Q&A: MENGENALI SIFAT DAN AF’AL-NYA (4)

Ustadz Hussien Abd Latiff : Kerana itu Sayidatina Aisyah rha berperang dengan Sayidina Ali ra walaupun kedua-dua udah mengenal sifat-sifatNya kerana Sayidatina Aisyah ra masih belum sampai kepada tahap keredhaan dan kenteraman iaitu memahami dengan sebenarnya Af’al Allah swt.

Begitu juga kalian anak-anak Ayah. Selagi tidak memahami dengan sebenarnya akan af’alNya maka akan kalian selalu bertanya, “Kenapa!” atau selalu ada pertanyaan (kerana itu Ayah suruh Sahry duduk bersama Ayah, Bayu, Sriwinanto dan Pak Deka di dalam bioskop Ilahi dan lihat tayanganNya di pintu depan serta DIAM). Selalu ayah berpesan kpd kalian supaya jangan turun ke pintu depan lalu keluar bermain lumpuh.

Kalian udah mengenal Sifat-sifatNya maka naik ke pintu belakang (base camp) sambil ROC hendaklah kalian Dzikrullah sentiasa dan tunggu jemputan Ilahi untuk sampai ke taraf Fana lalu ke Alam Sakinah dan masuk ke dalamnya.

Namun selagi Af’alNya belum kalian faham dengan sesungguhnya maka sukar bagi kalian mahu duduk lama di base camp kerana selalu sahaja mahu turun ke pintu depan. 

Sayugia diingat anak-anak Ayah, kefahaman berkenaan Af’alNya sangat perlu sekiranya kita mahu berlabuh (settled) di base camp.


Artikel terkait :


Catatan: Artikel tanya jawab ini diperuntukkan bagi yang sudah memahami kajian Makrifatullah. Apabila ada diantara pembaca yang belum memahami, harap terlebih dahulu membaca SILABUS KAJIAN dan mengikuti dengan runut pembahasan satu per satu sejak awal.

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

4 Responses

  1. Abdul Zaky says:

    Memahami bahawa segala yang kelihatan pada Bioskop Ilahi itu hanyalah dzatnya yang melakonkan watak masing-masing dan tetap akan berlaku tanpa adanya pilihan, tidak terkecuali yang sedang memerhati, tahu dan merasakannya.

  2. Ahmad kamal bin othman says:

    Pendedahan kepada ilmu ketuhan selama 14 tahun saya lalui..berpindah dari satu jemaah kepada jemaah yg lain..bermula dengan jemaah syariat kemudian jemaah tarikat kemudian jemaah hakikat..dalam tempoh yg terlalu panjang..nk buat mcm mana…bila pemahaman makrifat mulai sampai dengan cara hijrah juga selalu berlaku pergolakan yg sgt kuat dalam diri…sangat kuat…pengaruh dari fahaman yg lepas masih ada..secara tak langsung memberi impak kepada perjalanan duniawi dan mengambil masa yg panjang..saya bawa amalan makrifat yg sampai melalui youtube kepada saya gelora itu terlalu kuat..seringkali saya terbabas…bila terbabas ada ketika datang seruan dan kembali membawa amalan makrifat…waima dalam amalan pun turut terganggu dengan pengaruh amalan yg terdahulu…disitulah sebenarnya ustaz timbul kebimbangan dalam diri saya dan datang persoalan dan mintak penjelasan dari ustaz…saya memahami setiap didikan ustaz melalui youtube…adakah berlaku peperangan dalaman antara pengaruh amalan dan ilmu yg bebeza?? Adakala saya akan berkata ini gangguan iblis kemudian datang fahaman iblis juga Dzat Allah!! Iblis juga melaksanakan peranannya..mintak penjelasan…

    • YAMAS says:

      Ustadz Hussien Abd Latiff : Masalah kamu terutama ialah kamu masih belum faham lagi ilmu makrifat ini kerana itu kamu tidak dapat menghilangkan kewujudanmu.

  3. Ahmad kamal says:

    Alhamdulillah

Leave a Reply to Ahmad kamal bin othman Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *