Q&A: PERTANYAAN BERKAITAN DENGAN PRINSIP “DIAM”
Assalamualaikum ayahku..pak admin..sobat2 di yamas..anak ada persoalan hendak di kongsi..dalam prinsip ke 5..ayah ada bicara tentang kelembutan dalam menghadapi ujian..soalan saya ya..dalam kehidupan seharian baik di rumah , kantor, toko,pejabat..keluarga pasti ada ujian..umpamanya ya..dalam keluarga anak kita membuat kemungkaran..isteri sudah bikin ribut ngapa ngak nasihat tegur marah, rotan dan lain2??
Tapi kita udah tahu ilmu ini ngak bisa lakukan ini semua..sudah jahit..tapi yang lain ngak ada ilmu ini menuduh kita dayus [pengecut], bacul [lemah], pondan tangan patah [banci], dan lain2 yang menguji kita ya..
Soalannya ayah ya..macamana nak hadapi ujian sebegini ya?
Makasih ayah pak admin..makasih..amin
[4/2, 10:58 AM] Ustadz Hussien Abd Latiff: Ahmad. Kerana kamu belum sampai keperingkat ini pakai sahaja syariah. Jangan buat ribut pada keluarga dan rakan-rakanmu dikantor
Bila kamu udah mengalami satu goncangan atau gegaran hingga orang sekeliling takjub melihat pertukaran mu yg sangat luar biasa menjadi “orang-orang Allah swt” [1] maka mereka tidak akan memanggilmu dayus [pengecut] dan sebagainya. Serta kehadiran mu membawa ketenangan disekelilingmu.
Pada masa sekarang jangan macam-macam. Pakai sahaja syariah sehingga datang goncangan yang membawa kepadamu kesedaran yg jati dan pertukaran yg menakjubkan pada dirimu dan pada pandangan orang lain.
[4/2, 11:32 AM] Ustadz Hussien Abd Latiff: Ahmad. Maksud “pakai syariah” dalam kumpulan kami ialah pakai “pintu depan”.
Kerana kalau mengikuti kita, pegangan kita kpd syariat lebih berat, iaitu:
1. Shalat malam – satu atau 3/4 malam. Rakaat Tahajud tiada maximanya
2. Puasa sunat – hanya 5 hari tidak boleh puasa iaitu 2 Hari Raya dan 3 hari Tasyrik
3. Zuhud
4. Baca Al Quran selalu – kalau boleh khatam setiap hari.
5. Banyakkan Sedekah
6. Bersifat kasih sayang kpd semua ciptaan Allah swt
7. Pegang kpd Syariah
8. Sebenar-benar takut kpd Allah swt.
[4/5, 12:08 AM] Dahliyar
Assalamulaikum Ustadz :
Anak : ayah, anak mau tanya…anak lagi jalan-jalan ke pasar nak beli barang2 kebutuhan pokok naik motorcycle..begitu anak matikan mesin motor untuk parking, tiba2 ada perampok yg menodongkan pisau ke badan anak ni…karena sudah belajar ilmu makrifat, apa yg harus anak lakukan? :
1-apakah memberikan segala yg diminta perampok?
2-ataukah anak melawan?hidup macam orang biasa…
3-ataukah ada nasehat lain dari ayah?
Terima kasih
Ďahliyar
[4/5, 1:06 AM] Ustadz Hussien Abd Latiff:
Jelas anak belum sampai ke peringkat gegaran yang membawa kepada perubahan mendadak hingga perompak pun taubat nak merompak anak seperti terjadi kpd syeikh abdul qadir al jelani.
Kerana belum sampai peringkat itu anak jangan merepek yg bukan-bukan nanti dibunuh oleh perompak itu. Serah sahaja apa yg mereka mahu.lepas itu pergi polis station untuk bikin aduan dirompak dan terangkan juga rupa perompak itu supaya dapat membantu polis menangkap mereka. Lepas itu balik rumah shalat sunat dua rakaat dan habis shalat sujud dan berterima kasih kpd Allah swt kerana menyelamatkan nyawa anak.
[4/5, 1:17 AM] Ustadz Hussien Abd Latiff: Belajar, dan “merasa impak ilmu ini” berbeza [Tak sama antara mengetahui dan merasakan].
Seperti orang yg belajar bahawa briyani itu sedap, berbeza dengan orang yg “rasakan” briyani itu sedap.
Dari contoh ini perbezaan mereka seperti timur dan barat.
Yang belajar asyik cakap macam mana rasa briyani. Yang udah “rasa” diam saja sambil tersenyum (makrifat).
Ahmad Jamil B.Ariffin