Q&A: TANGGA LANJUTAN SELEPAS NAFI ISBAT (2)
Supriyono Yamas: Yaa Abatiii….. anak ijin bertanya dan mohon pencerahan:
Apakah karena tiada nafi itsbat itu, Baginda Rasulullah bersabda “Allah Dzat Yang Maha Indah ?”
Salam rindu teriring doa, Semoga Abatii selalu sehat
Ustadz Hussien Abd Latiff: Wlkm slm. Harap prihatin bahawa Allah swt bukanlah Dzat dan Dia juga tidak berdzat.
Maksud, “Allah, Dzat yang Maha Indah”, atau “DzatNya”, ialah “Allah (Pencipta) Dzat yang Maha Indah”, dan “Dzat (ciptaan)Nya”.
Seperti juga “meniup RohKu” bukan bererti meniup Roh Allah swt tetapi meniup “Roh (ciptaan)Ku”.
Supriyono Yamas: Benar Abatii…. maksud saya memang indah pada ‘ekor gajah’.
الحمد لله على كل حال
Terima kasih sangat, Yaa Abatiii…..
Ustadz Hussien Abd Latiff: Ekor gajah bukan Dzat. Dzat terzahir daripada ekor gajah.
Di kiamat kedua Dzat kembali menjadi ekor gajah. Seperti seketul ais di dalam Lautan kembali menjadi air lautan (yg sedikit) sebelum kembali kapada Lautan. [maksudnya, perumpamaan ekor gajah adalah “diriNYA yg sedikit”, perumpamaan ekor gajah bukanlah dzat. karena dzat, dizahirkan dari diriNYA yang sedikit -admin]
Supriyono Yamas: Baik Abatiii… makin Dong dan Plong.
Teringat jawaban sy yg salah pada tanya jawab air panas dan ikan warna warni
🙏🙏😊😊😊
Ijinkan saya nak sosialisasi kata ‘Abatii’ , utk tmn2 yg bertanya ttg istilah ini.
Istilah Abati saya pinjam dari Alquran, ianya adalah ungkapan SAYANG dan TAKZIM (ini bahasa tertinggi – kalo di jawa disebut kromo inggiiiiiill) yg di gunakan oleh Nabi Ismail dan Nabi Yusuf utk memanggil Ayahanda tercinta yg seorang Nabi juga.
Kalo saya pakai ungkapan ini, itu karena SAYANG dan TAKZIM kepada Ayahanda yg juga seorang Arif Billaah.
Semoga tmn2 juga suka menggunakan kata ini.
🙏🙏🙏
Ustadz Hussien Abd Latiff: “Abatii” itu panggilan kemanjaan kpd seorang Ayah.
Ustadz Hussien Abd Latiff: Anakku, apabila kita melihat ais-ais yg terapung di atas muka Lautan, ingatlah:
1. Rupa ais itu adalah Sifat.
2. Ais itu adalah Hakikat (Dzat).
3. Air dalam Ais itu adalah ekor gajah.
4. Lautan itu adalah Gajah.Di atas hanyalah kiasan ataupun contoh.
Bayu Teguh Prakoso: Subhanallah .. hatur nuhun abatiii 🙏🏽
Ustadz Hussien Abd Latiff: Alhamdulillah, ilmu dan kefahaman kalian dalam makifat udah meninggi maka bisa saya memperhalusi lagi penyampaian ilmu ini kpd kalian, anakku.
Supriyono Yamas: Bagi saya, ini pengantar pemahaman yg sangaaaat jelas dari Abatii…. Seperti jelasnya matahari di siang hari.
Saya akan simpan baik2 di laci emas hati saya.
Matur nuwun, Abatii..
Bayu Teguh Prakoso: Akan selalu diingat rupa ais itu sifat , ais itu hakikat, air itu makrifat dan lautan itu makrifatullah .. begitukah abatii ?
Ustadz Hussien Abd Latiff: Benar
Bayu Teguh Prakoso: Alhamdulillah 🙏🏽
Ustadz Hussien Abd Latiff: Walaupun Ayah memberi contoh ais-ais terapong di atas Muka Lautan untuk menyenangkan kefahaman namun MESTI diingati ais-ais itu MESTI berada di dalam Lautan.
Ini mesti ditekankan kerana Allah swt tidak bertempat, tidak berhujung atau berpangkal.
Harap ke semua anakku faham apa yg Ayah mahu disampaikan.
Mujiburrahman: Sesuai dengan hadiz “ demi diriku dalam genggam dzat” ya ustadz 🙏🙏🙏
Ustadz Hussien Abd Latiff: Benar, Mujib
Bram Octafian YAMAS: ALHAMDULILLAH..Terima Kasih Ayah (:Ustadz). ALHAMDULILLAH.🙂🙏🏻🙏🏻🙏🏻
Ustadz Hussien Abd Latiff: Anakku, apabila pandangan kalian hanya melihat Dzat sahaja tanpa nafi & isbat lagi maka kalian akan faham:
1. Semua lakonan adalah lakonan Dzat. Firman, “(Dzat) Yang Zahir dan Yang Batin”.
2. Lakonan ini mengikut arahan dari LM. Firman,” Semua sudah dikumpul dalam Kitab yang Nyata. Loh Mahfuz”
3. Dzat taat melakukannya. Kekata Prof Ramadan Al Buti, ” Dzat adalah Wajibul Wujud kepada kesemua ciptaan”.
4. Kita tidak wujud. Kekata Imam Ghazali, ” Sekiranya kamu kenal Tuhan Kamu dan kamu kenal diri kamu maka.kamu tahu kamu tidak wujud.”
5. Kesemua adalah Hak Milik Mutlak Allah swt. Firman, “Semua di Langit dan di Bumi adalah kepunyaan Allah”.
6. Hendaklah kita menyerah kesemua milik kepada Yang Empunya Milik iaitu Allah swt. Firman,”Hendaklah kau (Muhammad) pertama-tama menyerah diri”. Firman,”Hai orang-orang beriman hendaklah kamu menyerah diri.”
7. Pasrah mengetahui yang berlakon (hidup macam biasa) adalah DzatNya. Firman,”Siapa yang bertakwa kepada Allah akan Allah beri jalan keluar dari kesusahannya serta rezki yang tidak disangka-sangka datangnya.”Natijah dari (1) hingga (7):
i. Tertanggallah Sifat kerana melihat Hakikat sahaja.
ii. Dengan tertanggal Sifat (dan melihat hanya Hakikat) maka bersamanya tertanggal sifat-sifat atau akhlak-akhlak manusia sama ada yang buruk ataupun baik.
iii. Menjadi boneka atau perkakas Ilahi.Kerana itu Khidir berkata kepada Musa (as),”Aku buat perkara-perkara itu bukan dengan kemahuanku.” Juga firman,”Bukan kau (Muhammad) yang membunuh adalah Aku (menerusi Dzat)”.
Kerana ada yang masih nafi & isbat maka menghilangkan kewujudan amat sulit dan dengan itu ia dalam keadaan tengelam timbul. Berhubung dengan ini, sahabat Rio ada berkata bahawa sukar hendak membedakan lakonan dan realiti.
Di sini Ayah memperjelaskan bahawa menyatakan kita tidak wujud terletak di Minda. Contoh, mungkin masa kanak-kanak kita perlu nafikan kita ini orang kafir dan mengisbatkan kita ini orang Islam. Nah, sekarang ngak payah lagi udah termaktub dalam Minda kita bahawa kita orang Islam. Rasulullah saw ada bersabda kepada Sayidina Ali (ra) bahawa kalau mereka beribadah untuk mendekati Allah, hendaklah kamu mendekati Allah swt dengan Mindamu.
Begitu juga pada permulaan kita akan nafi kewujudan kita dan isbatkan Dzat namun lama kelamaan fakta kita tidak wujud akan bersemadi dalam Minda kita justeru itu pandangan kita hanya melihat Dzat meliputi semua.
Di sini harus prihatin bahawa fakta bahawa kita tidak wujud hanya di peringkat Hakikat sahaja. Justeru itu (seperti Bayu katakan) di peringkat Makrifat dan Makrifatullah tidak ada hubungkait lagi dengan kita (Sifat)
(Matur Nuwun, Bayu). Justeru mana bisa manusia menjadi Tuhan.Apabila kita udah faham kita tidak wujud dan dengan itu segala yang berhubungkait dengan manusia tertanggal justeru itu kita menjadi Boneka Ilahi.
Mengikut Syeikh Abdul Qadir Al Jilani, Allah swt akan menggantikan segala kehendak kita dengan KehendakNya. Maksud, Dzat mengambil alih (Takeover) peranan kita. Justeru, Dzat-lah yg zahir dan batin.
Semoga mendapat pencerahan pagi ini Anakku, insya-Allah.
Artikel Sebelumnya:
Catatan: Artikel tanya jawab ini diperuntukkan bagi yang sudah memahami kajian Makrifatullah. Apabila ada diantara pembaca yang belum memahami, harap terlebih dahulu membaca SILABUS KAJIAN dan mengikuti dengan runut pembahasan satu per satu sejak awal.
KOMENTAR