Q&A: KEBESARAN ALLAH SWT

 Ustadz Hussien Abd Latiff: Anakku, di sini Ayah akan mencerita serba sedikit Kebesaran Allah swt:

1. Tiada yang boleh [bisa] mendahului PengetahuanNya. Maka semua ygyang dibuat atau tidak buat, Dia Tahu.
2. Tiada yang boleh [bisa] mendahului KeijinanNya. Maka semua yang dibuat atau tidak buat, Dia Ijinkan.
3. Tiada yang kalian lakukan atau tidak lakukan melainkan udah ada dalam LM Nya. Maka adalah mustahil kalian berbuat sesuatu di luar LM [Lauh Mahfudz] Nya.
4. Apa jua perbuatan kalian, Dia yang Susunkan dan udah tersusun semasa Dia firman,”Kun”. Adalah mustahil kalian berbuat sesuatu di luar SusunanNya.
5. Apabila kalian lupa maka kelupaan kalian juga udah tersusun dalam LM [Lauh Mahfudz] kerana Dia tidak lupa apapun walaupun sekecil atau lebih kecil dari zarrah (atom). Adalah mustahil Dia Kelupaan.
5. Apa jua pandangan atau perbuatan yang kalian lihat adalah susunan mengikut KehendakNya. Adalah mustahil kalian berbuat sesuatu di atas kehendak kalian.
6. Apa jua keadaan atau suasana yang kalian saksikan atau rasakan adalah DiPelihara olehNya . Adalah mustahil yang kalianlah yang memelihara keadaan atau suasana itu.
7. Apa jua bentuk ciptaan (termasuk diri dan milik kalian) adalah Kepunyaan dan Hak Milik MutlakNya. Kalian tidak memiliki apa-apapun. Adalah mustahil kalian memiliki sesuatu atau berkongsi milik denganNya. Semua adalah Hak MutlakNya kerana tiada Tuhan melainkanNya.
8. Apa jua bentuk ciptaan (termasuk tempat, ruang dan masa) adalah penzahiran (sifat) daripada Dzat (Hakikat). Tidak akan ada Sifat kalau tidak ada Dzat, Hakikat yg Wajibul Wujud.
9. Kerana Sifat adalah sebenarnya penzahiran Dzat justeru itu, yang sebenar wujud adalah Dzat, Hakikat disebalik setiap ciptaan (termasuk tempat, ruang dan masa).
10. Kerana Dzat (Hakikat) pula terzahir dari sedikit DiriNya (Makrifat) maka sebenarnya Dialah yang bermain dan bersenda gurau dengan Dzat. Ekor gajah bergerak kerana digerakkan oleh gajah.

Semoga penerangan di atas ini lebih memperkukuhkan kefahaman kesemua anak Ayah yang dirindui, insya-Allah, aamin ya Rabb aamin!


Catatan: Artikel tanya jawab ini diperuntukkan bagi yang sudah memahami kajian Makrifatullah. Apabila ada diantara pembaca yang belum memahami, harap terlebih dahulu membaca SILABUS KAJIAN dan mengikuti dengan runut pembahasan satu per satu sejak awal.

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *