Q&A: MAQOM KEKOSONGAN

Anakku yg dirindui. Di akhir perjalanan Kalian akan sampai kepada makam KEKOSONGAN. Sesuai dengan kekata Imam Ghazali bahawa apabila kau kenal akan Tuhanmu dan dirimu maka kamu akan tahu bahawa kamu tidak wujud. Untuk sampai kpd makam ini maka perlulah Kalian;

1. Tidak berfikir. Bagaimana Kalian bisa berfikir kalau Kalian tidak wujud. Bagaimana Kalian bisa berfikir kalau pengertian bukan dengan Kalian tetapi dengan Allah swt. Bagaimana Kalian bisa berfikir apabila pecipta fikiran adalah Allah swt bukan Kalian. Sayugia diingat bahawa Minda Kalian hanya untuk menerima arahan bukan membuat arahan. Seperti sebuah komputer yg menunggu perisian (software) .

2. Sentiasa dalam keadaan Dzikrullah. Keadaan ini menghendaki Minda Kalian kosong. Walaupun Ingatan Allah swt ada namun keadaan KEKOSONGAN tetap terpelihara kerana Ingatan itu tidak dirupakan atau diumpamakan. Apabila Kalian dalam keadaan Dzikrullah, Kalian bisa melihat gangguan yg dikirimkan oleh Syaitan menerusi gelombangnya dan Kalian bisa membatasinya dengan berada dalam keadaan Dzikrullah. Seperti Syeikh Abdul Qadir Al Jilani berkata hendaklah Kalian rebas dengan pedang tauhid apa jua yg mahu merempuh masuk;ke dalam Minda Kalian kerana di.dalam Minda Kalian mesti hanya ada satu penghuni iaitu Dzikrullah. Juga dalam keadaan ini, Kalian bisa sedar dari sudut makna datangnya gelombang gangguan syaitan itu dan Kalian bisa mengirimkan gelombang Dzikrullah ke arah itu. Sayugia diingat bahawa gelombang Dzikrullah mempunyai kuasa memusnahkan (Nafi dan Isbat).

3. Sentiasa berpaut kepada Allah swt seperti yg dikatakan oleh Kalian dalam shalat, “shalatku, ibadahku, hidup dan matiku hanya untuk Allah swt”. Untuk memelihara keadaan ini perlulah Kalian merujuk segala masalah kepada Allah swt (Naik, Serah & Tunggu) seperti Nabi Ayub (as) yg sentiasa merujuk (masalahnya) kpd Allah swt dan seperti Nabi Yakub (as) hanya mencerita (NST) masalahnya kpd Allah swt tidak kpd yg lain.

4. Sentiasa menyerah diri sepenuhnya kpd Allah swt dengan berpegang kuat kpd rukun iman ke 6 iaitu Takdir. Yakinlah setiap yg ditakdirkan mempunyai hikmah kerana Pembuatnya adalah Allah swt yg Maha Bijaksana. Kerana seperti dikatakan oleh Prof Ramadan Al Buti bahawa kalau Allah swt berbuat sesuatu yg sia-sia maka Dia tidak layak menjadi Tuhan. Kalau Kita tidak ada keyakinan ini maka Allah swt tidak akan menolong Kita dan Kita tidak akan dapat hikmah, kebaikan, ilmu, manfaat dll disebalik kejadian Takdir itu. Sesuai dengan firmanNya yg bermaksud bahawa Allah swt tidak akan menolong sesesuatu masyarakat selagi mereka tidak menerima TakdirNya. Sungguh benar ini, bagaimana Allah swt menolong kamu sekiranya kamu ngak yakin kpdNya. Sehubungan dengan ini Rasulullah saw ada bersabda bahawa orang yg tidak percaya kpd Takdir belum lagi beriman dan apa jua sedekahnya akan ditolak oleh Allah swt. Rasulullah saw juga ada bersabda bahawa sesiapa berkata dia bisa merubah Takdir (tidak kena bisa dikenakan atau bisa mengelakkan yg udah ditetapkan) pasti tempatnya di Neraka. Sayugia Rasulullah saw menasihatkan Kita supaya berkata apabila sesuatu berlaku, bahawa ini udah ditakdirkan dan jangan memberi alasan kalau tidak ini akan menjemput syaitan masuk campur dalam urusan ini.

5. Bukan sahaja jangan memikirkan tetapi jangan juga memutuskan apa jua yg berlaku di Pintu depan. Ingat pengertian dengan Allah swt dan semua udah ditakdirkan dan tidak ada yg sia-sia. Seperti yg disyairkan oleh ayah tempoh Hari kayuhlah sampanmu anakku di Lautan Kehidupan dan samasekali jangan singgah di Pulau Kehidupan yg penuh dengan bermacam dugaan.

Inilah perjalanan fakir dijalan Allah swt, anakku. Semoga kamu mendapat pencerahan di dalam tazkirah pagi ini, aamin Ya Rabbil alamin!

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *