SYAHADAT

01/10/20 22.23 – penanya: Assalamualaikum ustwaz. Apakah benar pendapat bahawa Shahadat Tauhid di lafazkan oleh nabi Muhammad s.a.w dan Shahadat Rasul di firmankan oleh Allah s.wt semasa nabit mi’raj bertemu Allah s.wt. dan adakah pendapat ini juga pegangan ahli sufi. Minta penjelasan ustaz. Terima kasih.

01/10/20 22.25 – Arifbillah Ustadz H. Hussein Bin Abdul Latief: Pertama jelaskan apa kedua sahadat ini kerana tidak ada dalam Tasawuf.

01/10/20 22.37 – penanya: Sebenarnya saya sendiri tidak tahu secara jelasnya ustaz. Kalau tak silaf saya ustaz ada ulama’ mengatakan bahawa shahadah ini di rakam sewaktu nabi bertemu Allah s.wt semasa menerima perintah tentang solat. Cerita sepenuhnya tidaklah saya mengetahui ustaz.

01/10/20 23.25 – Arifbillah Ustadz H. Hussein Bin Abdul Latief: Semasa miraj Rasulullah saw tidak melihat Allah swt. Kata Siti Aishah rha bahawa sesiapa mengatakan Rasulullah saw melihat Allah swt semasa Miraj udah membuat fitnah yg besar.

Rasulullah saw juga ditanya oleh Abu Dzar sama ada baginda melihat Allah swt semasa Miraj maka baginda mengatakan bahawa ada Tirai Nur dan kalau Tirai ini terangkat maka sesiapa yg terpandang Dzat pasti binasa. Dengan itu, baginda tidak melihat Allah swt.

Apa yg baginda dengar hanyalah suara yg memberi arahan shalat. Kerana suara ini adalah makhluk atau ciptaan maka ia berada di antara Arasy dan Tirai Nur iaitu dalam Loh Mahfuz.

Peristiwa Rasulullah saw mendengar suara yg memberi arahan shalat seperti juga Nabi Musa (as) mendengar suara memberi arahan di Bukit Thursina.

Kalau pada peringkat ilmu yg ada pada Kita sekarang ini, suara-suara itu bisa sahaja di “recording” apabila sampai masanya di “Playback”. Contoh, lif sekarang ini yg bisa berbicara setiapkali ada yg memasukinya.

Namun dari kumpulan Tarikat, mereka berkata bahawa yg miraj bertemu dengan Allah swt bukan Muhammad tetapi Nur Muhammad. Kerana Nur Muhammad adalah separuh Allah maka ia tidak pingsan seperti Nabi Musa (as) di Bukit Thursina.

Justeru mereka mengadakan  Rabitah untuk mencapai Makam Ihsan dalam ibadah. Iaitu, semasa ibadah, mereka mewajahkan guru mereka dan guru mereka mewajahkan guru mereka dan seterusnya sehingga sampai Rasulullah saw yg kononnya bertemu dengan Allah semasa miraj. Justeru itu, dengan Cara ini mereka mencapai Makam Ihsan dalam ibadah.

Namun dari pandangan Ahli Sufi, Rasulullah saw israk dan miraj dengan Jiwa baginda. Jiwa baginda-lah yg di bawa oleh Jibril (as) untuk miraj.

Siti Aishah rdh berkata bahawa tempat duduk baginda masih panas selepas baginda kembali dari miraj. Ini membuktikan bahawa semasa miraj, jasad baginda masih ada terduduk di atas tempat duduk baginda.

Adalah pandangan saya kenyataan atau kepercayaan Rasulullah saw bersyahadah semasa miraj adalah rekaan Ahli-ahli Tarikat.

Nabi Isa (as) bersabda bahawa setiap Nabi dihantar ke umat mereka untuk mengenalkan Tuhan Yang Satu. Justeru itu hanya ada satu syahadah.

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *