Q&A: TIADA KEHENDAK

Ustadz Hussien Abd Latiff: Anakku yg dikasihi. Apabila Kalian udah sedar bahawa apa jua yg berlaku adalah lakonan Dzat mengikut skrip di Loh Mahfuz maka sehubungan dengan ini, Kalian akan sedar bahawa kesemua yg terjadi ini adalah mengikut Kehendak yg satu iaitu Kehendak Allah swt.

Justeru itu untuk menjadi orang-orang Allah swt Kalian ngak bisa berkehendak. Kalau Kalian berkehendak maka ini bererti:
1. Kalian udah wujud.
2. Kalian bisa memperhambakan Allah swt.
3. Kalian bisa “popular” bukan Allah swt.

Contoh, seorang Wali berkehendak menyembuhkan penyakit sahabatnya lalu di baca sepotong ayat Al Quran dan ditiupkan bacaan itu ke badan sahabatnya.
Di sini jelas dia berkehendak menyembuhkan sahabatnya dan mahu (dengan bacaan yg ditiupkan) Allah swt memulihkan sahabatnya itu. Justeru itu, Allah swt diperhambakan. Sekiranya sahabatnya itu langsung pulih maka orang ramai akan memuji-mujinya dan dengan itu dia jadi popular bukan Allah swt.

Maka Syeikh Abdul Qadir Al Jilani berkata bahawa (untuk menjadi orang-orang Allah swt) Kalian tidak boleh ada sedikit Kehendak pun. Kalau ada walaupun sedikit, Allah swt akan menghancurkannya dan jadilah kalian seperti tempayan yg pecah tidak bisa mengandungi walaupun setitik air.

Sesudah Kalian menjadi “tempayan pecah” barulah Kalian dipenuhi dengan KehendakNya lalu Kalian menjadi Alat Perkakas atau BonekaNya menjalankan dengan taat segala KehendakNya. Sesuai dengan kekata Syeikh Abdul Qadir Al Jilani bahawa jadilah Kalian seperti bayi yg digendung oleh ibunya atau bola yg disepak-sepak atau mayat yg di mandikan atau orang yg coma diolah oleh doktornya.

Maka mereka yg ingin menjadi Wali Allah swt sedarlah bahawa akhirnya kamu tidak ada kewujudan, tidak ada kehendak dan menjadi boneka. Untuk sampai kepada peringkat ini kamu juga akan diuji seteruk-teruknya. Kerana itu Rasulullah saw bersabda bahawa yg paling teruk diuji adalah para Nabi-nabi.

Harap anakku dapat memfaat dari tazkirah Ayahmu ini.


Catatan:

Artikel tanya jawab ini diperuntukkan bagi yang sudah memahami kajian Makrifatullah. Apabila ada diantara pembaca yang belum memahami, harap terlebih dahulu membaca SILABUS KAJIAN dan mengikuti dengan runut pembahasan satu per satu sejak awal.

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

1 Response

  1. MOHD FAIZOL ABDUL RASHID says:

    InyaAllah Ayahanda..terima kasih atas kesedaran dan peringatan yg diberi…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *