Q&A: KEBIJAKSANAAN-NYA (TAKDIR)

Anakku yg disayangi.

Sesudah Kalian mengetahui dan dapat menerima bahawa Takdir yg ditetapkan untuk Kalian adalah terbaik (untuk Kalian) kerana ditetapkan oleh Allah swt yg Maha Bijaksana yg tentunya tidak akan menetapkan sesuatu yg sia-sia. Maka yg tinggal hanyalah Penyerahan Sepenuhnya kepada Takdir tanpa berbelah bagi lagi. Inilah maknanya sebenarnya Islam (Submission to the Will of Allah). Sehubungan dengan ini, Dia memerintah kita supaya jangan lagi memikir dan menetapkan kerana kalau Kita berbuat begitu maka Kita udah menjemput syaitan untuk menggoda. Kerana itu Rasulullah saw bersabda bahawa apa juga yg berlaku hendaklah kita berkata bahawa ini udah ditakdirkan oleh Allah swt

Harap diingati bahawa Allah swt udah berfirman bahawa disebalik Takdir itu ada hikmah, keadilan, manfaat, ilmu dan sebagainya yg menguntungkan Kita kerana kalau merugikan Kita maka ketetapanNya itu menjadi sia-sia. Ini tidak akan terjadi kerana Dia Maha Bijaksana. Justeru itu, selagi Kita tidak dapat menerima Takdir maka selagi itu, Kita tidak akan dapat kebaikan yg banyak yg berada disebalik Takdir itu. Kerana itu Allah swt berfirman bahawa Dia tidak akan menolong seseorang itu atau sebuah masyarakat selagi seseorang atau masyarakat itu tidak menolong dirinya. Maksudnya, seperti yg udah diterangkan tadi, selagi Kita tidak dapat menerima Takdir selagi itu Kita tidak akan diberi kebaikan yg banyak di sebalik Takdir itu.

Namun Penyerahan Sepenuhnya kpd Takdir memerlukan yakin yg tidak berbelah bagi (Haqqul Yakin). Kerana jurusan masa Takdir bukan sehari-dua atau bulan atau tahu tetapi selama 6 Fasa yg mengikut Sains menjangkau 12 biliun tahun ( 1 Fasa = 2 biliun tahun).

Contoh, lihat sahaja kepada kelahiran Kita ini, Takdir kelahiran Kita bermula dari Nabi Adam as sampai kepada kedua ibu-bapa Kita dan sesudah itu kepada kita.Takdir ini pula akan disambung oleh zuriat Kita sampai akhir Masa.

Lihat juga kepada Roh Rasulullah saw, ia dijadikan 60 ribu tahun sebelum Langit dan Bumi untuk menjadi Rahmatul alamin kpd kesemua ciptaan. Namun baginda hanya dilahir 1400+ tahun dahulu dan Rahmatul Alamin baginda hanya dapat dirasai sesudah baginda dilahirkan. Justeru itu, perjalanan Takdir baginda pada masa kini menjangkau 4.6 biliun tahun (tidak termasuk 60 ribu tahun yg disebutkan tadi). Bererti hikmah disebalik diciptakan Roh baginda hanya dapat disaksikan setelah 4.6 biliun tahun berlalu.

Maka anakku, kerana masa perjalanan Takdir adalah panjang lebih panjang dari umur Kalian maka Hikmah disebalik Takdir itu sukar untuk Kalian memahaminya atau dapat menyaksikan Kerana itu, keyakinan Kalian bersangkutan dengan Takdir mestilah Keyakinan yg Haqqul Yakin. Maka apa jua berlaku hendaklah Kalian berpegang teguh dengan Haqqul Yakin bahawa disebalik kejadian itu ada banyak kebaikan yg tersembunyi walaupun Kalian tidak dapat menyaksikan atau rasakan kerana perjalanan Masa Takdir adalah terlalu panjang.

Semoga anakku yg dirindui faham apa yg disampaikan oleh Ayahmu di tazkirah ini, Insya-Allah, aamin Ya Rabbil alamin!

Bayu Teguh Prakoso: Selama menolak takdir maka akan semakin merasa tertekan dan menyiksa ya ustadz ?

Ustadz Hussien Abd Latiff: Benar, Bayu, sahabatku!

rio: Terimakasih ustadz. Baru saya paham, kita bisa ridho pada takdir menerusi ilmu. Tanpa ilmu seperti yang ustadz ajarkan, susah untuk ridho. Karena tak terfikirkan bahwa takdir sudah tertulis sepanjang 6 fasa…..meski sekarang tak faham hikmahnya, tapi pastilah hikmah itu terbuka suatu saat nanti

Ustadz Hussien Abd Latiff: Benar sahabatku Rio!

Ustadz Hussien Abd Latiff:Anakku yg disayangi serta dirindui. Penerimaan Takdir serta Penyerahan Sepenuhnya membutuhkan kepada Keyakinan yang Haqqul Yakin. Justeru itu, Kalian tidak bisa memikir dan menetapkan segala sesuatu hanya bersandar kepada Allah swt sepenuhnya kerana segala sesuatu bergantung kepadaNya. Dengan ini, Kalian menerima bahawa Kalian tidak ada sedikit pun campurtangan dalam segala urusan makhlukNya. Maka hiduplah Kalian seperti biasa namun apabila ada sesuatu masalah yg memerlu difikirkan atau penetapan maka naiklah, serah dan tunggu (NST). Janganlah kalian berjalan dalam kegelapan (Kalian pasti sesat) sehingga ada cahaya (pertunjuk). Sesuai dengan firmanNya bahawa tidaklah sama mereka yg Allah swt bawa kepada cahaya dan mereka yg dalam kegelapan.

Maka inilah prinsip yang Kalian mesti pegang teguh seperti gengam bara api sehingga menjadi arang. Seperti Syeikh Abdul Qadir Al Jilani berkata bahawa hendaklah Kalian berpaut erat kepada Allah swt walaupun dilambung-lambung oleh gelombang Takdir.

Maka terjadilah kepada kalian keadaan seolah-olah “dilahirkan semula” (born again). Ia itu, terjadilah kepada kalian keadaan seperti seorang bayi yang baru lahir mempunyai berfitra yg bersih yang berpaut erat kepada Allah swt.

Maka berserilah raut muka Kalian kerana di dalam Minda Kalian hanya ada (Ingatan) Allah swt (yg Kalian berpaut erat). Serta tenteramlah dan aman damailah hidup kalian kerana sentiasa berpaut erat kepadaNya setiap masa. Ingatlah, seperti Syeikh Abdul Qadir Al Jilani berkata, bahawa semasa kalian berada dalam rahim Ibu Kalian, hanya Dialah yg memelihara Kalian dan kepadaNya Kalian berpaut sepenuhnya.

Keadaan seperti seorang bayi yang baru lahir dan berpaut erat kepada Allah swt ini membawa Kalian ke dalam keadaan Sakinah yang dengan ini, Kalian menjadi seperti keadaan seorang bayi yg disayangi oleh ramai. Keadaan ini juga membawa kepada kelembutan akhlak (bukan tangan patah) seperti lembutnya Rasulullah saw.

Semoga Kalian anakku mendapat pencerahan dalam tazkirah Ayahmu ini, aamin Ya Rabbil alamin!

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *