Q&A: MENGOREKSI KEKELIRUAN WAHDATUL WUJUD DAN NUR MUHAMMAD

Ustadz Hussien Abd Latiff: Anakku, apabila fahaman Wahdatul Wujud ditolak oleh Sayidina Ali ra maka kebingunganlah ulama tasawuf pada masa itu terutama pada soalan kepada siapa Allah swt berfirman,”Kun”.

Maka berbalik mereka mentelaah al Quran dan terjumpa 3 ayat yg menjadi nadi kefahaman Nur Muhammad:
1. Surah An Nur yg memperkatakan bahawa Allah swt adalah Nur langit dan bumi.
2. Surah Sajdah yg memperkatakan bahawa Allah swt meniupkan RohNya ke dalam jasad.
3. Surah Al Anfaal yg memperkatakan bahawa bukan Nabi Muhammad saw yg melempar atau membunuh tetapi yg melempar atau melempar adalah Allah swt.

Rumusan mereka:
1. Bersandarkan perengan (1) & (2) di atas ini maka Allah swt mempunyai Nur dan Roh.
2. Bersandarkan perengan (3) walaupun Rasulullah saw melempar dan membunuh namun Allah swt mengaku Dia yg melempar atau membunuh maka sebenarnyalah Rasulullah saw adalah sebahagian Roh atau Nur Allah swt. Mereka tidak mahu memperkatakan bahawa Rasulullah saw adalah Roh atau Nur Allah swt sepenuhnya kerana itu akan menjerumuskan mereka dalam fahaman Wahdatul Wujud. Namun begitu, dalam senyap mereka memperkatakan bahawa Ahmad tanpa “m” menjadi Ahad.

Apabila saya terangkan dalam bahasa inggeris (dan melalui juru bahasa) perkara di atas ini, dan berkenaan hanya sedikit Dzat yg menjadi kesemua ciptaan (termasuk tempat, ruang, masa, Nur dan Roh) kepada para hadirin yg berada di seminar saya di KunMing dan Shanghai di Cina, ada beberapa professors (bangsa Cina) berjumpa saya dan berkata bahawa mereka ingat hanya dua jalan sahaja dapat mengenal Allah swt iaitu Wahdatul Wujud atau Nur Muhammad (NM), ternyata penerangan yg saya beri adalah lebih senang lagi jelas.

Harap anak-anak ayah sekarang lebih mengerti bagaimana dan apakah sandaran fahaman NM.

Ustadz Hussien Abd Latiff: Anakku, sehubungan dengan fahaman Roh atau Nur Muhammad, ayah akan lanjutkan lagi perbincangannya.

Manusia diciptakan dengan 4 unsur utama:
1. Jasad.
2. Nyawa.
3. Roh.
4. Minda (Hati kalau 3 serangkai)

Roh itu adalah tenaga dan berkuasa. Kerana Roh itu adalah tenaga maka ia ngak bisa berfungsi kalau tidak di applikasikan atau disalurkan kepada sesuatu. Justeru itu kita mempunyai jasad.

Jasad diciptakan daripada tanah, air, api dan angin. Jasad tidak diciptakan daripada Roh. Jasad ngak bisa bertahan dan menjadi busuk kalau ngak ada nyawa.

Nyawa diambil sesudah Roh (jiwa) masuk ke alam bazakh. Justeru ia bukan sebahagian dari Roh kita. Juga denyutannya yg membuat jasad itu hidup dan denyutannya juga yg menolak Roh ke pintu alam bazakh yg dikenal sebagai sakaratul maut ternyata bebas (independence) daripada Roh. Arahan yg diterima oleh Nyawa sama ada berdenyut atau hentikan denyutan datang daripada Minda bukan Roh.

Minda atau Hati (kalau 3 serangkai) adalah yang menerima serta menyampaikan komunikasi setiap masa. Minda-lah yg memberi pengertian kepada setiap komunikasi yang diterimanya. Komunikasi ini pula diarah ke Roh dan Roh sebagai tenaga menjalankan arahan daripada Minda. Ini juga bererti tanpa Minda, Roh tidak mungkin berfungsi. Komunikasi yg diterima oleh Minda datang dari LM yang udah siap semasa Allah swt berfirman,”Kun!”

Maka kita boleh contohkan susunan manusia seperti pesawat yg sedang terbang di angkasa:
1. Badan Pesawat = Jasad
2. Wiring termasuk cable dan computer di dalam pesawat = Roh
3. Enjin (engine) pesawat = Nyawa
4 Juru Terbang (Pilot) = Minda/Hati.

Maka jelas bahawa Roh hanyalah satu bahagian (Component) dari susunan (make-up) manusia bukan unsurnya. Di sini satu kelemahan fahaman Roh atau Nur Muhammad.

Malaikat, jasadnya daripada Nur. Malaikat pun mempunyai Roh. Malaikat juga mempunyai nyawa kerana mereka juga apabila datangnya kiamat akan mati. Mereka juga mempunyai Minda kerana bisa menerima arahan Ilahi.
Justeru itu adakah Malaikat terjadi dari dua unsur Roh dan Nur Muhammad?

Allah swt berfirman dalam hadith Qudsi bahawa anak Adam mencederakanNya dengan mencaci Masa kerana Masa itu adalah Dia (Allah swt). Nah sekarang kepada fahaman Nur atau Roh Muhammad mesti tambah satu lagi komponen (bahagian) Masa atau Masa Muhammad?

Rasulullah saw bersabda (hadith sahih) bahawa Dzat yg mendahulukan dan mengakhirkan bukan Nur atau Roh baginda.

Prihatin, hadith yg mengatakan kita semua dari Muhammad adalah hadith palsu.

Dalam Injil Barnabas ditulis Roh Rasulullah saw DIJADIKAN dan bukan ia sebahagian daripada Roh atau Nur Allah swt. Setelah dijadikan diletak di dalam sesuatu tempat yang istimewa. Ini bererti, tempat di mana Roh baginda diletakkan udah ada sebelum Roh baginda dijadikan. Justeru itu, bagaimana semua ciptaan terjadi dari Roh Muhammad.
Dikatakan juga Roh baginda dijadikan 60,000 tahun sebelum dijadikan langit dan bumi serta seisinnya. Ini bererti Roh mempunyai umur maka bagaimana ia sebahagian Allah swt?

Masalah dengan fahaman ini terutama ialah mereka mentafsirkan ayat yg mengatakan bahawa “RohKu” Atau “Allah swt adalah Nur langit dan bumi” secara “literal” (permukaan). Sebenarnya maksud ayat-ayat ini ialah Nur dan Roh itu adalah ciptaan Allah swt dan harus dimengertikan seperti berikut:
1. Allah adalah Nur langit dan bumi = Allah adalah Pencipta Nur langit dan bumi.
(Sesudah itu, dalam ayat itu Allah swt menceritakan tentang Nur ini bukan tentang DiriNya. Dan dalam penerangan saya, saya ada menulis bahawa Nur ini atau Pelita yg bersinar seperti bintang di dalam lapisan kaca merujuk kpd LM bukan kpd Nur Muhammad. Juga Nur atau Pelita ini berada di dalam bekas maka bagaimana Nur Muhammad menjadi unsur apabila ia berada di dalam bekas atau lobang yg tidak tembus?)

2. Meniupkan RohKu = Meniup Roh ciptaanKu. Ini sepatutnya tafsiran ayat ini.

Harap anak-anak jelas berkenaan fahaman Nur Muhammad. Salam rindu dari Ayah, semoga insya-Allah kita bertemu di Jember untuk Seminar Dasar dan Syarahan lanjutan, aailmin ya Rabbal alamin.

Yusdeka Putra: Alhamdulillah. Makasih Pak Ustadz. Dulu sebelum kenal ilmu makrifatullah, ruh-ku itu kami pahami benar benar sebagai Ruh Allah yang ditiupkan ke dalam tubuh manusia. Makanya ruh itu kami anggap sebagai diri sejati, aku sejati yang selalu ingin dekat dengan Allah. Makanya yang kami lakukan saat itu adalah usaha mengambalikan ruh itu kembali kepada Allah, menyambungkan ruh itu kembali dengan Allah. Dan usaha itu sangat melelahkan dan menyiksa sekali.

Tetapi dengan ilmu makrifatullah dan ilmu anasir diri manusia yang Pak Ustadz ajarkan, semua jadi jelas dan clear. Alhamdulillah…

Mohd Zainothman: Alhamdulillah. Terima kasih Ustaz yang telah mmberi penjelasan yang sangat terperinci tentang roh, jasad, minda dan nyawa dan termasuk juga ttg kepercayaan kpd pegangan Nur Muhammad. Tkasih sekali lagi ustaz.


Catatan: Artikel tanya jawab ini diperuntukkan bagi yang sudah memahami kajian Makrifatullah. Apabila ada diantara pembaca yang belum memahami, harap terlebih dahulu membaca SILABUS KAJIAN dan mengikuti dengan runut pembahasan satu per satu sejak awal.

 

 

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

1 Response

  1. MOHAMAD ZUHRI BIN ABDULAH SALEH says:

    Alhamdulillah ..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *