Q&A: NAFI-ISBAT DAN KETIDAKWUJUDAN (3)

Ustadz Hussien Abd Latiff: Anakku, Insya-Allah Ayah akan sambung lagi pencerahan Ayah tempoh hari.

1. Apabila dinafikan penzahiran ciptaan (Sifat) dan diisbatkan Dzat (Hakikat) maka di mana pun kita memandang kita melihat Dzat meliputi.

Maka kewujudan kita ini adalah seperti satu fatamorgana ataupun bayangan ataupun dari sudut sains hologram.
Contoh, wayang kulit. Bayangan di layar putih itu hasil dari boneka di sebalik layar putih itu yg di kelolakan oleh Pak Dalang. Bayang itu Sifat, Boneka itu Dzat (Hakikat) dan Pak Dalang itu DiriNya yg sedikit (Makrifat). Layar putih itu LM.
Begitulah hidup kita yg Imam Ghazali berkata bahawa kalau kamu kenal Tuhanmu dan kamu kenal dirimu maka kamu tahu bahawa kamu tidak wujud.

2. Maka hidup kita adalah seperti bayangan di wayang kulit. Dilakonkan di layar putih (LM) oleh boneka yang ada disebalik layar putih.
Bukan sahaja kita tidak wujud, tidak ada pilihan, tidak ada campur tangan dalam pengurusan, tetapi juga tidak boleh bersuara hanya diam.

Dari sudut wayang kulit hidup kita ini ibarat si boneka bermain dengan bayang-bayangnya.

Kerana itu, si Luncai berkata, “Biarkan, Biarkan”.
Di mana Pak Pandir berkata:
” Ada mata lihat
Ada telinga dengar
Ada mulut diam
Tepuklah tangan
Buatlah tak tahu”.

3. Sesudah mengetahui akan kebenaran ini maka hendaklah kita membuat kepasrahan atau penyerahan sepenuhnya kpd Takdir namun disamping itu, hidup seperti biasa seperti kalau lapar makan (nasi briyani) dan kalau lepas makan, makan pula dessert atau pencuci mulut (Durian King) dan kalau haus minum (lemon teh O panas tanpa gula). Heh, menu ini macam biasa dengar?

4. Selain dari hidup macam biasa dan diam. Naik dan ROC pintu belakang sambil ingat Allah swt sebanyak mungkin sambil menjalankan ibadah-ibadah fardhu lagi dikuatkan dengan ibadah-ibadah sunat.

Terus berhubung dengan Allah swt seperti FirmanNya,”Kau ingat Aku, Aku ingat kau.”
Duduk diam di pintu belakang jangan selalu turun naik. Bina serta mantapkan lagi Base-Camp. Jangan meminta dinaikan kedudukan kita dalam alam rohani. Terus ROC dan Dzikrullah dan pasrah serta berpuashati dengan keadaan kita sehingga Dia menaiktaraf kedudukan kita.

Kalau tidak ROC serta “act blur”, taada kerja jangan cari kerja.

Faham anakku semua?


Artikel sebelumnya :


Catatan: Artikel tanya jawab ini diperuntukkan bagi yang sudah memahami kajian Makrifatullah. Apabila ada diantara pembaca yang belum memahami, harap terlebih dahulu membaca SILABUS KAJIAN dan mengikuti dengan runut pembahasan satu per satu sejak awal.

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

2 Responses

  1. Darman syah says:

    Njih pak ustadz alhmdulillah
    Louhulmahfudz at layarNya sangat hebat😭😭😭

  2. ami candra gunawan says:

    ALHAMDULILLAH…faham ayah,😁😁😁

Leave a Reply to ami candra gunawan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *