Q&A: SATU KEHENDAK (2)
Ustadz Hussien Abd Latiff: Anakku, lihatlah:
1. Siang (terang), malam (gelap), Awan (putih), Langit (biru), Angkasa (berkelip-kelipan).
2. Planet-planet bermacam-macam keadaan dan berputar mengikut manzilah masing-masing.
3. Ikan-ikan bermacam-macam jenis dan hidup di dalam air.
4. Burung bermacam-macam warna, jenis dan berterbangan di udara.
5. Haiwan bermacam-macam rupa , jenis dan berjalan di atas bumi.
6. Pokok-pokok bermacam-macam jenis namun daun di atas dan akar di bawah.
7. Manusia:
i. Bermacam warna.
ii. Kepala di atas, badan di tengah dan kaki dibawah.
iii. Bermacam-macam bahasa, budaya, bangsa dan Kebudayaan.
iv. Pelbagai pekerjaan – di kantor, di gudang, di tapak pembinaan, di laut dll.
v. Lelaki, perempuan dan “Apa khabar Bang” (tangan patah).
vi. Tua, muda, kanak, pikun dll.
vii. Anak dara/bujang, isteri/suami dan Janda/Duda.
viii. Bermacam agama – Islam, Kristian, Yahudi dll.Anakku, inilah ketetapan Allah swt yang tidak akan berubah kerana rencanaNya teguh. Tidak satu pun Dia lupakan.
Sebenarnya apa yang kalian melihat adalah Susunan ataupun Ketetapan yang mengikut KEHENDAKNYA. Tidak ada kehendak melainkan KehendakNya yang Satu, yang tidak akan berubah.
Kalian bertanya mengapa begini? Maka jawapannya ialah inilah Senda gurauan dan main-mainanNya.
Kalian bertanya apa pergertian semua ini? Jawapannya pengertian semua ini hanya ada padaNya.
Kalian bertanya lagi “Kenapa?” Nabi Isa as menjawab, “KENAPA itulah PINTU NERAKA!”
Rasulullah saw bersedih hati ramai umat baginda masih belum beriman, maka Allah swt menegur baginda dengan berfirman bahawa ini adalah KehendakNya, kalau Dia mahu semua umat baginda beriman Dia bisa buat begitu seraya menambah “Jangan kamu jadi orang yang jahil!” [1]
Justeru anakku dengar nasihat Ayah:
i. Ada mata lihat, ada telingar dengar, ada mulut “zip”.
ii. Jangan macam-macam, biarkan si Luncai terjun dengan labu-labunya, iaitu menerima hakikat kita tidak bisa merubah Takdir Ilahi.
iii. Namun hidup macam biasa, iaitu hidup mengikut apa yang udah di Takdirkan yang tentunya semuanya itu berhikmah dan tidak sia-sia. Contoh kalau di jolok durian, pepah [makan] jangan tidak pepah.
Ahmad Saifudin: Kehendak ketetapanNya yang bermacam macam sudah diperankan oleh masing masing kita justeru itu peran setiap makhluk tidak akan ada perubahan, jika ada perubahan peran makhluk, peran tersebut juga dalam ketetapanNya, demikiankah Ayah mohon dikoreksi jika salah?
Ustadz Hussien Abd Latiff: Benar, sahabat H. Ahmad.
Ahmad Saifudin: Alhamdulillah, barakallah warahmah Ayah.
Mohd Zainothman: Alhamdulillah semuanya benar ustaz. Yang pasti kita semua tak wujud, ciptaan2 lain juga tak wujud. Yang wujud hanya Allah Yang Maha Besar Maha Tinggi Maha Luas. Betulkan ustaz. Terima di atas peringatan yang di sampaikan.
Ustadz Hussien Abd Latiff: Benar, pak Zain sahabatku. Dia bermain dengan DiriNya.
Seperti The Blues Gang bernyani,”Apa nak dikata!”
Bernyayi
Bernyanyi
gasak dialah!
Sahry Ramadhan: Kita terheran-heran atas keragaman ini, dan niat bertanya pun, sebekumnya sudah di Ilhamkan untuk bertanya……benar Ustad sudah kenal kepada Nya menjadi tidak tahu ……dan semoga hanya satu kewujudan dan hanya ada pada Nya….betulkah begitu ustadz?, terima kasih ustad. Selamat beraktifitas…..
Ustadz Hussien Abd Latiff: Benar, sahabatku Sahry
References :
[1] Dan jika keberpalingan mereka terasa berat bagimu (Muhammad), maka sekiranya engkau dapat membuat lubang di bumi atau tangga ke langit lalu engkau dapat mendatangkan mukjizat kepada mereka, (maka buatlah). Dan sekiranya Allah menghendaki, tentu Dia jadikan mereka semua mengikuti petunjuk, sebab itu janganlah sekali-kali engkau termasuk orang-orang yang jahil(Terjemah QS Al-An’am : 35)
Catatan: Artikel tanya jawab ini diperuntukkan bagi yang sudah memahami kajian Makrifatullah. Apabila ada diantara pembaca yang belum memahami, harap terlebih dahulu membaca SILABUS KAJIAN dan mengikuti dengan runut pembahasan satu per satu sejak awal.
KOMENTAR