Q&A: JEMBATAN KERIDHOAN
Zue: As Salam Ustaz. Mohon pencerahan dari ustaz mengenai erti keredhaan yang sebenar-benarnya. Apa yg difahami, terima segala yang ditentukan. Ada kalanya sukar untuk terus absorbkan keredhaan itu begitu saja dan banyak soalan-soalan mengenainya (berlaku walaupun sepatutnya tidak). Apakah perkara-perkara yang perlu diambil untuk merealisasikan keredhaan?
Ustadz Hussien Abd Latiff: Keredhaan kita ialah keredhaan kepadaTakdir kita yang udah ditetapkan oleh Allah swt yang Maha Bijaksana.
Maka prihatinlah [perhatikanlah] bahawa di sebalik Takdir itu ada hikmah yang banyak, kerana Allah swt membuat semua itu berhikmah, kalau tidak Dia tidak Maha Bijaksana.
Sayangnya hikmah yang banyak itu tersembunyi disebalik Takdir dan tidak kelihatan. Justeru [karena] itu, manusia khuatir untuk mempercayai Takdir walaupun ini adalah rukun iman yg ke-6.
Namun mereka yang yakin menerima Takdir mereka dan Redha, mereka seolah-olah udah menyemberang sebuah jembatan dan mendapati tempat (setelah menyemberang jambatan itu) itu penuh dengan Hikmah Ilahi, dan dengan itu semua masalah mereka terhurai.
Sehubungan dengan ini, keimanan mereka bertambah kpd Allah swt serta keyakinan mereka menjadi teguh.
Kerana itulah Allah swt berfirman bahawa Dia tidak akan menolong seseorang itu melainkan orang itu menolong dirinya dengan menerima Takdir yang disiapkan oleh Allah swt yang Maha Bijaksana [1].
Jambatan sekarang di depan kamu dan penerangan pun udah diberi maka buatlah keputusanmu.
Zue: Ustaz. Benarkah hikmah yang tertinggi adalah bila menyedari ketidakwujudan kecuali dzat yang wajibulwujud.
Ustadz Hussien Abd Latiff: Dzat wajibul wujud kpd ciptaan bukan kpd Allah swt. Dzat wajibul wujud adalah peringkat Hakikat.
Zue: Baik ustaz. Ustaz Adakah ianya berbalik kepada LaillahaillAllah?
Ustadz Hussien Abd Latiff: Benar kalau kita nafikan segala kewujudan (termasuk diri kita) baru ada satu kewujudan iaitu Allah swt. Atau, walhasil balik asal
Reference:
[1] QS Ar-Ra’d : 11, bahwa Allah tidak akan merubah keadaan suatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri, maksudnya adalah seseorang tidak akan terbuka hikmah dan jalan keluar padanya sebelum mereka menerima takdir yang berlaku atas diri mereka . “Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan suatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.” [Terjemah QS Ar-Ra’d/13:11].
Catatan: Artikel tanya jawab ini diperuntukkan bagi yang sudah memahami kajian Makrifatullah. Apabila ada diantara pembaca yang belum memahami, harap terlebih dahulu membaca SILABUS KAJIAN dan mengikuti dengan runut pembahasan satu per satu sejak awal.
Inalillah wainna illahirojiun.. Syukur alhamdulillah, terima kasih Ayah, jambatan itu telah engkau bawa untuk dibentangkan untuk anak-anakmu. Dihujung sana pasti ada pelangi, dia berfirman “rahmatku mendahului murka ku”, “tak ada yang sia-sia” dan Rasulullah berpesan untuk mempelajari tentang ilmu Haqul Yakin kerana dia sendiri juga mempelajarinya. Disini la hujung perjalanan itu, yang membezakan antara kita dengan kebanyakan jemaah diluar sana, yang wujud dan tak wujud, yakni meletakkan pengertian tentang firman Allah pada Ar-Ra’d : 11 bahawa boleh memilih didalam perjalanan kehidupan. Sedang kita percaya dan yakin bahawa ia kunci kepada keredhoan, meyakini dengan Haqul Yakin bahawa ketetapannya itu maha sempurna, berhikmah dan tak ada yang disia-siakan. Bak kata nyanyian kumpulan band Dewa dari Indonesia, hadapi dengan senyuman..