TASAWUF YANG BERKERANGKAKAN SYARIAH
Anakku, walaupun Kita Ahli Sufi beroperasi dalam kerangka Syariah namun ini setakat ibadah. Apa yg Rasulullah saw udah tunjuk ajar dari segi ibadah maka janganlah tokoh-,tambah kerana Rasulullah saw bersabda apa jua yang baru adalah Bidaah dan Bidaah menyesatkan. Allah swt berfirman,”Apa yang diberikan Rasul kepadamu, maka terimalah. Dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah amat keras hukumannya. [al Hasyr : 7:1]
Namun dari segi Ilmu maka ilmu Ahli Sufi dan Ahli Syariah amat berbeda. Ilmu Ahli Sufi hanya khusus berkenaan Ilmu Tasawuf (Ketuhanan) tetapi Ilmu Ahli Syariah adalah pelbagai. Berkenaan Ilmu Ahli Sufi, Abu Hurairah (ra) pernah berkata bahawa kalau aku menceritakannkpdmu apa yg Rasulullah saw ajarin aku, kamu akan penggal leherku. Ini benar kerana Ilmu Syariah itu seperti menceritakan batang, dahan dan daun pokok yg tumbuh di atas tanah tetapi Ilmu Tasawuf seperti menceritakan akar pokok yg ada didalam tanah. Justeru itu, Ahli Syariah menterjemahkan yg nampak tetapi Ahli Sufi mentakwilkan yg tidak nampak terutama Ayat-ayat yg sangkut paut dengan Ketuhanan.
Ahli Sufi juga mempunyai Mata yg udah tajam yg bisa melihat Kebenaran yg membawa kepada Kesedaran yg jati justeru air Mata mereka jatuh bertitisan ke pipi mereka.
Mereka juga tahu menerusi Nafi & Isbat bahawa Yang Maha Halus sentiasa melihat mereka dan mereka melihat Yang Maha Halus. Mengikut Shah Waliyullah, Ahli-ahli Sufi udah sampai ke makam Ihsan. Tetapi Ahli Syariah masih terkial-kial mencari untuk mencapai makam ini.
Anakku, maka kalau Kalian, Ahli Sufi, mahu hidup bersama Ahli Syariah maka Kalian kenalah beroperasi dalam kerangka Syariah. Kalau tidak BERSENDIRIAN-lah seperti Khidir (as) yg langsung tidak dikenali dan difahami sehingga kini.
Semoga Anakku mendapat pencerahan dalam Tazkirah Ayahmu ini aamin Ya Rabbil alamin!
Sahry Ramadhan : Assalamu’alaikum wr. Ustad dikalangan tassawuf sangat masyhur ” *Barang siapa yang mengenal dirinya, sungguh ia telah mengenal Tuhannya*.” (hadits qudtsi, namun banyak berselisih ahli syariah termasuk ibnu taimiyah, ttg otentisitas ungkapan ini) . Boleh tanya pandangan ustad ttg pandangan ahli syariah tsb tentang ada apa yang mengkhaeatirkan bagi ahli syariah ttg ungkapan ini….. Dan ditinjau dari pandangan ahli sufi, dari pandangan ustad yang juga dibenarkan oleh Imam Ghazali *Barang siapa yang mengenal Tuhan Nya, maka dia tidak wujud*. Dari pada ungkapan sebelumnya terhadap pandangan ustad ini, dimana letaknya perbedaan dan tingginya terhadap keyakinan Makrifatullah? Mohon maaf ustad pertanyaannya ingin mendapatkan pandangn yang lebih luas tentang ahli sufi ini dan hubungannya dengan ai syariah saat ini.
Ustadz Hussien Bin Abdul Latiff: “Barang siapa yang mengenal dirinya, sungguh is telah mengenal Tuhannya.”
Sudut Syariah, kalau Kita kenal diri kita adalah ciptaan. maka sudah tentu Kita kenal ada Penciptanya.
Dari sudut Ahli Sufi, mengikut Prof Aboebakar Atjeh bahawa mengenal Hakikat (diri Kita) membawa kepada Makrifatullah (pengenalan kpd Allah)
Anakku, Allah swt berfirman, “Apakah kamu lebih sulit penciptaannya ataukah langit? Allah telah membina strukturnya” (QS: 79: 27).
Anakku, setiap Ciptaan Allah swt mempunyai:
1. Minda – kalau ngak ada Minda bagaimana bisa memahami arahan LM atau bertasbih kepadaNya.
2. Roh – Roh adalah tempatnya Tenaga kalau tanpa roh maka tidak akan ada tenaga justeru bagaimana bisa menjalankan arahan LM atau bertasbih.
3. Nyawa – Ciptaan tidak bisa kekal maka mempunyai awal dan akhir. Bererti, semua ciptaan bernyawa.
Yang Ayahmu mahu sampaikan Hari ini adalah berkenaan:
4. Jasad atau reka-bentuk.(RK). Semua ciptaan mempunyai Jasad atau RK tersendiri justeru itu bisa dikenali dan dibedakan di antara satu
dengan yg lain.
RK /Pelbagai(P)
1. Ciptaan Utama –
(i)Manusia (RK) – (P)Melayu, Jawa, Boyan, Bugis, Atceh, Cina, India, Inggeris dll (ii)Haiwan (RK)- (P)Singa, Harimau, Buaya, Ular, Serigala, Anjing, Beruang, Itek, Ayam, Kambing, Lembu, ikan dll (iii) Pokok-pokok (RK) – (P)Karet, Buloh, Jati, Sena, Singkoi, Pisang, Jambu, Durian, Rambutan dll (iv)Gunung (RK) – (P)Pencakar Langit, Tinggi, Rendah, Berapi, Meletup dll
(v) Lembah (RK)- (P)Hijau, Berbunga, Berwarna, Rendah, Tinggi dll
(vi) Lautan (RK) – (P) Pasific, Antarctic, Merah, Cina, India dll
(vii) Angin (RK) – (P)Taifun, Tornadoes, Hurricane, Kuat, sepoi-sepoi dll (viii) Masa (RK) – (P) Panjang, Pendek, Darurat, Spring (Bunga), Summer (Panas), Autumn (Berjatuhan), Winter (Salji) dll
2. Ciptaan Lain:
i) Penyakit (RK)- (P) Demam, Kanker, Leukaemia, H1N1, Coronavirus, Migraine, Serangan Jantung dl.
ii) Rasa (RK) – (P) Takut, berani, bahagia, dukacita, sedap, pahit, mulia, hina, kenyang, lapar dll
iii) Ilmu (RK) – (P) Tasawuf, Fiqh, Usul Fiqh, Quran, As Sunnah, Perundangan, Munakahat, Muamalat, Sains, Psychology, Sukan dll.
iv) Tenaga (RK)- (P) Lemah, Kuat, Cergas, Bahaya, Memusnahkan,
v) Penglihatan (RK) – (P)Buta, Melihat, Rabun, Short-sighted, Long-sighted, Infrared, Xtray, Kasyaf, Mata ke3 dll
vi) Pendengaran (RK) – (P) Pekak, Kuat, Lemah, Bising, Sedap, menghayalkan, menenteramkan, mengoncangkan, membingungkan, bisikan, teriakkan dll
vii) Suara – Bisu, serak, kuat, garau, perlahan, bisikan, sedap, merdu, menakutkan dll
Anakku, dari penerangan di atas ini jelas Jumlah ciptaan yg lain lebih
banyak dari Ciptaan Utama. Namun yg lebih memusingkan ialah Ciptaan yang lain ini juga meliputi Ciptaan utama untuk membantu mereka menjalankan perjalanan hidup mengikut LM.
Kerana itu, Allah swt berfirman bahawa adakah mencipta manusia lebih sukar dari mencipta Langit (ciptaan yg lain). Fahamkanlah anakku, Alhamdulillah.
Fiamanillah anakku sehingga berjumpa lagi Insya-Allah.
Anakku, apabila Ciptaan Utama (i) (Manusia, Haiwan, Pokok-pokok, ikan, unggas dll) maut maka lihat kepada bangkai mereka. Bangkai itu udah ditinggalkan oleh Ciptaan lain (Rasa, Ilmu, Tenaga Penglihatan, Pendengaran, Suara dll).
Fahamkanlah anakku bahawa kewujudan Kita sebagai Manusia hanyalah satu sahaja dari yang ramai Ciptaan Utama. Namun Ciptaan yang lain itu bukan sahaja banyak sekali tetapi meliputi kesemua Ciptaan Utama termasuk Manusia.
Ramai Ciptaan yg lain ini sungguh-sungguh memusingkan kepala (mindboggling). Kerana ituah Allah swt berfirman, “Apakah kamu lebih sulit penciptaannya ataukah langit? Allah telah membina strukturnya” (QS: 79: 27).
Semoga Kali ini kamu mendapat lebih pencerahan dalam Tazkirah Ayahmu ini, anakku.
Fiamanillah anakku!!!
Anakku, apabila manusia itu wafat maka kesemua ciptaan yang lain meninggalkannya dan yang terbongkang adalah Jasad yg nyawa pun udah meninggalkannya.
Namun inilah orang semasa hidupnya dia adalah seorang yg terhormat serta dimulaikan dan di mana dia pergi dia disanjung tinggi. Tidak lupa juga, dia seorang yg kaya serta mewah mempunyai gedung-gedung, istana-istana, kenderaan- kenderaan yg jenama.
Apabila dia meninggal dunia, KEMULIAAN, PENGHORMATAN, KEMULIAAN, KEKAYAAN dan KEMEWAHAN, semua Ciptaan ini meninggal kannya dan kembali ke sisi Allah swt dan yg tinggal hanyalah Jasad yang dikatakan oleh Iblis satu gumpulan tanah liat yg busuk.
Anakku, renungkanlah bahawa yg disanjung-sanjung oleh Kalian bukan orangnya tetapi Ciptaan yg lain iaitu KEMULIAAN, PENGHORMATAN, KEMULIAAN, KEKAYAAN dan KEMEWAHAN yang dengan sekilas pandang meninggalkan Jasad yg busuk itu apabila datangnya kematian.
Kadangkali semua Ciptaan yg disebut di atas ini bisa juga meninggalkan orang yg disanjung itu semasa dia masih hidup maka digantikan dengan Ciptaan yg lain seperti hina-dina, miskin papa, kejelikan dan penderitaan.
Maka jelas ngak kepada Kalian bahawa apa juga Ciptaan yg lain yg ditentukan kpd kalian oleh LM atau Pelan Induk Ilahi, ini yg menentukan corak hidup kalian. Kerana itu Allah swt berfirman:
“Dia-lah yang memberikan kekayaan dan kecukupan.” (QS. An-Najm : 48).”
“Dia-lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis.” (QS. An-Najm : 43)”
Anakku, prihatin dalam ayat berikut bagaimana Allah swt menghantar Ciptaan yg lain ini kepada Kita dalam bentuk Ujian:
‘Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepada kalian dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.” (Al-Baqarah: 155)”
Maka bagi Kalian yg udah tahu bahawa Ciptaan yg lain itu juga daripada sisi Allah swt maka apabila mereka dihantar kepada Kalian dalam bentuk Ujian maka hendaklah katakan bahawa daripada Allah swt mereka datang dan kepadaNya-lah mereka kembali. Dengan ini Kalian akan mendapat pertunjuk dan rahmat daripada Allah swt.
“Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan: ‘Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un.’ Mereka itulah yang mendapat keberkahan yang sempurna dan rahmat dari Rabb mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.” (Al-Baqarah: 155-157)”
Semoga Anakku mendapat pencerahan dalam Tazkirah Ayahmu ini aamin Ya Rabbil alamin.
Anakku, selalu Kita berkata bahawa seseorang itu mempunyai Sifat degil, sombong, jahat, lokek, pemalas, bodoh,, cerdas, bertanggung jawab ataupun tidak, penyayang, panas baran, gembing, penakut, berani dll.
Sebenarnya anakku, Sifat yg dikatakan itu adalah Ciptaan- ciptaan tersendiri. Kenapa Ayah menyatakan mereka itu adalah Ciptaan kerana mereka mesti mempunyai:
1. Minda untuk menerima arahan LM
2. Roh – untuk menjalankan arahan LM kerana tenaga itu dengan roh. Dengan tenaga semulajadi ini, segala fungsi-fungsi dalam diri Kita bisa dijalankan.
3. Jasad – reka bentuk tersendiri yg membedakannya dengan ciptaan yg lain.
4. Nyawa – berawal dan berakhir.
Ini adalah “element” atau unsur “basic” atau asas setiap Ciptaan.
Sesudah itu Allah swt mengirimkan ilmu dari sisiNya dan dengannya Dia bedakan Kita dengan ciptaan yg lain kerana Kita mendapat lebih banyak ilmu daripada ciptaan yg lain. Dia bisa memberi dan Dia juga bisa menariknya kembali lalu Kita jadi pikun atau “Dementia”.
Dia juga mengirim dari sisiNya Pendengaran, Penglihatan, Rasa, Suara, Kekuatan, Kesihatan dll untuk membantu ciptaan menjalankan kehidupan Kita keseharian mengikut LM.
Sesudah itu, Allah swt memberi kpd Kita manusia terutama, sifat-sifat yg fasik atau yg jelik (degil, sombong, jahat, lokek, pemalas, bodoh,, cerdas, bertanggung jawab ataupun tidak, penyayang, panas baran, gembing, penakut, berani dll.) dan Sifat yg Takwa (Penyantun, Tawaduk, Kasih Sayang, Adil, Amanah, Kuat Beribadah dll). Ini bisa diberi dan bisa juga diambil kembali bila-bila masa.
Maka Anakku hendaklah Kalian sedar bahawa bukan seseorang itu jahat atau baik, keras Hati atau Lembut, pandai atau bodoh, sihat atau selalu sakit, cerdas atau lemah, malas atau rajin, sombong atau rendah diri Dan sebagainya.
Fahamkanlah seseorang itu jadi begitu kerana sifat-sifat ini yg telah dikirimkan kpdnya dari LM.
Justeru jangan membenci seseorang itu akan kelakonannya tetapi perhatikan Sifat yg mana Ada padanya yg Kita harus perbetulkan atau baiki supaya dia bisa menjadi seseorang yg bisa diterima ramai. Seperti kekata, “Ada datang bawa bahagia dan ada pergi bawa bahagia”
Semoga Anakku mendapat pencerahan dari Tazkirah Ayahmu ini aamin Ya Rabbil alamin.
KOMENTAR