SESUDAH MAKRIFATULLAH – UJIAN 6

Dan kenanglah ketika Allah menjadikan kamu khalifah-khalifah sesudah kaum Nabi Nuh dan Allah telah menambahkan kamu kelebihan (dan kekuatan) pada bentuk kejadian tubuh kamu. Maka kenanglah akan nikmat-nikmat Allah supaya kamu berjaya.[128]

Dan kenanglah ketika Allah menjadikan kamu khalifah-khalifah sesudah kaum Aad.[129]

Wahai Daud, sesungguhnya Kami telah menjadikanmu khalifah di bumi, maka jalankanlah hukum di antara manusia dengan (hukum syariat) yang benar.[130]

Dan Nabi Sulaiman mewarisi Nabi Daud. [131]

Mereka berkata: Kami telah dianiaya dan diperhambakan (oleh Firaun) sebelum engkau datang kepada kami dan sesudah engkau datang kepada kami. Nabi Musa menjawab: Mudah-mudahan Tuhan kamu akan membinasakan musuh kamu dan menjadikan kamu khalifah di bumi, kemudian Dia akan memerhati bagaimana pula perbuatan kamu? [132]

Kemudian Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) khalifah-khalifah di bumi menggantikan mereka yang telah dibinasakan itu, supaya Kami melihat apa pula corak dan bentuk kelakuan yang kamu akan lakukan. [133]

Untuk anak-anak Adam (as) yang sebelum bernikah meninggal dunia ataupun meninggal dunia sesudah bernikah tetapi tidak mempunyai zuriat, bagi mereka di situlah berakhir keturunan mereka. Namun penyokong-penyokong Allah swt yang mati tetap akan dapat ganjaran mereka daripada Allah swt.

Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun..[134]

Tiap-tiap diri akan merasai mati dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.[135]

Orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayatNya. [136]

Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh pada jalan Allah itu mati, bahkan mereka adalah hidup di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki; mereka bersukacita dengan kurniaan Allah yang telah dilimpahkan kepada mereka dan mereka bergembira dengan berita baik mengenai orang-orang, yang masih tinggal di belakang, yang belum sampai kepada mereka, (iaitu) bahawa tidak ada kebimbangan terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita. Mereka bergembira dengan balasan nikmat dari Allah dan limpah kurniaNya dan (ingatlah), bahawa Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang beriman. [137]

Merekalah penyokong-penyokong (agama) Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya penyokong-penyokong (agama) Allah itu ialah orang-orang yang berjaya.[138]

Dan janganlah kita mengenepikan orang-orang yang bukan Islam kerana kemungkinan di dalam baka mereka ada baka khalifah Allah swt. Contohnya, Nabi Ibrahim (as). Dia dilahirkan dalam keluarga yang bukan Islam serta bapanya pembuat berhala. [139]

Ketika dia berkata kepada bapanya: Wahai ayahku, mengapa ayah menyembah benda yang tidak mendengar dan tidak melihat serta tidak dapat menolongmu sedikitpun?. Wahai ayahku, sesungguhnya telah datang kepadaku dari ilmu pengetahuan yang tidak pernah datang kepadamu oleh itu ikutlah daku; aku akan memimpinmu ke jalan yang betul. Wahai ayahku, janganlah ayah menyembah Syaitan, sesungguhnya Syaitan itu adalah menderhaka kepada Allah yang melimpah-limpah rahmatNya. Wahai ayahku, sesungguhnya aku bimbang bahawa ayah akan kena azab dari (Allah) Ar-Rahman disebabkan ayah menyembah yang lainnya; maka dengan sebab itu akan menjadilah ayah rakan bagi Syaitan di dalam Neraka.[140]

Dan Nabi Ibrahim menjadikan kalimah tauhid itu tetap kekal pada keturunannya, supaya mereka kembali (kepada tauhid itu, jika ada yang menyeleweng kepada syirik).[141]

Begitu juga janganlah ketepikan kaum wanita kerana daripada mereka juga boleh mendapat keturunan yang akan menjadi Khalifah-Khalifah Allah swt di hari muka. Sebagai contoh kita lihat sahaja kepada Nabi Isa (as). Juga pada peringkat sain terkini, projek klon membolehkan zuriat dihasilkan menerusi baka (DNA) seseorang.

Mariam berkata: Wahai Tuhanku! Bagaimanakah aku akan beroleh seorang anak, padahal aku tidak pernah disentuh oleh seorang lelaki pun? Allah berfirman: Demikianlah keadaannya, Allah menjadikan apa yang dikehendakiNya; apabila Dia berkehendak melaksanakan sesuatu perkara, maka Dia hanyalah berfirman kepadanya: Jadilah engkau, lalu menjadilah ia.[142]

Allah swt Yang Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana mengambil cara ini untuk memilih Khalifah-KhalifahNya supaya tidak difitnahkan sekiranya Dia mencari jalan yang mudah untuk melantik khalifah-KhalifahNya tanpa ujian.

Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu?[143]

Allah berfirman: Bukankah Aku telah katakan kepada kamu, bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?.[144]

Sesungguhnya Dia Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. [145]

Sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. [146]

Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya.[147]

Justeru itu, hendaklah anda “membuka” minda anda dan jangan berkeluh-kesah dengan ujian yang anda hadapi kerana kesemua umat manusia juga diuji bukan anda seorang dan ianya untuk menghasilkan Khalifah-Khalifah yang berwibawa di hari muka untuk mentakbirkan Angkasa Lepas serta menundukkan dan menjajah Syaitan-Syaitan kesemuanya.

Perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah dan (sehingga) menjadilah agama itu semata-mata kerana Allah.[148]

Dan berperanglah kamu pada jalan Allah dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. [149]

Bibliografi

[128] Al A’raaf (7):69

[129] Al A’raaf (7):74

[130] Shad (38):26

[131] An Naml (27):16

[132] Al A’raaf (7):129

[133] Yunos (10):14

[134] Al Mulk (67):2

[135] Al Anbiya (21):35

[136] Al Baqarah (2):155-157

[137] Ali Imran (3):169-171

[138] Al Mujadalah (58);22

[139] Gospel Of Barnabas, 32-33 (?).

[140] Mariam (19):42-45

[141] Az Zukhruf (43):28.

[142] Ali Imran (3):47

[143] Al Mukminun (23):115

[144] Al Baqarah (2):33

[145] Al Anfaal (8):60

[146] Al Baqarah (2):31-34

[147] Al Baqarah (2):30.

[148] Al Baqarah (2):193

[149] Al Baqarah (2):244

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *