Q&A : MASIH WUJUD?
Artikel dikutip dari gnosticman.org pertanyaan dijawab oleh Bang Farhan
mus
October 27th, 2013 at 9:03 pm
As-Salam AB dan saudara Farhan. Saya telah ikuti atau dengar kesemua video AB. Yang terakhir ialah Hati Yang Tenteram 4. Saya mahu tanya sikit iaitu tentang perkara yang belum berlaku. Jika kita dapat kemalangan jalan raya disebabkan kecuaian orang lain. Maksudnya orang langgar kereta kita. Adakah patut kita menuntut insuran atas kemalangan yang dialami itu atau hanya pasrah pada takdir sahaja. Kalau ikut AB kita diam-diam sahaja. Tetapi jika kita diam sahaja nanti orang lain akan ambil kesempatan atas kita. Mereka kata ” orang ini tidak tahu apa-apa. Kita boleh kenakan dia”. Jangan-jangan dapat 2 kali malang. Malang kemalangan dan terpaksa bayar ganti rugi terhadap orang lain yang langgar kereta kita. Tq.
FARHAN
October 28th, 2013 at 9:10 amWlkmsalam sdr Mus perhatikan apa yang telah awak tuliskan.
“Jika KITA dapat kemalangan jalan raya disebabkan kecuaian orang lain. Maksudnya orang langgar kereta KITA. Adakah patut KITA menuntut insuran atas kemalangan yang dialami itu atau hanya pasrah pada takdir sahaja. Kalau ikut AB kita diam-diam sahaja. Tetapi jika KITA diam sahaja nanti orang lain akan ambil kesempatan atas KITA”
Semuanya menunjukan diri anda masih wujud. Apabila diri anda masih wujud maka terjadilah apa yang awak tuliskan.
Keadaan “DIAM” hanya akan terwujud apabila diri masuk kedalam dunia ketuhanan dengan sepenuhnya. dan Hanya Allah sahaja tempat bergantung, meminta dan tempat mengadu kesusahan dan kesedihan.
Perhatikan Firman Allah swt:
Dan aku (Muhammad) diperintahkan supaya menjadi orang yang pertama-tama menyerah diri.
Az Zumar (39):12; An Anaam (6):14.Ketahuilah apa yg Imam Ghazali menekankan:
Orang yang mengenal dirinya dan mengenal Tuhannya niscaya sudah pasti ia mengenal bahawa ia tiada mempunyai wujud bagi dirinya.Imam Ghazali, Ihya Ulumiddin Bk. 7, 427 (1981).Fahamkan apa yg Hadratul Syheikh Abdul Qadir Jalani sampaikan:
Kamu hendaklah berserah dan bertawakkal sepenuhnya kepada Allah dalam segala hal agar Dia melakukan kerjaNya melalui kamu jika kebaikan kamu dapat, syukurlah. Jika bencana menimpa kamu, sabarlah dan kembalilah kepada Dia.
Syeikh Abdul Qadir Al Jilani, Futuh Ghaib, 26 (1990)Justru apabila kita merasakan yg diri masih wujud dan masih berada diluar lingkungan dunia ketuhanan maka keadaan “DIAM” adalah suatu perkara sukar utk dicapai.
Allahu a’lam.
KOMENTAR