Q&A: DAKWAH ALTERNATIF (TIGA SKENARIO DAKWAH)
Ustadz Hussien Abd Latiff : Anakku, peringatlah akan nasihat Ayah ini untukmu dan zuriatmu di hari depan, insya-Allah:
Agama Islam boleh di kumpul dalam 3 scenario atau kumpulan:
1. Kumpulan lama – Di mana dakwahnya sangat keras dan dipenuhi dengan ancaman neraka, siksa, hukuman, balasan, jihad dll.
Ini adalah kerana pada masa itu tiada perundangan seperti sekarang ini. Kerana itu jenayah, maksiat, permusuhan, perkauman, perbezaan status (kedudukan) dll menjadi norma (norm) kehidupan pada masa itu. Anak perempuan tidak digemari dan ditanam hidup-hidup, isteri dijual-beli dan manusia juga dijual beli sebagai hamba. Disamping itu, permusuhan kepada Agama Islam pun sangat hebat. Maka tidak hairanlah kenapa dakwah pada masa itu sangat keras.
Secara jumhur, ramai dari mereka tidak tahu menulis dan membaca.2 Kumpulan sekarang – Menekan lebih kepada ilmu. Maka di sana-sini manusia mengejar ilmu. Ramai kita di bahagian Asia menghantar anak kita ke Negara-negara barat untuk mempelajari ilmu-ilmu yg dapat membantu masyarakat kita maju kehadapan mencapai keadaban yg tinggi. Dengan ilmu-ilmu ini bermacam kelengkapan moden dapat diadakan yg membantu peradaban dunia seperti internet, handphone, TV, pesawat, roket, setelit, kenderaan-kenderaan yg bermutu, institusi-institusi pelajaran tinggi, pusat-pusat penyelidikan, perkilangan (industry) yg moden lagi bermutu, perumahan-perumahan yg mempunyai keperluan asas yg baik seperti air, lektrik, tandas dll., perkhidmatan perubatan yg moden lagi tersedia ada dan banyak lagi kelengkapan-kelengkapan yg bermutu.
Disamping itu, ramai di antara kita menghantar anak-anak kita ke negeri barat untuk mempelajari ilmu-ilmu yg bermutu. Kerana itu, Allah swt menghantar. 22 miliun umat Islam ke negara-negara barat untuk bukan sahaja menimba ilmu tetapi juga berintegerasi dengan mereka.Setiap negara juga mempunyai perundangan yg mantap untuk melindung rakyat mereka serta mencegah yg mungkar.
Dalam zaman ini yg berjalan dengan pesat sekali, turunnya ilmu:
i. Makrifatullah – Manusia sekali lagi dikenalkan kpd Allah swt seperti berulang lagi peristiwa, “Alastu birabbikum”
ii. Keredhaan – Penerimaan akan Takdir keseluruhannya yg membawa kepada keamanan keseluruh dunia.
iii. Alternatif Dakwah – Yang mengeratkan sirratul rahim di antara agama, bangsa, negara, suku-suku, puak-puak, individu dll sehingga membawa kepada perpaduan seluruh dunia.
iv. Terapi Rohani (TR) – Insya-Allah, TR dapat mengatasi masalah-masalah dunia seperti dadah(nakoba), arak,. judi, jenayah, kenakalan remaja, cerai-berai, murung dll.
Ini semua adalah kerana manusia sibuk mengejar akan kehidupan dunia sehingga lupa akan mereka kepada Allah swt justeru Allah swt melupakan mereka. Hanya dengan mengembalikan mereka kpd mengingati Allah swt baru masalah-masalah yg disebutkan dapat di atasi. Justeru itu peri pentingnya Terapi Rohani ini tersebar luas.Kerana ini adalah zaman berilmu maka dakwahnya perlu bersandar kepada berbahas dan debat dgn baik atas landasan hikmah, pelajaran, ilmu, pengetahuan dll.
3. Kumpulan Hari Depan – inilah masanya kita sebagai Al Mahdi (Khalifah Allah swt) membawa balik syaitan-syaitan kepangkal jalan serta menyembah Allah swt, Tuhan yg satu.
Dalam.dakwah kepada mereka kita tidak boleh gunakan kekerasan atau ugutan kerana seperti dikatakan, “Sejahat-jahat manusia, sebaik-baiknya jins,”
Tidak juga dapat kita berdakwah menerusi bahas dan debate berasaskan ilmu kerana syaitan-syaitan tidak beradaban dan berilmu. Kerana itulah, Allah swt menekankan supaya kita jangan berdakwah dengan mereka secara paksa iaitu menerusi kekerasan atau berdebat atau berbahas dengan ilmu kita. Dakwah kita mestilah dengan Kasih Sayang.
Sehubungan dengan ini, Allah swt ada berfirman bahawa Dia akan sematkan sifat kasih sayang kepada orang-orang yg beriman. Maka apabila kita udah mencapai perpaduan serta peradaban dan ketakwaan yg tinggi, Allah swt akan menganugerahkan kita sifat kasih sayang. Dengan sifat kasih sayang kita dapat kembalikan mereka kepangkal jalan serta menyembah Allah swt, Tuhan yg Satu. Dengan ini juga kita dapat membuktikan bahawa perlantikkan kita sebagai Khalifah oleh Allah swt adalah satu keputusan yg bijak kerana kitalah yg bawa mereka kembali menyembah Allah swt. Justeru firmanNya,”Tidak Aku jadikan jins dan manusia melainkan untuk menyembahKu,” adalah benar.
Catatan: Artikel tanya jawab ini diperuntukkan bagi yang sudah memahami kajian Makrifatullah. Apabila ada diantara pembaca yang belum memahami, harap terlebih dahulu membaca SILABUS KAJIAN dan mengikuti dengan runut pembahasan satu per satu sejak awal.
KOMENTAR