Q&A : QADA, QADAR, DAN AKAL ?
dikutip dari gnosticman.org
Zulkiflee Rahman
December 30th, 2010 at 3:04 pm
Assalamualaikum ,
kita yg berfahaman ahli sunnah wal jamaah beriman dengan
qadha & qadar. Dan qadha & qadar Allah tidak boleh di ubah ubah lagi kerana kesempurnaan “pelan induk” Allah SWT. Namun kita juga diberi akal untuk memilih jalan ketaqwaan atau jalan kefasikan. (walaupun kita tahu pilihan itu sudah tertulis di luh mahfuz)
Jadi bagaimana kita hendak menyatu padu kan antara qadha & qadar dengan akal?
Ustaz A L Hussien
July 17th, 2011 at 1:25 amKalau kita yaqin Allah swt Maha Bijaksana maka kita juga mesti yakin Takdir yang diperuntukkan untuk kita adalah terbaik bagi kita kalau tidak Allah swt tidak Maha Bijaksana. Maka ini telah menjadi rukun iman ke 6. Dengan itu, hendaklah kita melihat Takdir itu secara positive kerana ia direka oleh Allah Yang Maha Bijaksana. Disebalik Takdir itu ada hikmah, keadilan, kegunaan sebenarnya, ilmu dan lain-lain tetapi kita tidak nampak kerana tidak memandangnya dengan positive.
Catatan:
Artikel tanya jawab ini diperuntukkan bagi yang sudah memahami kajian Makrifatullah. Apabila ada diantara pembaca yang belum memahami, harap terlebih dahulu membaca SILABUS KAJIAN dan mengikuti dengan runut pembahasan satu per satu sejak awal.
KOMENTAR