Q&A: ORANG YANG BERKASIH SAYANG KARENA ALLAH

 Ustadz Hussien Abd Latiff:

Ayah: Anakku, orang yg berkasih sayang kerana Allah swt, merekalah:
1. Orang yg dicari Allah swt di hari kemudian sesuai dengan firmannya,”Di manakah mereka yang berkasih sayang kerana Aku!”
2. Orang yang mendapat lindungan di bawah Aras Allah swt di Yaumal Masyar.
3. Orang yang Allah swt sudah pilih serta menanam lman di dalam hati mereka.1
4. Orang yang Nabi, Syuhadah dan lain-lain cemburu terhadap mereka.2

Namun pengertian kasih sayang melebihi pengertian biasa kerana ia meminta pengorbanan demi kebahagian orang lain dan niat kita buat ini ialah kerana Allah swt. Contoh, kita ibarat lilin membakar diri untuk kebahagian orang lain kerana Allah swt.

Rasulullah saw, para sahabat ra dan Siti Aisyah rdh, setiap kali mahu makan atau buka puasa akan datang fakir miskin meminta makanan. Maka mereka akan beri makanan mereka walaupun itu sahaja makanan yg tinggal untuk mereka. Justeru itu, mereka sentiasa dalam kelaparan.

Contoh, isteri ngak mahu masak untuk suami, ngak mahu gosok baju, jahit baju yg ada lobang atau koyak, ngak mahu basuh baju dan ngak mahu kasi nafkah batin. Namun mahu setiap bulan diberinya nafkah 1juta rupiah.

Jawapan:
 Hendaklah Suami:
1. Masak sendiri
2. Gosok baju sendiri
3. Jahit baju sendiri
4. Basuh baju sendiri
5. Kasi nafkah isteri
6. Naik, Serah (masalah) Tunggu (pertolongan) sambil ROC.
Suami.buat ini semua kerana Allah swt walaupun dia jadi lilin membakar dirinya untuk kebahagian isterinya.

Contoh, suami ngak mahu kerja, ngak beri nafkah untuk isteri dan dua orang anak mereka, balik petang mahu makan dan mahu nafkah batin. Esok pagi sebelum keluar rumah akan minta keep wang [uang].

Jawapan:
Hendaklah Isteri:
1. Cari pekerjaan untuk menampong nafkah keluarga. Jangan kuatir, berpaut kpd Allah swt dan akan Allah swt beri jalan keluar dari kesusahannya serta rezki yg tidak disangka-sangka datangnya.
2. Siapkan makanan suami.
3. Beri nafkan batin
4. Beri wang [uang] yg diminta
5. Naik, Serah (masalah), Tunggu (pertolongan Ilahi) sambil ROC.
Isteri buat ini semua kerana Allah swt, seperti lilin membakar dirinya untuk kebahagian suami dan anak-anak mereka.

Prinsip C. ketiga dalam Ujian juga boleh diaplikasi:

1. Jangan bersungut
2. Redha dengan keadaan yg ada.
3 Buat adjustment yg sesuai.
4. Pertukaran. Suami menguruskan rumah tangga dan isteri pergi cari nafkah.
5. Jangan mendabih dada (memuji diri) tetapi berpaut kuat kpd Allah swt.

Maka prinsip berkasih-sayang kerana Allah swt bukan “I love you and you love me!”(Kamu cinta aku dan aku.cinta kamu) tetapi memerlu pengorbanan yg amat berat. Ayah harap anakku faham!

Mbak Sri Puji Astuti: InsyaaAllah paham Ayahanda..

Samsul Bahri: Insya Allah terima kasih ustaz

rio : Terimakasih Ustadz

Ahmad Saifudin: Alhamdulillah terimakasih ustad

Luli Alaydrus: Inshallah paham ayah..

References:

 

1.
….Meraka itulah orang-orang yang dalam hatinya telah ditanamkan Allah keimanan dan Allah telah menguatkan mereka dengan pertolongan yang datang dari-Nya. Lalu dimasukan-Nya mereka ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Allah ridha terhadap mereka dan mereka pun merasa puas terhadap (limpahan rahmat)-Nya. Merekalah golongan Allah. Ingatlah, sesungguhnya golongan Allah itulah yang beruntung (Terjemah QS Al-Mujadalah : 22).
2.
“Wahai sekalian manusia! Dengar, fahami dan ketahuilah bahwa Allah AzzaWaJalla memiliki hamba-hamba, mereka bukan nabi atau pun syuhada` tapi para nabi dan syuhada` iri pada mereka karena tempat dan kedekatan mereka dengan Allah pada hari kiamat.” Kemudian salah seorang badui datang, ia berasal dari pedalaman jauh dan menyendiri, ia menunjuk tangannya ke arah Nabi Shallallahu’alaihiwasallam lalu berkata: Hai Nabi Allah! Sekelompok orang yang bukan Nabi ataupun syuhada` tapi para nabi dan syuhada` iri kepada mereka karena kedudukan dan kedekatan mereka dengan Allah, sebutkan ciri-ciri mereka untuk kami. Wajah Rasulullah Shallallahu’alaihiwasallam bergembira karena pertanyaan orang badui itu lalu Rasulullah Shallallahu’alaihiwasallam bersabda: “Mereka adalah orang-orang yang berasal dari berbagai penjuru dan orang-orang asing, diantara meraka tidak dihubungkan oleh kekerabatan yang dekat, mereka saling mencintai karena Allah dan saling tulus ikhlas, Allah menempatkan untuk mereka mimbar-mimbar dari cahaya pada hari kiamat, Allah mendudukan mereka diatasnya, Allah menjadikan wajah-wajah mereka cahaya, pakaian-pakaian mereka cahaya, orang-orang ketakutan pada hari kiamat sementara mereka tidak ketakuan, mereka adalah para wali-wali Allah yang tidak takut dan tidak bersedih hati.” (HR. Ahmad: 21832).

 

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

4 Responses

  1. AHMAD JAMIL BIN ARIFFIN says:

    Assalamualaikum pak Admin..saya mahu nanya..ayah sudah tak mahu berbicara lagi ke dalam Q&A..atau ayah pergi bercuti..kerana..posting Q&A udah ngak ada lagi seperti biasa..makasih pak admin..amin

  2. Ahmad Jamil B.Ariffin says:

    Makasih.pak admin..mas..banyak ilmu yang ayah bagi dalam Q&A..terutamanya utk kita aplikasi dalam hidup keseharian…makasih..

  3. dodi hasan says:

    Ada rasa rindu seandainya lama q&a tak ada posting, salam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *