Q&A: PENYERAHAN SEPENUHNYA KEPADA TAKDIR ALLAH (2)

Ustadz Hussien Abd Latiff: Anakku yg dicintai. Sesudah Minda Kalian sentiasa ingat yg Kalian tidak wujud dan Mata Kalian sentiasa Nafi & Isbat maka Kalian akan sampai kepada kesimpulan bahawa kesemua ini adalah lakonan Dzat mengikut dengan taat apa yg udah tertera di Loh Mahfuz.

Apabila Kalian udah memahami apa yg tertulis di atas ini maka hendaklah kalian faham bahawa segala kesusahan, penderitaan, bala bencana, ketagihan, kesalahan, kelemahan, kemaksiatan dll adalah satu Ujian.

Satu Ujian untuk menguji sama ada Kalian lupa bahawa semua ini adalah Lakuan Dzat mentaati yg tersirat di Loh Mahfuz.

Sekiranya Kalian lupa maka ujian ini akan menjadi satu penyiksaan atau beban yang sukar lagi berat dipikul oleh Kalian. Sesungguhnya ini pasti berlaku kerana Kalian kembalikan Kewujudan Kalian serta melihat bahawa Kalianlah yg berlakon.

Hendaklah dalam masa-masa ujian itu, Kalian memegang kuat kpd kefahaman bahawa Kalian tidak wujud dan yg berlakon adalah DzatNya serta hendaklah Kalian kembalikan perkara itu kepada Allah swt. Seperti yg diperintah oleh Allah swt kpd Rasulullah saw dan orang-orang beriman supaya menyerah diri Sepenuhnya kpd Allah swt atau TakdirNya.

Kalian harus mengambil iktibar dari Lakuan Nabi Ayub as yg sentiasa rujuk kpd Allah swt dalam masa-masa dia sangat tertekan oleh ujian daripada Allah swt. Juga seperti Nabi Yakub as sentiasa kembali kpd Allah swt apabila ditimpa kesusahan. Dia hanya mencerita kesusahannya kpd Allah swt sahaja tidak kepada yg lain.

Apabila Kalian berbuat demikian maka Kalian udah berpegang kpd satu buhul Tali yg kuat dan syaitan tidak dapat mengugat keimanan kalian yg kukoh seperti yg dinyatakan oleh Kalian dalam shalat Kalian bahawa hidupku dan matiku hanya untuk Allah swt. Dengan ini, Kalian tidaklah tertera dalam senarai yg ditetapkan yg dapat digoda oleh Syaitan.

Semoga anakku yg diingati dapat memfaat dari apa yg disampaikan ini, Insya-Allah, aamin Ya Rabbil alamin!

Anakku yg disayangi. Maka ada sahabat bertanya kpd Rasulullah saw bahawa kalau semua udah tersirat dalam Loh Mahfuz maka bukankah baik Kita hidup berpeluk tubuh sahaja. Maka Rasulullah saw bersabda jangan berbuat begitu tetapi hendaklah Kita hidup seperti biasa.

Hidup seperti biasa maknanya kalau lapar, makan (jangan tidak makan), kalau haus, minum (jangan tidak minum), kalau mahu pandai, belajar (jangan tidak belajar), kalau sakit, jumpa doktor (jangan tidak pergi), kalau anak jahat, nasihatkan (jangan tidak nasihat), kalau mahu dikasari atau mahu diperkosai atau dicopet, lawan (jangan tidak lawan) dan kalau berkerja atau berusaha, hendaklah sesungguhnya (jangan tidak bersungguh).

Itulah maksudnya hidup seperti biasa.

Namun bagi yg udah makrifat walaupun Hidup.macam biasa maksudnya seperti yg diterangkan namun dari sudut kacamata mereka (yg udah makrifat) berbeda kerana dalam pandangan mereka:
1. Ciptaan tidak wujud. Justeru kedua-dua perlaku tidak wujud.
2. Kedua-dua pelaku itu adalah sebenarnya DzatNya.

Sesuai dengan firmanNya bahawa bukan Muhammad yg membunuh tetapi yg membunuh adalah (Dzat)Ku.

Anakku, sebenarnya apa yg berlaku di antara pelaku-pelaku itu adalah suatu Ujian Ilahi untuk mempastikan Kalian masih ingat kedua-dua prinsip bahawa (i) kalian tidak wujud, dan (ii) yang berlakon adalah DzatNya.

Justeru itu, sekiranya Kalian berkata bahawa anak saya jahat maka saya mesti menasihatinya atau saya sakit tak kan saya tidak mahu pergi jumpa doktor. Maka dengan itu, Kalian udah gagal dalam ujian Allah swt kerana Kalian udah kembali buta semula. Sesuai dengan firmanNya bahawa jangan kamu kata kamu udah beriman sebelum kamu diuji oleh Ku.

Anakku jangan sekali-kali kamu lupa akan firmanNya bahawa Dialah Yg Zahir dan Dialah Yg Batin. Justeru itu hanya ada satu wujud iaitu Dzat (ciptaan)Nya yg Halus lagi Meliputi semua termasuk Ruang dan Masa.

Semoga anakku yg dirindui dapat sematkan pengajian di atas ini dalam diri kalian supaya Kalian, Insya-Allah, tidak akan gagal apabila datang ujianNya, aamin Ya Rabbil alamin!


Catatan:

Artikel tanya jawab ini diperuntukkan bagi yang sudah memahami kajian Makrifatullah. Apabila ada diantara pembaca yang belum memahami, harap terlebih dahulu membaca SILABUS KAJIAN dan mengikuti dengan runut pembahasan satu per satu sejak awal.

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *