Q&A : MENDAKI TANGGA-TANGGA KE ILAHI (2)

Rio : Assalamualaikum ustadz. Alam maya sakinah ini [baca artikel sebelumnya] adakah sama dengan yang dimaksud sementara orang sufi dahulu dengan alam lahut atau malakut itu ustadz?

Di buku-buku sering kita jumpa orang kata ada lahut malakut jabarut, betulkah itu ustadz?

Ustadz Hussien Abd Latiff: Kerana Arif Billah yang dijanjikan tidak juga datang dari abad 4 hijriah kepada 14 hijiah maka timbullah ilmu-ilmu ataupun kefahaman-kefahaman yang mengelirukan lagi membingungkan yang dikatakan, inilah ilmu Tasawuf. Di antaranya ialah kefahaman Alam Lahut atau Sirr (Rahsia Ketuhanan), dibawahnya adalah Alam Jabarut (Alam Ruh), dibawahnya Alam Malakut (Alam Jiwa atau Malaikat) dan terkebawah sekali ialah Alam Mulk (Alam Jasad). Kononnya Alam Malakut dan Mulk terjadi dari Alam Jabarut. Fahaman ini lebih mrip kepada Fahaman Nur atau Ruh Muhammad.

Jelaslah kefahaman di atas tidak sama dengan kefahaman yang disampaikan oleh saya iaitu:
1. Fana – keadaan di mana terjaga matahati kita iaitu – Mataku tidur Hatiku tidak.
2. Sakinah – Merasa ketenteram di dalam diri kita seperti Syeikh Abdul Qadir berkata, “Masuk Bilik Khalwat”
3. Masuk Alam Sakinah – Merasakan satu dunia yang luas lagi tenteram serta mengalami pengalaman kerohanian seperti “Hal”.

Rio : Baik ustadz. Ternyata fahaman alam lahut dst itu dekat pada pahaman Nur Muhammad. 🙏🏼

Ustadz. Satu lagi ustadz. Kalau istilah “FANA” di tasawuf kita juga ada pakai istilah FANA. Kalau istilah BAQA’ itu tak ada di tasawuf kita ya ustadz? Apa maksud mereka dengan BAQA’ itu bersatu dengan Tuhan seperti wahdatul wujud ustadz?

Ustadz Hussien Abd Latiff: Benar, Baqa makna Kekal seperti Allah swt

Rio : Baik ustadz. Berarti istilah baqa ini mirip wahdatul wujud

Ustadz Hussien Abd Latiff : Ini yang mereka katakan,”Besi panas sudah menjadi api maka tidak berbeza besi dengan api.

Rio : Saya kemarin baca-baca buku ustadz yang awal-awal. Lalu tergerak untuk baca juga tulisan syaikh Ahmad Sirhindi dalam “Sharia and sufism”. Yang ustadz kutipkan.

Ternyata syaikh Ahmad Sirhindi pula tak bersetuju dengan wahdatul wujud ini ya ustadz.

Yang menariknya. Syaikh Ahmad Sirhindi kata, puncak perjalanan tasawuf itu bukan “penyatuan”. Melainkan obedience. Beramal sesuai syariah.

Mirip dengan wejangan ustadz. “Yang tinggal adalah ibadah. Terus keridhoan”.

Baru saya paham dulu ustadz kata, tarekat jalan wali-wali itu mereka mencari kemabukkan dan penyatuan. Jalan kita tidak begitu

Memang sungguh beza ya ustadz jalan wali dan tasawuf jalan Nabi-nabi

Ustadz Hussien Abd Latiff: Benar sahabatku, Rio.

Rio : Terimakasih lewat ustadz menjadi paham dua approach ini sungguh beda

Ibrahim Hashim: Alhamdulillah BENAR Tasawuf jalan Nabi-nabi Terima kasih Ustaz yang dikasihi.

Ibu Elsy: Alhamdulillah… menjadi mengerti sekarang…Bukan pengikut tarekat, tapi teman-teman dan guru-guru yang lalu selalu menggambarkan alam-alam tersebut… dan hanya mengikut tanpa paham apa itu alam-alam itu…

Saat ini.. lepas… lepaskan … tak mengikuti nya lagi…

Taufiqurrahman: Alhamdulillah, Terimakasih ayah. Telah meluruskan yg selama ini difahami ramai orang.

Ustadz Hussien Abd Latiff: Mesti juga faham Tarikat bukan Tasawuf. Tarikat adalah sistem dzkir dari Lisan ke Hati lalu ke Sirr. Serta harus melalui 7 Maqam nafsu iaitu:
1. Amarah
2. Lawammah
3. Mulhammah
4. Mutmainah
5. Radhiah
6. Mardhi
7. Kamaliah.

Tasawuf adalah ilmu yang mengikut Imam Ghazali, mengenali Sifat, Af’al dan Dzat. Dan Dzikrullah pada kita ialah mengingati Allah swt, dengan tidak merupakan atau umpamakanNya. Hati pada kita adalah 3 serangkai iaitu Kefahaman (Minda), Pendengaran dan Penglihatan. Dan Jiwa pada kita ialah gabungan Hati dan Roh.

Mengenal SifatNya membawa gegaran (JalalNya). Mengenal Af’alNya membawa ketenangan (JamalNya) dan mengenal Dzat (Hakikat) membawa ke Makrifat.

Ifrikiya Gibran: Alhamdulillah.. Terimakasih tak terhingga Ayahanda.

Rio : Benar ustadz. Ilmu ini harus pula sejalan dengan praktiknya. Zikir lama harus dibuang. Harus total masuk menggunakan zikir pakai minda atau “naik”.

Saya teringat perumpamaan yang ustadz berikan di syarahan pandangan mata hati kalau tak salah.

Sementara “pejalan” lain susah payah mendaki ke basecamp dengan metoda panjang mereka. Kita dengan jalan ringkas zikir pakai minda, ibarat pakai kereta gantung. Langsung menuju basecamp

Ustadz Hussien Abd Latiff: Benar sahabatku Rio. Mereka (Buddhist, Hindu, Yoga, Tarikat dll) mahu turunkan Roh dari Tulang Sulbi, lalu bawa naik ke Hati dan terus ke Minda.

Kita hanya perlu naik ke Base Camp (Pintu Belakang) dan panjatkan Ingat kita kepada Allah swt.

Apabila disambut oleh Allah swt maka Roh (ditarik dengan serta merta naik ke atas) bergabunglah ia dengan Hati (menjadi jiwa) lalu terjadilah keadaan Fana. Justeru itu, cara kita tidak memerlukan membawa Roh turun keluar dari Tulang Sulbi.

Mujiburrahman: Ijin bertanya ustadz. Seperti apa rasanya ketika roh di tarik di ke atas ustadz ? Adakah tanpa rasa tiba-tiba sudah di atas atau bagaimna ustadz ? Mohon penjelasan. 🙏🙏🙏

Ustadz Hussien Abd Latiff: Cara kita bersandar kepada 2 firmanNya yang mengajar kita:
1. Hati menjadi tenteram dengan mengingati Aku. Di ulang kekata ini dua kali dalam firman ini [1].
“Hati” ialah Kefahaman (Minda), Penglihatan dan Pendengaran. “Mengingati” adalah Dzikrullah.
2. Hai Jiwa yang tenteram kembali kepadaKu masuklah dalam jemaahKu [2].
“Jiwa” sepadunya Roh dengan Hati. Roh yang menjelajar seluruh jasad kita masa kita jaga dan kembali ke tempatnya dekat ulu hati apabila kita tidur ; kini menjelajah terus ke atas dan bergabung dengan Hati kita menjadi Jiwa semasa terjadinya keadaan Fana.

Dalam proses Roh menuju ke Hati, kita dapat merasakan jasad kita di bawah kepala hilang. Dan apabila terjadinya Fana maka kepala pun hilang. Yang tinggal ialah Jiwa dan pada masa inilah datangnya jemputan Ilahi untuk masuk ke jemaahNya.


[1] (yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram. (Terjemah QS Ar-Ra’d : 28)

[2] Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang ridha dan diridhai-Nya. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hamba-Ku, dan masuklah ke dalam surga-Ku. (Terjemah QS Al-Fajr : 27-30)

Artikel sebelumnya : 


Catatan: Artikel tanya jawab ini diperuntukkan bagi yang sudah memahami kajian Makrifatullah. Apabila ada diantara pembaca yang belum memahami, harap terlebih dahulu membaca SILABUS KAJIAN dan mengikuti dengan runut pembahasan satu per satu sejak awal.

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *