Q&A : KENAPA USTADZ TAK BERJUBAH DAN BERSURBAN?

Tanya jawab dikopi dari gnosticman.org, jawaban diberikan oleh Bang Farhan

zul 
March 9th, 2014 at 11:33 am

Assalamualaikum tuan admin. Ramai pengikut tarekat tak berapa yakin dengan AB. Mereka kata kenapa AB tak berjubah, berserban besar, berjanggut panjang dan bertongkat macam perwatakan orang zuhud atau alim. Mereka kata perwatakan AB tak macam ulama yang biasa mereka lihat dan dengar. Mungkin AB perlu ubah stail penampilannya agar ramai orang lebih menerimanya? Tq.

Farhan 
March 10th, 2014 at 10:33 am

Salam sdr Zul, Anda menulis:
“Ramai pengikut tarekat tak berapa yakin dengan AB. Mereka kata kenapa AB tak berjubah, berserban besar, berjanggut panjang dan bertongkat macam perwatakan orang zuhud atau alim. Mereka kata perwatakan AB tak macam ulama yang biasa mereka lihat dan dengar. Mungkin AB perlu ubah stail penampilannya agar ramai orang lebih menerimanya?”

J: Perkara ini tak perlulah dibincangkan lagi, saya yakin anda pun mengetahui apa jawapannya. Apa yg perlu bimbangkan ialah, apa yg ada dibawah sarban mereka dan apa yg ada dibelakang jubah mereka. Apa yg ada pd janggut yg panjang dan tongkat? Dan berlakuan seperti orang zuhud? Perhatikan apa yg Ulamak2 ini katakan.

Al Sarraj menulis:
Terdapat (pada zaman kita) ramai orang yang berlagak sebagai ahli Sufi mendakwa mereka ahli sufi yang tulen dan bersedia diri bagi tugas menjawab semua soalan dan pertanyaan berkatian ajaran Sufi. Setiap penipu itu mendakwa menulis sebuah atau dua kitab tentang ajaran Sufi yang pada hakikatnya hanya jawapan yang karut-marut dan sampah yang sia-sia kepada pertanyaan yang sama tidak bermakna dan juga
bodoh itu.
 MM Shariff, Op cit, 311.

Kalabadhi menulis:
Orang yang tidak mengetahui hakikat (kebenaran) berlagak sebagai tahu, orang yang tidak pernah pun memerikkannya, menghiasi diri dengannya, orang yang banyak sekali memperkatakannya, menafikannya dengan perbuatannya dan orang yang banyak menunjuk-nunjukkannya dengan perbuatannya, melindunginya dengan tingkah laku yang sebenar.
MM Shariff, Op cit, 312.

Sayid Sabiq ada menulis:
Di dalam tasauf masuklah kaum Dajjal, kaum pencipta khufarat dan khayalan serta kaum penggangur, sehingga ketasaufan itu lalu digunakan sebagai lapangan kedajjalannya, bidang perkembangan khurafatnya serta sebagai mata pencarian hidupnya.
Syed Sabiq, Unsur-unsur Kekuatan Dalam Islam, 113 (1978).

Justru berhati2, dan tarekat hanya muncul lama sudah wafat nya Rasulullah dan sahabat2 dan pengikut sahabat.

Abu Al Wafa menulis:
Pada abad ketiga dan keempat Hijriyah … terdapat ramai perminat Tasawuf duduk berkumpul di sekeliling tokoh-tokoh tersebut dengan tujuan untuk memudahkan tokoh-tokoh itu mendidik murid-murid cara tertentu. Maka dari sini buat pertama kali wujudnya tariqat tasawwuf dalam Islam.
Abu Al Wafa Al Ghanimi Al Taftazani, Perkembangan Tasawwuf Islam,
19 (1996).

Dan lihat apa yg dikatakan oleh Imam2 Besar ini:
Imam Syafii ada berkata:
Seandainya ada seorang lelaki bertasawuf di awal siang, ia tidak sampai ke waktu zuhur kecuali telah dungu.
Syekh Abdur Rahman Abdul Khaliq,
Penyimpangan Penyimpangan Tasawuf, 29 (2001).

Imam Hanbal pula berkata:
Saya tidak mempertimbangkan anda sebaik bermajlis dengan mereka.
Syekh Abdur Rahman Abdul Khaliq, Penyimpangan Penyimpangan Tasawuf, 30 (2001).

Imam malik berkata:
Sesiapa yang bersyariah tanpa tasawuf adalah fasiq. Sesiapa yang bertasawuf tanpa syariah adalah zindiq.
 Mohd Sulaiman Hj Yasin, Mengenal Ilmu taswuf 2, 55 (1992).

Allahu A’lam.

zul 
March 10th, 2014 at 4:51 pm

Alhamdulillah jawapan yang baik. Biarlah AB seperti AB yang dulu juga. Yang penting hatinya sentiasa bersama Tuhan. Jika boleh AB ceritalah sikit bagaimana pengalaman-pengalaman kerohaniannya berjumpa nabi, saidina Ali dan Wali Songo tu secara detail. Orang kata Nabi tu handsome dan Saidina Ali tubuhnya kecil sahaja. Betul ke cerita orang tu? Kapal terbang Mas yang hilang baru-baru ini manalah tahu AB boleh ikhtiarkan sebagai usaha menolong sesama manusia untuk mengesannya. Tq

Farhan 
March 11th, 2014 at 9:46 am

Imbasan2 cerita itu ada diceritakan didalam syarahan2 beliau cuba dengar semula video2 yg ada.
Allau A’lam.

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

2 Responses

  1. sucipto says:

    Assalamualaikum wr wb. Pak Admin…mohon jika ada seminar ustadz Hussien saya diinformasikan lewat email.
    wassalam
    sucipto

Leave a Reply to sucipto Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *