Q&A: TENTANG MENGUBAH NASIB

[2/9, 6:32 AM] Urep: Ustaz…bagaimanakah kita hendak menterjemahkan dengan tepat tentang ayat alquran…Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum selagi ia tidak mengubah nasibnya?

[2/9, 11:36 AM] Ustadz hussien: Assalamualaikum Urep soalan kamu bolehkah kita ubah nasib kita insya-Allah akan saya jawab dalam 2 bahagian:

1. Untuk orang awam:

Allah swt Maha Bijaksana maka pasti:

a. Pelan IndukNya (Loh Mahfuz) mesti sempurna sehingga Dia sendiri pun tidak boleh mengubahnya (termasuk Takdir yg tersirat di dalamnya) setelah Dia berfirman “Kun”1. Justeru itu kalau Dia sendiri tak boleh mengubah Pelan IndukNya bagaimana kita pula bisa buat begitu? Adakah kita lebih bijak dariNya? Sehingga apa yang anda kini tanya atau katakan sudah tersirat dalam Loh Mahfuz dan apabila sampai masanya (hari ini) anda mesti KENA bertanya tentang perkara ini.

b. Pelan IndukNya mesti berwibawa iaitu dipenuhi dengan kebaikan sahaja seperti Hikmah, Ilmu, Keadilan, Keuntungan dan lain-lain lagi kebaikan2. Sehingga saintis dalam abad 1900 mengakui disebalik bencana itu ada ilmu, kebaikan dan keuntungan seperti di sebalik Tsunami, Taufan dan gempabumi rupanya ada tenaga besar yg menunggu ditundukkan oleh kita, manusia khalifah Allah swt sesuai dengan firmanNya iaitu akan ditundukkan semua yg ada di langit dan di bumi dan di antaranya kepada kita. Kerana itu anda kena bertanya tentang perkara ini kerana anda hari ini hendak diberi ilmu & keuntungan dengan kefahaman yg diberikan oleh Allah swt. kpd anda hari ini.

Kerana itu. saintis barat menerima Loh Mahfuz itu sempurna dan mempunyai hikmah dan sebagainya justeru itu mereka memperolehi banyak ilmu, hikmah, kebaikan, keuntungan dan lain-lain lagi kebaikan disebalik sesuatu kejadian yg berlaku.

c. Maka hendaklah anda mengubah pendirian anda daripada mengubah takdir kpd menerima takdir dengan redha supaya anda dapat meraihkan Hikmah, keuntungan, ilmu dan kesemua kebaikan yg terselindung disebalik Takdir. Kalau anda masih dengan pendirian anda mahu mengubah Takdir bererti anda telah menghina Allah swt, Tuhan yg anda sembah dengan tidak secara langsung mengatakan Allah swt tidak Bijaksana kerana anda boleh dengan sendiri memperbaiki Takdir anda dengan itu membuktikan bahawa Loh Mahfuz Ilahi tidak sempurna.

Kalau ini pendirian anda, Allah swt tidak akan ubah nasib anda dengan memberi anda Hikmah, Ilmu, Keuntungan dan lain-lain lagi kebaikan yang tersembunyi disebalik Takdir yg berlaku kpd anda.

(Bahagian 2 bersambung… Kasi suspense aje!)

2. Untuk santapan kita bersama:

Contoh, Obama berkata,”Hari ini aku sudah tukar diet kerana hari ini dan seterusnya aku makan nasi tak mahu lagi roti. Aku ngak mahu ikut cara orang Amerika, aku mahu ikut cara orang Indonesia.. Dirgahayu Indonesia!” Hari ini 9hb Februari 2017.

Untuk perubaham berlaku kpd Obama pada 9.2.17, syarat-syarat ataupun keadaan-keadaan ini mesti ada sampai kpd 9.2.17:

1. Sejarah Dunia hingga ke 9.2.17, mest mantap tidak ada perubahan seperti terjadinya kiamat sebelum 9.2.17.
2. Sejarah keluarga Obama hingga 9.2.17 mesti mantap kalau ibu & bapa tidak berjumpa dan berkahwin tidak akan ada Obama.
3. Sejarah Obama hingga 9.2.17 mesti mantap iaitu dari Hawaii ke Indonesia (Sahry ada jumpa dia kerana dia suka membeli barang-barang elektronik) sampai ke America dan menjadi Presiden.
4. Keadaan Obama pada 9.2.17 bila dia buat kenyataan itu spt tidak meninggal dunia sebelum kenyataan dibuat, tidak gila, tidak pikun (nyanyuk), tidak dalam keadaan tidak sedarkan diri (coma), tidak bisu dan sebagainya.
4. Turunnya ilham ke minda untuk berdiet cara Indonesia.
5. Lisan (yg sendirinya makhluk tersendiri) boleh berkata.

Di atas adalah syarat-syarat di antara yg lain yg mesti ada sebelum kenyataan itu boleh dibuat oleh Obama. Dan syarat-syarat itu hanya Allah swt sahaja yg bisa dan berkuasa untuk menjaminnya bukan kita ciptaan yg kerdil ini.

Seperti air durian, syarat-syaratnya:
1. Yasin mesti ada.
2. Durian yg bagus mesti ada.
3. Mono mesti ada untuk hantarnya ke Jember.
4. Pak Har mesti ada untuk menerimanya.
5. Saiful Mahdi mesti ada untuk membahagikannya kepada semua sahabat tidak lupa the Hensem One (tentu dapat lebih).

References:

1.
“….Sesungguhnya rencana-Ku amat teguh.” (Terjemah QS Al A’raf : 183).  “….Maka sekali-kali kamu tidak akan mendapat penggantian bagi sunnah Allah, dan sekali-kali tidak (pula) akan menemui penyimpangan bagi sunnah Allah itu.” (Terjemah QS Faathir : 43).
2.
Dan Kami tidak menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada antara keduanya tanpa hikmah. Yang demikian itu adalah anggapan orang-orang kafir, maka celakalah orang-orang kafir itu karena mereka akan masuk neraka. (Terjemah QS Shaad : 27).

Catatan: Artikel tanya jawab ini diperuntukkan bagi yang sudah memahami kajian Makrifatullah. Apabila ada diantara pembaca yang belum memahami, harap terlebih dahulu membaca SILABUS KAJIAN dan mengikuti dengan runut pembahasan satu per satu sejak awal.

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *