Q&A : BERPEGANG KEPADA SYARIAH, JANGAN JADI KATAK LOMPAT

Artikel dikopi dari gnosticman.org

Syarafi
April 14th, 2014 at 7:29 pm

As-Salam AB Hj Hussin, Ustaz Farhan serta Jamaah yang dimuliakan. Dalam syarahan kalau anda tidak tahu 5 yang terbaru, AB ada menyatakan syarat-syarat utama jika ingin masuk ke alam ketuhanan. Jika kita kekal di luar ( masih mahu berpegang kepada syariat dan masih mahu mengekalkan keakuan diri ) walaupun kita telah makrifatullah apakah kesannya. Maksud saya adakah dianggap salah dari segi hukum ilmu agama Islam kita tidak mahu masuk kealam ilmu ketuhanan yang AB ingin kita semua dapat merasai seperti yang AB rasai itu? Terima kasih

Farhan
April 15th, 2014 at 12:31 pm

Wlkmsalam, jgnlah sdr menyalah ertikan apa yg disampaikan oleh AB Ustaz HJ. Hussien (dengar semula dgn cermat). Orang2 yg bermakrifat mestilah berpegang teguh pd syariat Islam dan tambahkan lagi dgn amalan2 sunat2 yg lain, ini mestilah difahamkan.

Ahli sufi awal dengan jelas menekankan bahawa Syariahlah kerangka yang menyokong dan mengekalkan hubungan ini. Sehubung dengan ini mereka menggesa semua ahli Sufi mempelajari ilmu yang menjadi asas Syariat.
M. M. Shariff, Sejarah Islam Dari Segi Falsafah, 317 (1994).

Selain menekan bahawa seseorang ahli Sufis hendaklah pada setiap waktu berpandu kepada Syariah sebagai kata pemutus, ahli-ahli Sufi awal juga jarang ketinggalan menunjukkan sesiapa yang tidak memperdulikan Syariah akan terlibat dengan kekeliruan dan pertentangan.
M. M. Shariff, Sejarah Islam Dari Segi Falsafah, 317 (1994).

Adakah sama org yg bermakrifat(bersyariat juga) dgn org yg berpegang pd syariat tanpa makrifat. Samalah maksudnya apa yg di firman oleh Allah swt:

Sesungguhnya telah datang dari Tuhanmu bukti-bukti yang terang; maka Barang siapa melihat (kebenaran itu), maka (manfaatnya) bagi dirinya sendiri; dan barang siapa buta (tidak melihat Katakanlah lagi: Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.
Az Zumar (39):9

Jadi apa yg dimaksudkan oleh AB Ustaz ialah jika awak nak duduk dalam lingkungan alam kerohanian(ketuhanan) hendaklah duduk tetap jgn berjangak didalamnya, jgn sekejap didalam sebentar lagi melompat keluar! seperti mana yg AB Ustaz ertikan sebagai “Katak Lompat”

jikalau tidak berkemampuan berbuat demikian cukuplah saja diluar lingkungan itu asalkan jgn membuat dosa2 besar dan mensyirikkan Allah swt(mengikut syariat).

Jumhur ulama Khalaf (lama) dan shalaf (baru) mengatakan, “Awaluddin Makrifatullah” iaitu awal agama mengenal Allah swt.

“Makrifat kepada Allah Ta’ala itulah yang merupakan asas atau fundamen yang di atasnya didirikanlah segala kehidupan kerohanian.”
Sayid Sabiq, Aqidah Islam, 30 (1988).

Semoga awak mendapat pencerhanNya.

Allahu A’lam.

syarafi
April 15th, 2014 at 9:55 pm

Terima kasih atas pencerahan itu. Oh, begitu rupanya. Duduk di luar pun tak mengapa asalkan kuat berpegang dan amalkan syariat hukum Islam. Selama ni saya terfikir kalau berpegang kepada syariat sahaja dianggap seolah-olah keislaman kita itu macam belum 100%. Bukan apa saya pernah dengar orang naqsyabandi kata sembahyang orang yang belum terbuka kunci makrifatullahnya itu cuma sembahyang kulit. Isinya belum sembahyang lagi. Mereka kata kena ambil ijazah atau berbaiat dahulu baru sempurna pengenalan kepada Allah. Mereka kata Imam Ghazali sebelum ambil ijazah atau talqin dari Syeikh (tukang kasut) dia belum dapat kasyaf macam adiknya Ahmad yang mufarraqah waktu Imam Ghazali jadi imam solat bersamanya itu. Ahmad lihat imam Ghazali berlumuran darah kerana waktu tengah solat Imam Ghazali terfikir tentang darah haid. Tq

Farhan
April 16th, 2014 at 10:17 am

“Mereka kata kena ambil ijazah atau berbaiat dahulu baru sempurna pengenalan kepada Allah”.
Ini adalah rekaan semata2 dan dianggap bidaah yg menyesatkan. Rasulullah saw, para sahabat dan pengikut sahabat tiada sama sekali melakukan ini.

Telah dibuktikan utk Makrifat pd Allah swt tiada perlu utk menjalani process2 yg ditetapkan sebagaimana yg dikatakan itu. Bertitik dari situlah Islam menjadi agama yg sangat mundur, kerana hanya utk mengenal Allah swt pun sangat sukar dibuatnya. Dan tarekat hanya timbul pd akhir 300 hijriyah dan awal 400 hijriyah. Lama sudah kewafatan Rasulullah saw dan para sahabat.

Pada abad ketiga dan keempat Hijriah … terdapat ramai perminat Tasawuf duduk berkumpul di sekeliling tokoh-tokoh tersebut dengan tujuan untuk memudahkan tokoh-tokoh itu mendidik murid-murid cara tertentu:
Abu Al Wafa Al Ghanimi, Perkembangan Tasawwuf Islam, 19 (1996).

Maka dari sini buat pertama kali wujudnya tariqat tasawwuf dalam Islam:
Abu Al Wafa Al Ghanimi Al Taftazani, Perkembangan Tasawwuf Islam, 19 (1996).

Kerana guru tadi telah mencobakan beberapa tata cara dan kaifiat berhasillah dia lantaran kaifiat itu, bertambahlah tinggi jiwanya. Lalu di tentukannya misalnya bacaan zikir, wirid sekian dan masing-masing guru atau thariqat mempunyai sistem sendiri-sendiri:
Hamka, Perkembangan Tasauf Dari Abad Ke Abad, 110 (1976)

Allahu A’lam.

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *