Q&A : WAHDATUL WUJUD?
Tanya jawab dikopi dari gnosticman.org
Bagian ini dijawab oleh saudara Farhan, salah seorang murid Hj. Hussien, bertempat tinggal di Singapura
October 21st, 2014 at 2:47 pm
salam,
Sy masih tidak fahami lagi tentang zat. Kita bermakrifah asas kpd sedikit zat…umpama sebutir pasir dipadang pasir, umpama setitis air dilautan …daripada sedikit zat itu lah yg jadikan alam ini….bermakna seolah2 Allah itu ada zat. Kefahaman saya bahawa Kalau Allah itu ada zat serupa lah Allah itu dgn makhluk.. Contoh zat garam…. masin itu zat bagi garam…Bukan kah Allah itu tidak bersamaan dgn makhluk?.
soalan kedua: Video ceramah ustaz di semarang…ust menyatakan Allah mengetahui sebab disebalik sesuatu itu ada zat. …jadi maksud disini kalau tidak ada zat…. Allah tidak mengetahui sesuatu itu??. kefahaman saya maha mengetahui Allah itu tanpa sebarang sebab…kalau masih bergantung dgn sbb tidak lah Allah itu maha mengetahui.?? minta pencerahan.
Farhan
October 21st, 2014 at 7:32 pmSalam Harith.
J1:
Jgn terkeliru dgn fahaman Wahdatul Wujud yg mengatakan ” Satu dalam ramai dan ramai dalam satu” mereka tidak membezakan antara Pencipta dan ciptaan. Ini adalah fahamannya ajaran Wahdatul wujud.Konsep Wahdatul wujud, Hamka ada menulis:
Katanya pula, … Allah itu hakikat Alam. Tidak ada di sana perbedaan di antara Wujud yang qadim yang digelari Khalik itu dengan wujud yang baru dan yang dinamai mahkluk. Tidak ada berbedaan Abid dan Ma’bud bahkan Abid dan Ma’bud adalah satu.
Hamka, Perkembangan Tasauf dari Abad ke Abad , 157 (1976).Wahdatul al Wujud yang tidak membezakan di antara manusia dengan Allah ataupun di antara alam dengan Allah.
Abu Al Wafa Al Ghanimi Al Taftazani, Perkembangan Tasawwuf Islam, 129 (1966).S2:
Soalan anda “kefahaman saya maha mengetahui Allah itu tanpa sebarang sebab…kalau masih bergantung dgn sbb tidak lah Allah itu maha mengetahui.?? ”J2:
Mesti anda ketahui bahawa kesemua ini tidak mempunyai kewujudan. Sebagaimana Imam Ghazali mengatakan:Orang yang mengenal dirinya dan mengenal Tuhannya niscaya sudah pasti ia mengenal bahawa ia tiada mempunyai wujud bagi dirinya.
Imam Ghazali, Ihya Ulumiddin Bk. 7, 427 (1981).Justru pabila alam ini hakikatnya tiada kewujudan maka yang ujud tunggal hanya Allah swt, maka tiadalah timbul sebab itu dan sebab ini sebagaimana manusia awam mengatakan, lantas ini dijadikan asas ilmu makrifatullah
yg perlu difahami dan dipegangi dgn seerat2nya oleh setiap pencinta ilmu makrifatullah, bahawasanya semuanya ini tiadalah mempunyai kewujudan. Apabila kita tiada mempunyai wujud bagi diri mana mungkin kita boleh bersuara, manamungkin boleh kita menuding jari dan sebagainya. Sebab kita tiada mempunyai wujud.Prof.Ramadhan berkata:
Sekiranya Allah swt didahului oleh tiada nescaya ada yang memberi kesan pada kewujudan-Nya. Jika demikian halnya, maka Dia tidak layak menjadi Tuhan kerana yang berhak menjadi Tuhan ialah yang wujud sebelumnya dan yang mengadakannya. Jika tiada yang lain selain Dia, maka Dialah yang disifatkan Qadim dan Dialah Tuhan sebenarnya: Muhammad Said Ramadhan Al Buti, Keyakinan Hakiki, 124 (1996).Sila ikuti Ilmu Asas Makrifatullah yg lengkap dilink bawah ini, diharap dapatlah anda mendengar dgn teliti bahagian satu dan dua syarahan2 itu sebelum mendengar keseluruhannya,semoga anda perolihi pencerahanNya.
http://youtu.be/SoQrJu8VbZ8?list=PLqJPTDHuhyDVVLIU9sORZP8wQmQWK5GYHAllahu A’lam.
Catatan:
Artikel tanya jawab ini diperuntukkan bagi yang sudah memahami kajian Makrifatullah. Apabila ada diantara pembaca yang belum memahami, harap terlebih dahulu membaca SILABUS KAJIAN dan mengikuti dengan runut pembahasan satu per satu sejak awal.
KOMENTAR