020] Ustadz Hussien Abd Latiff: Ini untuk mengelak dari terjerumus kepada kefahaman bahawa Yang Halus terzahir dari Allah swt justeru itu ianya awal ciptaan bukan Dzat.
[1:49 PM, 9/21/2020] Ustadz Hussien Abd Latiff: Wajah makna Rupa seperti “Lobang yang tidak tembus.”
Apabila ia bercahaya maka terzahirlah Dzat.
Maka Allah lah Cahaya Langit dan Bumi.
[2:01 PM, 9/21/2020] Faizal Daira: Alhamdulillah… Terima kasih Ustadz… 🙏
KOMENTAR