Q&A: SEDIKIT TAMBAHAN AGAR TIDAK TERJATUH PADA PAHAMAN WW DAN NM

Ustadz Hussien Abd Latiff: Anakku, sedikit penambahan:

1. Wahdatul Wujud (WW):

Fahaman mereka bahawa apabila Allah swt berfirman “Kun!” kesemua Diri Allah swt menjadi kesemua ciptaan maka tidak berbeda Allah dan ciptaan. Dan dalam tulisan mereka untuk menunjukan Allah = ciptaan mereka mengguna kaedah abjet (alphabet) seperti berikut:

Aku = aku (A = a)
Engkau = engkau (E=e)
Dia = dia (D = d)

Apa yg mereka tidak sedari ialah kaedah ini yg mereka gunakan, menunjukan si kecil mengenalkan si Besar. Justeru kaedah ini merebas putus asas atau “foundation” kefahaman mereka bahawa Allah = ciptaan.

2. Nur Muhammad (NM) :

Fahaman mereka separuh dari Diri Allah swt menjadi separuh Muhammad.

Tidak berbeda “Ahad” dengan “Ahmad” apabila dibuang huruf “m” kerana Ahmad menjadi “Ahad”.

Yang pelik ada firman Allah swt yg boleh mereka gunakan memperkuatkan hujjah dan kefahaman mereka tetapi tidak digunakan serta diketepikan. Firman Allah swt yang bermaksud bahawa bukan Muhammad yang membunuh tetapi Allah – lah yang membunuh. Di sini Rasulullah saw yg memanah dan membunuh beberapa kaum Quraish dalam perang Uhud namun Allah swt pula berfirman Dia yg membunuh.

Nah, bukankah nas ini jelas boleh menguatkan hujjah mereka bahawa Ahmad tanpa “m” menjadi Ahad namun mereka ketepikan ayat ini.

Kenapa mereka mengenepikan ayat ini? Marilah kita kembali semula ke fahaman mereka. Mereka menyatakan bahawa sesudah separuh Diri Allah swt menjadi separuh Muhammad maka dari separuh Muhammad ini terjadilah kesemua ciptaan.

Justeru, kalau kita kembali kpd firman tadi iaitu Allah swt yang bunuh (beberapa orang dari kaum Quraish) bukan Rasulullah saw. Kalau ini benar dan udah tentu benar maka dari sudut fahaman NM, Separuh Allah udah berperang dan membunuh separuh Muhammad (mangsa yg dibunuh). Ini langsung tidak masuk di akal iaitu separuh Allah bermusuhan dengan separuh Muhammad, serta tidak dapat diterima samasekali. Kerana itulah mereka tidak menggunakan nas ini untuk memperkuat asas kefahaman mereka.

Harap anakku dapat pencerahan, insya-Allah, aamin ya Rabbil alamin!


Artikel terkait :


Catatan: Artikel tanya jawab ini diperuntukkan bagi yang sudah memahami kajian Makrifatullah. Apabila ada diantara pembaca yang belum memahami, harap terlebih dahulu membaca SILABUS KAJIAN dan mengikuti dengan runut pembahasan satu per satu sejak awal.

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *