Q&A: CERMIN KEBESARAN
Anakku yg dirindui. Maka semua yg diperkatakan adalah berkenaan yg Satu iaitu Allah swt. Kerana apabila semuanya binasa (kiamat kedua) yg tinggal hanya Yang Tunggal iaitu Allah swt.
Permulaan Dia Tunggal dan akhirnya Dia Tunggal juga.
Kerana pemulaan Dia Tunggal maka dikatakan untuk mengenal akan KebesaranNya maka dijadikan ciptaan. Justeru itu, melalui serba kelemahan ciptaan maka terpancarlah KebesaranNya lalu Dia-lah MAHA segala-galanya. Dengan ini, dikatakan Kita ini adalah Cermin yg mencerminkan Allah swt yang Maha Segala-galanya. Juga ada yg berkata kitalah yg “menciptakan” Pencipta kerana tiada ciptaan tidak akan ada Pencipta
Maka apabila Dia berfirman “Kun” maka terjadi sebuah wajah yg bercahaya. Inilah “,Cermin” yg mewajah KebesaranNya. Maka dari wajah ini yg dinamakan Dzat, Kita bermakrifat kepadaNya. Maka wajah (Dzat) inilah yg permulaan yg mewajahkan KebesaranNya dan wajah (Dzat) ini juga yg terakhir mewajahkan KebesaranNya. Sesudah itu, walhasil balik asal. Yg tinggal hanya Dia yg Tunggal, yang tiada siapa mengenali dan tidak mengetahui akan KewujudanNya.
Maka ciptaan itulah yang Zahir yang mewajahkan yang Batin iaitu KebesaranNya.
Maka anakku Semoga kalian tidak lupa pencerahan pada Hari ini, aamin Ya Rabbil alamin!
KOMENTAR