SURATAN LAUH MAHFUDZ DAN PANDANGAN AHLI SUFI (5)

Anakku, hidup di Dunia ini hanyalah satu senda gurauan atau main-main Ilahi. Atau bisa disimpulkan sebagai Drama atau Sandiwara Ilahi.

Fahamkanlah, ia bukan senda gurauan atau main-main ataupun drama atau sandiwara Kita, makhlukNya.

Justeru apabila Dia memerintah berhenti berlakon maka hendaklah Kita serta merta berhenti berlakon.. Selagi Dia tidak merintah Kita berhenti maka selagi itu Kita berterusan berlakon mengikut skripNya yg udah Dia maktubkan dalam LM. Dan apabila Dia mengarahkan seseorang itu berhenti berlakon maka berhentilah ia tanpa kata dua.

Contoh:
1. A,B,C,D,E, F, G,H & I adalah pemuda-pemuda dari Desa Azali..
2. Mereka diminta berlakon sebagai Hang Tuah (A), Hang Jebat (B), Hang Lekir jC), Hang Kasturi (D), Hang Lekiu (E), Sultan (F) dan Hulubalang (G,H &I).
3. Berlakon dalam Drama berjudul, “Kehidupan Hang Tuah”.
4. Pengarahnya ialah cik Q.

Tamat sahaja Drama itu maka Pengarah (cik Q) memekik, ‘Berhenti” maka kesemua berhentikan lakonan mereka masing-masing.

Dari contoh di atas ini Kita bisa membuat kesimpulan berikut:

1. Semua itu suatu Drama.
2. Drama yg ditulis oleh Pengarahnya, cik Q.
3. A,B,C,D,E,F,G,H & I hanyalah pelakon.
4. Drama itu berjalan mengikut arahan Pengarahnya.
5. Pelakon hanya berlakon dan tidak ada sedikitpun campurtangan dalam arahan Drama itu.

Maka Anakku, sungguh tidak masuk diakal apabila Drama itu udah tamat, A,B,C,D,E,F,G,H&I masih lagi hidup seolah-olah mereka masih berdrama dengan berlagak seperti watak-watak di dalam Drama yg udah tamat itu. Semestinya mereka hidup kembali sebagai A,B,C,D,E,F,G,H&I, pemuda-pemuda di Desa Azali.

Begitu juga anakku, Kalian mesti faham bahawa sesudah Jiwa-jiwa itu tamat berlakon (apabila terjadi kematian) maka kembalilah mereka menjadi Jiiwa-jiwa semua tanpa berwatak (dalam Alam Bazakh).
Untuk mereka melanjutkan lakonan sesudah Drama Ilahi itu tamat adalah sesuatu yg tidak masuk di akal.

Maka harap Kalian anakku janganlah Kalian melanjutkan kelakonan mereka yg udah meninggal Dunia. Seperti, mereka sedang menunggu Kita di Alam Bazakh untuk melanjutkan Drama yg udah tamat di Alam Dunia ini.

Semoga Anakku faham benar apa yg Ayahmu mahu sampaikan dalam Tazkirah ini aamin Ya Rabbil alamin!

 

 

Anakku, sesudah kalian faham:

1. Sandiwara ini adalah Sandiwara Ilahi.
2. Dia adalah Pengarah tunggal
3. Pelakonnya juga (dari sudut Makrifat) adalah Dia juga iaitu Yang Maha Halus namun tidak bergerak ekor gajah kalau tidak digerakkan oleh gajah itu sendiri. Justeru Dia bisa berfirman bahawa bukan kau (Muhammad) yg melempar, yg melempar adalah Aku.
4. Tiada sedikit campurtangan Kita dalam SandiwaraNya ini. Justeru itu, jangan mengandai-andai ataupun melanjutkan SandiwaraNya atau SkripNya apabila udah tamat. Kerana itu pihak Salafi menolak Tahlil, Talqin, Haul memperingati si-Mati dan sebagainya serta menyelah perbuatan-perbuatan ini sebagai Bidaah yg menyesatkan.
5. Hendaklah Kita “detached” iaitu lepaskan diri Kita dari terbabit dalam pengurusan SandiwaraNya.
6. Maka hendaklah Kita menyerah sepenuhnya pengurusan SandiwaraNya ini kepada Dia. Kerana itu Dia berfirman kpd Rasulullah saw supaya pertama-pertama menyerah diri. Allah swt juga berfirman kepada orang-orang berfirman supaya menyerah diri. Rasulullah saw juga ada bersabda bahawa baginda serta orang-orang yg mengikuti baginda pun menyerah diri. Justeru jadilah Kita, seperti Syeikh Abdul Qadir Al Jilani berkata: Tempatan pecah, bola yg disepak-sepak, mayat yg di mandikan, bayi yg di dalam pelukan ibunya atau orang yg coma (tidak Kesedaran) di hadapan doktornya. Selagi tiada penyerahan sepenuhnya selagi itu akan Allah swt menguji sehingga kita mencapai penyerahan yg dikehendakiNya.
6. Dengan adanya penyerahan sepenuhnya maka barulah datang Keredhaan iaitu apa jua berlaku pada diri Kita ini Kita akan berkata”Inna lillahi Wainna Ilahi Rajiun”. Dan apa jua Kita mahu buat, Kita akan berkata,”Insya-Allah!” Kerana itu Rasulullah saw bersabda bahawa tidak seseorang itu masuk ke Syurga dengan amalannya tetapi dengan Keredhaan Allah swt.

Insya-Allah akan bersambung anakku. Fiamanillah!

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

2 Responses

  1. Nor Farihan says:

    Syg ustz n semua..semoga berkah segala usahamu..

  2. Zaiton says:

    Alhamdulillah washukurillah terima kasih ustaz atas pencerahan nya!… sangat benar dapat dirasakan dengan memperbanyakan zikirrullah dan berserah diri bulat 2 kpd Allah InsyaAllah
    Jazakallahu ahsanal jaza

Leave a Reply to Nor Farihan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *