Q&A: KITAB HIDUP KITA (2)

Ustadz Hussien Abd Latiff: Anakku yg disayangi lagi dirindui. Kitab Hidup Kita atau Takdir adalah sebuah Kitab yg syumul (lengkap serta menyeluruh). Kitab inilah yg memandu Kita dalam kehidupan Kita di dunia ini tanpa Kita ada pilihan atau tanpa kita bisa mengubahsuainya.

Seperti sebuah Buku komik, semuanya udah dilukiskan di dalam Buku itu. Maka karakter-karakter atau watak,-watak di dalam Buku itu mestilah mengikuti segala yg udah dilukiskan tanpa pilihan atau ubahsuai.

Kitab Hidup Kita ini merangkumi perkara-perkara yg Luaran (extrinsic) dan Dalaman (Intrinsic).

Bagi perkara extrinsic yg udah dituliskan, Kita bisa melihat dengan kedua mata Kita seperti:
1. Kelahirannya bayi.
2. Peningkatan umur dari bayi ke kanak-kanak, remaja, dewasa dan Tua.
3. Bangsa, Bahawa Dan Budaya.
4. Keluarga.
5. Agama.
6. Persekolahan.
7. Pekerjaan.
8. Jodoh pertemuan.
9. Kesihatan.
10. Kematian.

Namun yg menjadikan fikiran bercelaru (Mind-boggling) ialah Kitab Hidup Kita ini juga merangkumi perkara-perkara intrinsic dalam hidup Kita ini yang Allah swt tidak melupakannya walaupun ianya lebih kecil dari zarrah (atom). Seperti:
1. Perasaan sedih, gembira, murung, aman, tenteram dll.
2. Rasa lapar, kenyang, haus, panas, sejuk, buang air besar & kecil, ngantuk dll.
3. Mendapat ilham iaitu yang mengajar atau membimbing kepada yg baik serta menghuraikan masalah-masalah yg dihadapi.
4. Fikiran iaitu yang membingungkan, yg cenderung kepada kemaslahan atau perkara-perkara yg Haram atau batil, bisikan-bisikan yg jahat dll.
5. Jadual hidup Kita seharian seperti ketemu siapa, jalan kemana, sarapan makan tengah hari dan malam di mana, dll.
6. Kenangan (memory), ingatan, kelupaan dll.

Kesemua perkara-perkara sama ada extrinsic atau intrinsic dalam hidup Kita ini berada dalam Kitab Hidup Kita. Sehubungan dengan ini, harus diingat bahawa Kitab Hidup Kita ini ngak ada bersama Kita semasa Kita di dalam Alam Azali. Kitab ini timbul apabila Kita dilahirkan kerana Kitab ini tergantung secara Spiritual di leher bayi itu. Apabila masa kematian Kita maka Jiwa dan nyawa Kita meninggalkan Kitab ini bersama Jasad Kita. Kita tidak bawah Kitab ini bersama Jiwa Kita ke Alam Barzakh. Ini bererti kesemua perkara-perkara yg terdapat di dalam Kitab Hidup Kita ini tertinggal bersama-sama Kitab Hidup Kita yg Kita tinggalkan. Sesuai dengan firmanNya bahawa apabila Kita meninggal dunia segala-segala yg Allah swt peruntukan untuk Kita tertinggal. Bukan sahaja itu, ada dinding di antara dunia Kita ini dan Alam Barzakh. Dinding inilah yang menghalangJiwa Kita kembali ke dunia ini kerana Kita udah tiada peranan lagi untuk dilakonkan di dunia ini dan Kitab Hidup Kita juga udah ditutup. Natijah atau impak dari kefahaman situasi ini sangatlah hebat kerana Kita dikeluarkan dari Alam Lakonan kepada Alam Sebenarnya


Catatan: Artikel tanya jawab ini diperuntukkan bagi yang sudah memahami kajian Makrifatullah. Apabila ada diantara pembaca yang belum memahami, harap terlebih dahulu membaca SILABUS KAJIAN dan mengikuti dengan runut pembahasan satu per satu sejak awal.

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *