SALING MENCINTAI KARENA ALLAH

05/11/20 13.29 – Arifbillah Ustadz H. Hussein Bin Abdul Latief: Anakku yg disayangi lagi dirindui.

 *Sesungguhnya pada Hari kiamat kelak Allah akan berfirman,” Manakah orang-orang yang saling mencintai kerana KebesaranKu? Pada Hari ini Aku akan menaungi mereka dalam NaunganKu, Di mana tidak ada naungan Sama sekali kecuali NaunganKu.”* Sahih Muslim Bk 4:494.

Anakku, dalam hadith ini ada 2 perkara yang Ayah mahu bicarakan:

1.KebesaranKu:

Ini memerlukan penerimaan bahawa Allah swt Maha ESA dalam segala-segala perkara. Kerana itu, Rasulullah saw diperintah,” *Dan aku (Muhammad) diperintahkan supaya menjadi orang yang pertama-tama menyerah diri*.” Az Zumar (39):12; An Anaam (6):14

Rasulullah saw juga diperintah ,” *Kemudian jika mereka mendebat Kamu maka katakan,’ Aku menyerahkan diriku kepada Allah dan (demikian pula) orang-orang yang mengikuti ku.* ‘ ” Al Imran (3):20

 *Katakanlah: Sesungguhnya petunjuk Allah itulah sebenar-benar petunjuk dan kita diperintahkan supaya berserah diri kepada Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.* Al Anaam(6):71; Al Anbiya(21):108; Hajj(22):34

Penerimaan atau penyerahan sepenuhnya (total) bahawa Allah swt Maha ESA dalam segala-segala perkara memestikan kita berdamai dengan Allah swt sepenuhnya. Iaitu tiada pertanyaan langsung akan Kebesaran atau KeesaanNya. Kerana itu Nabi Isa (as) bersabda,” ‘Kenapa’ itu Pintu Neraka.” Gospel of Barnabas, 114(?)

2.Saling mencintai:

Untuk mencapai ini, 2 perkara mesti difahami:

i. Kita tidak wujud kerana itu Allah swt berfirman bahawa Dia-lah segala Yang Wujud,” *Dia Yang Zahir dan Yang Batin* “. Al Hadid(57):3

Justeru kalau Kita tidak wujud, apa yang hendak dipertikaikan Di antara kita?

ii. Kita semua seniman di Pentas Ilahi. Justeru Allah swt berfirman,” *Dan tiadalah kehidupan dunia ini selain dari Main-main dan Senda Gurauan belaka.”* Al Anaam(6):32; Al Ankabut(29):64.

” *Dan berkatalah orang-orang yang berilmu serta beriman: ‘Demi sesungguhnya, Kamu telah tinggal menurut yang terkandung dalam Kitab Allah sampai Hari Kebangkitan* ‘.” Ar Rum(30):56.

Dengan kefahaman bahawa kita semua adalah seniman di Pentas Ilahi maka akan tercapai kedamaian di antara kita semua kerana kita akan saling hormat menghormati di antara kita sebagai seniman. Ini yang difirmankan oleh Allah swt,” *Hai manusia, sesungguhnya kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kenal mengenali* .” Al Hujurat(49):13.

Apabila Kita udah berdamai dengan Allah swt dan juga di antara kita maka tercapailah akan Ayat ini,” *Wahai orang yang mempunyai jiwa yang tenteram kembalilah kepada Tuhanmu dengan berpuashati lagi diredhai serta masuklah engkau dalam jemaah hamba-hambaKu dan masuklah dalam SyurgaKu!”* Al Fajr(89):27

Maka Allah swt berfirman,” *Katakanlah lagi:’ Adakah Sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?’* ” Az Zumar (39):9

Di sini Imam Ahmad Rifa’i ada berkata” Andaikata kalian mengenali Allah swt dengan sebenar-benarnya, maka kalian akan diajarNya suatu ilmu yang tiada lagi sesudah itu sifat kejahilan.”

Ingatlah anakku, kalian adalah orang-orang yang berilmu di mana Allah swt ada berfirman,” *Sebenarnya yang menaruh bimbang Dan takut akan Allah dari kalangan hamba-hambaNya adalah orang-orang yang berilmu.”* Fathir(35):28.

Semoga kalian anakku, mendapat memfaat dari tazkirah ini, aamin Ya Rabbil alamin!

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *