Q&A: BELAJAR RIDHO DALAM URUSAN ASMARA

Ahdiat Brafiadi : Assalamu’alaikum ustadz. Izin ingin bertanya.

Sebagai seorang pemuda yg masih dalam proses belajar ROC dan NST, adakah tips supaya kita tidak menjadi ‘katak lompat’ khususnya dalam hal asmara.

Urusan asmara ini kuat utk menarik kita menjadi “katak lompat” dan membuat lupa kalau semua adalah urusanNya. Padahal kalau urusan rezeki atau karir, kita dengan mudahnya menyadari bahwa semua dalam urusanNya.

Mohon nasehatnya ustadz. Salam rindu.

Ustadz Hussien Abd Latiff: Semoga dengan kefahaman dari urutan di bawah dapat bawa kefahaman kepada kamu:

1. Apabila dikatakan kepada Rasulullah saw [sahabat berkata kepada Rasulullah SAW] bahawa kalau semua udah dituliskan (di LM), alangkah baiknya kita berpeluk tubuh dan pasrah. Rasulullah saw menjawab bahawa hendaklah kita hidup macam biasa. [1]

Makna hadith ini ialah walaupun kita tahu semua udah dituliskan namun hendaklah kita jalankan kehidupan kita seperti biasa, kerana itu juga kita mesti faham, udah tertulis dalam LM.

Bererti walaupun gagal berkasih, namun teruskan berkasih, walaupun beberapakali gagal lagi kerana inilah yg udah dituliskan di LM.

2. Rasulullah saw bersabda bahawa kalau kamu berkata kamu boleh merubah Takdir (mengelak yang kamu dituliskan akan mengena dan sebaliknya) maka tempat mu adalah neraka.

Makna, kalau kamu akan gagal dalam berkasih walaupun beberapakali namun kamu tidak akan dapat mengelaknya.

Bererti kamu gagal dalam berkasih walaupun beberapakali, tidak dapat kamu elakkan, kerana ini udah ditulis dalam LM.

3. Rasulullah saw bersabda bahawa seseorang tidak masuk syurga kerana amalannya tetapi kerana Keredhaan Allah swt. [2]

Makna, bukan amalan (tidak terhad [terbatas] kepada ibadah sahaja kerana ia termasuk juga kemungkaran) kita yang menentukan kita ahli syurga atau neraka tetapi Keredhaan Allah swt.

4. Kerana itu dalam shalat kita membaca shalatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya untukMu. Ini sesuai dengan firmanNya yg bermaksud yang sama.

Bererti kita terima atau redha akan Takdir ketentuanNya dan akan hidup mengikutinya sepenuhnya.

5. Allah swt berfirman maksudnya, “Hai jiwa-jiwa yg tenteram kembali kepadaKu dan masuklah ke dalam jemaahKu serta masuklah kedalam syurgaKu dengan hati yg puas lagi diredhai. Kamu redha kepadaKu dan Aku redha kepada mu.” [3]

Maka walau beberapa banyak kali pun kita gagal bercinta tetap kita redha dan teruskan hidup bersandarkan TakdirNya.

Dengan keredhaan kita terhadap KetentuanNya maka Dia akan redha akan kepasrahan kita kepadaNya, dan menjemput kita masuk ke dalam jemaahNya dan SyurgaNya kerana keredhaan dan kepasrahan kita sepenuhnya kepadaNya menjadikan jiwa kita menjadi tenteram setenteramnya.

Apa yang mahu disampaikan ialah apa juga berlaku (gagal bercinta dan lain-lain) hendaklah difahamkan adalah KetentuanNya yang udah tertulis dalam LM, dan sesudah kita faham akan Kebenaran ini hendaklah kita jalankan hidup dengan penuh kepasrahan tanpa sungutan atau rungutan kepada Takdir KetentuanNya.

Ibu Elsy: Nggih… ustadz… shadaqta…Biar pun Hati patah patah dan remuk redam… redha saja lah…😊

Jazaakallah khairan katsiran….

Ahdiat Brafiadi : Kuncinya Ridho. Terima kasih ustadz. 🙏

Ahmad Saifudin: Alhamdulillah, terimakasih Ayah, senang susah menderita harus ditetima karena semua itu hanyalah sandiwaranya yang juga harus berjalan seperti itu, demikiankah Ayah?, mohon koreksi.

Ustadz Hussien Abd Latiff: Benar seperti Syeik Abdul Qadir Al Jilani berkata bahawa kamu dilambung-lambungkan oleh ombak Takdir. Dan kamu tiada pilihan (melainkan untuk menerimanya).
Allah swt juga ada berfirman bahawa kita akan hidup mengikut kitab (Takdir) hingga hari kebangkitan.

Rasulullah saw bersabda kalau kamu ngak bisa menerima Takdir maka kamu masih belum beriman.

Kerana disebalik kesemua KetentuanNya dalam Takdir ada kebaikan. Kerana itu Dia bertanya bahawa adakah kamu fikir Aku berbuat sesuatu tanpa hikmah ? Dan Dia juga ada berfirman bahawa sesiapa berfikir begitu udah menjadi kafir.

Efendy Yasin: Alhamdulillah, teruskan teruskan … kelak di alam barzah kita kan tertawa bersama artis/aktor yang memutuskan 💔 kita, ternyata hanya sandiwara🤣 … terimakasih Ayah 🙏

Ustadz Hussien Abd Latiff: Alhamdulillah, Yasdur kamu udah sedar Allah swt juga bisa bersenda gurau dan bermain-main.

Kungfu Master: “Little Bird (muridnya), saya akan tutup pusat kungfu ini kerana udah ngak ada lagi sambutan. Pergilah kamu cari kerja kerana saya udah pun mendapat pekerjaan!”

Maka Little Bird pun berhari-hari mencari kerja akhirnya ia dapat pekerjaan di kebun binatang (Zoo). Dia disuruh memakai sarung (costume) orang utan di waktu petang dan hendaklah dia bergayut-gayut (swing) seperti orang utan kerana pada masa itu ramai pelawat [pengunjung] jepang datang kerana mahu melihat orang utan

Maka petang itu, Little Bird berpakaian orang hutan bergayut-gayut dalam kandangnya dan ditepuk sorak oleh pelawat jepang.

Tetapi satu ketika dia bergayut terlampau kuat dan terjatuh ke dalam kandang sebelah yang ada Singa yang kelihatan sangat garang.

Little Bird : “Tolong, Tolong,” (dan apabila Singa itu menghampirinya maka dia menjerit lebih kuat lagi) “Tolong, Tolong kalau tidak matilah aku!”

Singa (Menghampiri telinga Little Bird dan berbisik): “Little Bird diam nanti kita berdua akan dibuang kerja!”

Ini baru aje gurauan dari ciptaanNya! [maksudnya, cerita humor tersebut baru dari makhluk ciptaan-Nya, apatah lagi senda gurau dari Penciptanya, tentu lebih hebat lagi]

Ifrikiya Gibran: Alhamdulillah.. Makasih banyak Ustadz.. 🙏❤😭


References :

[1] Telah menceritakan kepada kami [Abdurrahman] telah menceritakan kepada kami [Za`idah] dari [Manshur] dari [Sa’d bin Ubaidah] dari [Abu Abdurrahman] dari [Ali] Radhiallah ‘anhu berkata; “Kami menghadiri jenazah di Baqi’ Al Gharqad, tiba-tiba Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mendatangi kami. Beliau duduk dan mereka ikut duduk di sekelilingnya. Beliau saat itu membawa tongkat yang beliau gunakan untuk memukul. Beliau mengangkat pandangannya dan bersabda: “Tidak ada seorangpun dari kalian yang hidup kecuali telah ditetapkan tempatnya apakah dia di syurga atau di neraka, apakah dia sengsara atau bahagia.” Mereka bertanya; “Wahai Rasulullah, alangkah sebaiknya kita menetapi ketentuan tersebut dan tidak perlu beramal. Karena sudah ditetapkan bahwa jika dia termasuk orang yang bahagia maka akan berjalan ke arah sana. Jika dia termasuk orang yang celaka niscaya dia akan menuju ke arah sana.” Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menjawab: “Tidak begitu, beramallah! Semuanya akan dimudahkan. Jika dia termasuk orang yang celaka maka dia akan dimudahkan dalam melakukan amalan orang yang akan celaka. Jika dia termasuk orang yang bahagia maka dia akan dimudahkan dalam melakukan amalan orang yang akan bahagia.” Kemudian beliau membaca; (Adapun orang yang memberikan (hartanya di jalan Allah) dan bertakwa.) Sampai pada firmanNya: (Maka kelak kami akan menyiapkan baginya (jalan) yang sukar.) Telah menceritakan kepada kami [Ziyad bin Abdullah Al Bakka`i] telah menceritakan kepada kami [Manshur] dari [Sa’id bin ‘Ubaidah] dari [Abu Abdurrahman] dari [Ali Radhiallah ‘anhu] berkata; “Kami menghadiri jenazah di Baqi’ Al Gharqad…”kemudian menyebutkan hadits secara makna. (HR. Ahmad: 1015

[2] “Tidak ada seorang pun yang dimasukkan surga oleh amalnya.” Dikatakan: Tidak juga Tuan, wahai Rasulullah? beliau menjawab: “Tidak juga aku, kecuali bila Rabbmu melimpahkan rahmat padaku.” (HR. Muslim: 5037) –

[3] Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridhai; lalu masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba-Ku, dan masuklah ke dalam surga-Ku (QS al-Fajr [89]: 27-30).


Catatan: Artikel tanya jawab ini diperuntukkan bagi yang sudah memahami kajian Makrifatullah. Apabila ada diantara pembaca yang belum memahami, harap terlebih dahulu membaca SILABUS KAJIAN dan mengikuti dengan runut pembahasan satu per satu sejak awal.

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *