Q&A: DAKWAH ALTERNATIF

 Ustadz Hussien Abdul Latiff : Anakku, kita tidak boleh menggunakan cara didikan yang sama kepada anak kita semasa dia masih kecil dan semasa dia udah dewasa. Contoh, Ibu mengugut anak kecilnya kalau dia buat jahat ibu akan suruh kucing gigit dia Kerana dia takut dengan kucing. Ugutan ini tidak boleh digunakan lagi apabila anak ini sudah dewasa Kerana dia udah dapat berfikir dan tidak takut lagi dengan kucing.

Begitu juga dengan umat Muhammad yang kini udah dewasa. Kita tidak boleh berdakwah kepada mereka dengan ugutan Neraka lagi Kerana mereka udah lebih 1400 tahun serta udah mempunyai pengajian yg tinggi berbanding dengan 1400 tahun dahulu. Justeru itu pendekatan dakwah kita mesti berubah memandangkan mereka bisa mempelajari dan membuat rumusan sendiri tentang ayat-ayat dalam al Quran dan Ahadith. Tambahan pula mereka dapat sokongan dari ilmu Sains dan lain-lain ilmu yang dahulu tiada yang membuat mereka lebih pakar.

Namun banyak ulama tidak menyedari akan fakta ini dan masih berdakwah pada takuk yang lama dengan itu mengalami bermacam-macam masalah, seperti:
1. Kenapa kita mesti dijadikan?
2. Kenapa mesti ada Syurga dan Neraka?
2. Kenapa kita dijadikan hanya untuk masuk ke Neraka? Bukankah lebih baik kita tidak dijadikan?
3. Kenapa kita tidak ada pilihan? Kenapa kita dijadikan wanita apabila kebanyakan wanita adalah penghuni Neraka?
4. Kenapa kita dijadikan untuk menderita? Kan lebih baik kita tidak dijadikan.
5. Kenapa kita mesti berlainan bangsa, bahasa, rupa, kebudayaan dan kewarganegaraan? Ini selalu membawa kepada peperangan dan kemusnahan.
6. Kenapa dijadikan penyakit untuk membunuh? Kan lebih baik ia tidak dijadikan.
7. Kalau kita tidak ada pilihan, mana ada keadilan!

Kerana dahwah kita masih ditakuk lama maka timbullah terorisma dan radikalisma. Mereka berjuang untuk menegakkan dahwah ditakuk lama.

Namun hairan pula, seolah-olah Allah swt tidak bersetuju dengan penghayatan dan pendekatan mereka Kerana Allah swt :
1. Menghantar 22 miliun pelarian Islam ke Eropah bukan ke Negara Islam.
2. Semua ahli terorisma dan radikalisma yang mengganas dibunuh.
3. Agama Islam tetap berkembang tetapi bukan menerusi terorisma dan radikalisma. Kini agama Islam adalah agama terulung di dunia dan penganut Islam melebihi penganut kristian dan lain-lain agama.

Dakwah ditakuk lama memerlukan ketegasan Kerana umat dalam masa Rasulullah saw adalah:
1. Sangat keras lagi ganas. Sesuai dengan firman Allah swt mereka lebih keras dari batu yang terbelah dipukul air.
2. Tidak berperi kemanusiaan serta zalim. Mereka sanggup menanam hidup-hidup bayi perempuan yg baru lahir kerana masyarakat masa itu tidak suka kpd kanak-kanak perempuan. Bukan sahaja itu, isteri boleh dijual-beli seperti berangan (Chattel). Kaum wanita juga tidak ada hak kepada harta, nama dan lain-lain keistimewaan seperti pelajaran.
3. Ramai yg buta huruf dan tiada pelajaran.
4. Mempunyai banyak tuhan dan tidak boleh menerima Islam yg hanya ada Tuhan yg Satu.
5. Memusuhi, menzalimi serta menyerangi kaum muslimin walaupun udah hijrah ke Madinah.

Kerana itulah, dahwah ditakuk lama menekan kepada jihad dan hukuman demi kesejahteraan (for survival). Maka banyaklah ayat-ayat al Quran turun berkenaan jihad, Syurga dan Neraka selain dari ayat-ayat Tauhid. Maka terjadilah banyak peperangan dengan mereka sehingga umat Islam dapat menakluki mereka dan menawan bandar Mahkah semula. Dari sini mulai dakwah Islam bertukar corak daripada tekanan kpd Jihad kepada peri kemanusiaan. Semua tawanan perang di bawa menghadap Rasulullah saw termasuk Hind yg mahu makan hati Sayidina Hamzah serta Wasi yg melempar lembing yg membunuh Sayidina Hamzah. Kesemua mereka Rasulullah saw memaafkan kesalahan mereka dan kerana itu kesemua mereka memeluk agama Islam.
Dahwah Islam juga bertukar corak dari memegang pedang kepada “memegang pena”. Umat Islam diajari Syariah dan berdakwah ke luar bandar untuk mendirikan Syiar Islam. Maka banyaklah pendakwah-pendakwah Islam dihantar ketempat jauh dan dekat untuk berdakwah. Sehingga dikatakan Sayidina Ali ra pergi ke Cina (Kwantung) untuk berdakwah. Dari sini juga terbina “the Silk Road” iaitu perjalanan perniagaan merintasi berapa benua yg juga membolehkan penyebaran agama Islam ke memerata negeri. Selain dari Silk Road menerusi laut juga dakwah Islam berkembang hingga ke South East Asia (Selatan Timur Asia) seperti Malaysia, Singapura, Indonesia, Brunei dll.

Dakwah pada masa kini mengalami perubahan:

1. 22 juta pelarian Islam pergi ke Eropah bukan kpd negara-negara Islam.
2. Internet mendedahkan segala yg berlaku di merata dunia kpd umat manusia sejagat. Dengan itu, kekejaman Israil, Isis, Terorisme, kaum radikal (White Supremacy, KKK, Nazis dll), Amerika dll sekarang diketahui oleh umat manusia sejagat dan mereka dapat.membuat pernilaian tersendiri walaupun ada khabar menipu (fake news).
3. Kajian demografi menunjukkan bahawa dunia keseluruhannya akan menjadi dunia Islam lagi 50 tahun keatas.

A. Kenapa 22 juta umat Islam lari ke Eropah?Kita boleh buat kesimpulan bahawa Allah swt.mahu mereka menjadi umat yg pertengahan (moderate)yg mengalakkan yg baik dan menahan yg mungkar. Justeru rakyat Eropah akan menjadi umat Islam yg moderate. Namun kenapa ada masalah iaitu umat Islam yg ke Eropah susah mahu berintegrasi (bersatu)dengan rakyat Eropah?Jawapannya, mereka tidak dapat serta takut melepaskan dakwah takuk lama selagi tidak kelihatan jalan alternatif yg dapat menggantikannya.

B. Kenapa umat Islam sejagat tidak bangun menentang Terroris, Ektremis dan Radikal walaupun melihat keganasan yg dilakukan oleh mereka ini di Internet dan akbar? Kerana mereka bingung. Mereka bingung kerana pihak pelampau ini berjuang berasaskan dakwah takuk lama dan umat Islam sejagat juga masih berpegang kepada dakwah takuk lama selagi tiada jalan alternatif yg dapat menggantikannya.

C. Namun dari kajian demografi Dunia akan menjadi Dunia Islam keseluruhannya lagi 50 tahun ke atas. Bagaimana ini boleh terjadi kalau dunia Islam masih dalam kebingungan untuk melepaskan asas yg selama ini dipegangi oleh mereka iaitu dakwah takuk lama. Dan rakyat dunia yg bukan beragama Islam pula tidak dapat menerima Islam berasaskan dakwah takuk lama.

Maka di sinilah Umat Islam dan bukan Islam sama-sama menunggu (sama ada sedari atau tidak) Dakwah Alternatif yg dapat menggantikan dakwah takuk lama yg bukan sahaja ramai umat Islam, hampir kesemua yg bukan Islam juga tidak dapat menerimanya. Ini adalah kerana ia menekan kpd keganasan, pembunuhan, peperangan, kezaliman dll. kejahatan serta perbuatan yg tidak berperi kemanusiaan.

Di sinilah tugasan Arif-Billah yg datang 1000 tahun satu yang membawa 2 Obor iaitu:

i. Mengenalkan umat manusia kembali kpd Allah swt (Makrifatullah)(serta menyembah dan beribadah kepadaNya, Tuhan yang Satu); dan
ii. Menunjukkan Arah tujuan ummah di hari muka.

Justeru ini membawa sekaligus kepada terbinanya Alternatif Dakwah yg menggantikan dakwah takuk lama yg keseluruh umat manusia sedang menunggukannya.

Insya-Allah, akan bersambung lagi anakku,.sabar ya!


Catatan: Artikel tanya jawab ini diperuntukkan bagi yang sudah memahami kajian Makrifatullah. Apabila ada diantara pembaca yang belum memahami, harap terlebih dahulu membaca SILABUS KAJIAN dan mengikuti dengan runut pembahasan satu per satu sejak awal.

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

2 Responses

  1. Abdul Zaky says:

    Salam ayahanda, dengan nama Allah S.W.T serta dzatnya, anakanda ingin bertanya tentang pernanan anak-anakmu sebagai pendiri ilmu ini, apakah keperluan ‘Alternatif Dakwah’ itu hanya bagi orang tertentu yang telah dikhususkan oleh Allah seperti ayahanda sahaja?

Leave a Reply to Abdul Zaky Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *