Q&A: BAGAIMANA MEMBERSIHKAN “NAFS”?

[3/1, 9:10 PM] Suharjono : Asslm wr wb Ustadz, sebelum mengenal Tasawuf jalan Nabi2 seperti yg disampaikan Ustadz, yg saya ketahui tasawuf itu adalah suatu jalan mendekatkan diri kpd Allah SWT dg cara “tazkiyatun nafs” yaitu membersihkan diri/nafsu (bererti mengandalkan diri = wujud). Nah, kalau dalam tasawuf jalan nabi2 apakah benar kalau tak payah tazkiyatun nafs? Karena kita tidak akan mampu membersihkan diri/nafsu kita sendiri. Mohon dikoreksi/diluruskan Ustadz !!!

[3/1, 9:45 PM] Abu Kafi: Salam pak har πŸ™πŸ½, ini juga jadi pertanyaan saya , metoda dzikrullah ini memang unik, bukankah kita akan sulit “naik” ketika nafs nafs tsb masih menahan kita??

[3/2, 12:25 AM] Ustadz Hussien Abd Latiff:

1. Dzikrullah:
(i) Dzikrullah bukan methoda.
(ii) Dzikrullah maknanya ialah Ingat Allah. Sekarang tanya pada diri sendiri siapa kamu sembah, kamu akan berkata “Allah” kerana kamu secara spontan ingat Allah swt pasal itu kamu jawab “Allah”. Maka Dzikrullah ialah ingat Allah dan kita ingat Allah swt secara spontan tidak perlu methoda. Justeru itu kita di perintah (bukan methoda) ingat Allah (Dzikrullah) dalam shalat, luar shalat dan dalam hidup keseharian. Apabila kita ingat Allah (Dzikrullah) Allah swt ingat kita.

Juga adakah ia suatu methoda bagi orang bercinta teringat-ingat kekasihnya?
Adakah suatu methoda bagi seorang ibu di dalam kantor teringat-ingat anaknya di rumah sakit sedang sakit?

Kesimpulannya Dzikrullah bukan methoda. Boleh dikatakan Dzikrullah adalah semula jadi kerana bila ditanya siapa kamu sembah, spontan kamu ingat Allah swt dan menjawab, “Allah”. Langsung tidak bermethoda.

2. Dzikrullah bukan wirid.
Wirid adalah mengulang-ulang sesuatu kalimat.
Dalam Tarikat kalau diulang-ulang kalimat itu dengan mulut (dipanggil lisan), kalau dalam hati (dipanggil Qalb) dan dalam Minda (dipanggil Sirr).

Justeru itu wirid menjadi methoda dalam Tariqat. Di atas ini diadakan methoda 7 maqam nafsu untuk dicapai:
i. Amarah
ii. Lawammah
iii. Mulhammah
iv. Mutmainah
v. Radhiah
vi. Mardhiah
vii. Kamaliah.
Maka jelaslah Tarikat adalah satu sistem wirid (yg methoda) dan ia bukanlah bidang ilmu. Dengan itu, Tarikat bukan Tasawuf dan Tasawuf tidak memerlukan Tariqat. Ahmad Sirhindi menamakan Tasawuf dengan nama Jalan Nabi-nabi dan Tarikat, Jalan Wali-wali.

Tarikat timbul pada abad ke 3 (300 tahun) Hijriah. Sistem ini ditolak oleh imam syafii, hambali, maliki dan juga ahli-ahli sufi awal spt kalabadhi, al hujwiri, al sarraj dll. kerana ia adalah suatu bidaah (methoda yg belum ada sebekum ini). Imam Ghazali berkata kerana mereka berwirid begitu lama (bertahun-tahun) masih tidak mencapai yang dicari (Marifatullah) maka mereka hidup dalam dunia hayalan sampai mati. [1]

Mujtahid Islam Ahmad Sirhindi berkata ramai mereka terbengkalai ditepi jalan[2].
Shaikh Ahmad Alawi berkata 90% atau lebih hanya bisa wirid sahaja dan tidak kemana.
Kerana Tarikat adalah sistem wirid bukan ilmu maka banyak Tarikat mengambilmuat fahaman Wahdahtul Wujud dan Nur Muhammad untuk.mengisi bidang ilmu yang mereka ketandusan tidak menyedari bahawa fahaman ini sudah difatwakan sesat di Malaysia.

3. Nafsu tidak boleh [tidak bisa] dibersihkan dengan sistem wirid. Kerana itu seperti diterangkan di atas ini,banyak dalam Tarikat hidup dalam dunia hayalan atau terbengkalai di tepi jalan atau lebih 90% tidak kesampaian walaupun berwirid bertahun-tahun lama.

Nafsu hanya boleh [hanya bisa] ditundukkan dengan Kesedaran yang jati seolah seorang yg sedang nyenyak tidur dikejutkan dari tidurnya oleh satu pukulan di hatinya kepada Kewujudan atau Kebesaran Allah swt justeru itu dia bergegar serta menangis ketakutan rasanya seperti seorang bayi yg baru lahir. Gegaran ini membawa kepada pertukaran hebat kepada orang ini, langsung dia menjadi suci dan bersih. Yang tinggal hanya memperkemaskan dirinya untuk beribadah dengan lebih baik berpandukan Syariah.
Maka perlulah kita mencari Kesedaran yang jati ini yang mendatangakan gegaran lalu membawa kpd perubahan pada diri.

Mereka yg sudah memahami ilmu makrifat ini tetapi belum merasakan gegaran ini hendaklah ulangi mentelaah ilmu ini sehingga tercapai Kesedaran yang jati seperti sedar dengan sebenar sedar kepada kewujudan Allah swt atau Allah Maha Melihat dan sedang memerhatikanmu menerusi DzatNya yg meliputi atau sedarkan semua disekelilingmu adalah “One-way mirror” (Cermin satu hala) justeru itu Dia dapat melihatmu di manapun kamu berada tetapi kamu tidak dapat melihatNya.

Sila baca bagaimana saya berubah dari orang yg dibenci dan dipanggil Musuh Awam No.1 hingga sekarang menjadi…. eeehmmm.. Hansen No.1.

Harap Rio dapat beri rujukan.

[3/2, 1:04 AM] Suharjono : Makasih Ustadz πŸ™πŸ™

[3/2, 2:10 AM] Ibu Elsy: Nggiiih ustadz… jelas.. clear …

[3/2, 2:11 AM] Ibu Elsy: Jazaakallah khairan katsiran… 😊🌹

[3/2, 4:32 AM] rio : Baik ustadz

[3/2, 5:22 AM] Abu Kafi: Hatur nuhun ustadz hensem πŸ™πŸ½

[3/2, 5:28 AM] rio : Pertanyaan terkait tentang mengontrol nafsu ada pernah dibahas disini yamasindonesia.org/qa-bagaimana-mengontrol-nafsu/

[3/2, 5:32 AM] Abu Kafi: Hatur nuhun bang rio πŸ™πŸ½

[3/2, 5:41 AM] Ustadz Hussien Abd Latiff: Tadi ditulis bahawa Shaikh Ahmad Alawi berkata lebih dari 90% tidak kesampaian ke makrifat (kerana hati belum suci lagi) dan hanya dapat wirid sahaja. Sebenar 95% tidak kesampaian dan hanya 5% yang kesampaian. Dan yg 5% kesampaian adalah kerana gegaran apabila tercapai makrifatullah. Maka bukan wirid tetapi gegaran yg dirasai setelah mencapai makrifatullah.

Ketahui Allah swt melihat kita dan menyedari Allah swt melihat kita tentunya tidak sama.
Ketahuilah ramai yg berwirid bertahun lama tapi hanya di tangga wirid sahaja. Seperti dikatakan 95% hanya berwirid sahaja.

[3/2, 5:46 AM] Ustadz Hussien Abd Latiff: Kesimpulannya, untuk menundukkan nafsu, seseorang bukan sahaja perlu bermakrifat tetapi merasakan gegaran natijah dari mencapai makrifat. Maka barulah dia berubah menjadi insan yg mulia, tawaduk dan taat kpd Allah swt kerana dia sentiasa sedar Allah swt sentiasa mengawasinya .

[3/2, 5:48 AM] Rosli: Terima kasih ustazπŸ™πŸ™πŸŒΉπŸŒΉ

[3/2, 5:48 AM] Ustadz Hussien Abd Latiff: Contoh, pencuri akan berhenti mencuri bila dia sedar polis sedang mengawasinya menerusi kamera layar (CCTV).

[3/2, 5:51 AM] Ustadz Hussien Abd Latiff: Hello bro Rosli, Nasi Briyani dan jus durian semasa wisata tidak dapat dilupakan. Alhamdulillah, makasih kpd kamu & Yasin.

[3/2, 5:51 AM] Ustadz Hussien Abd Latiff: Hehehe… Hello bro?

[3/2, 5:57 AM] Efendy Yasin : Makasih kembali bro Ustadz πŸ˜πŸ˜πŸ˜πŸ™πŸ»

[3/2, 6:01 AM] Ustadz Hussien Abd Latiff: Hehehe.. Yasin bila kamu bro ustadz dah balik semula atas pentas.

[3/2, 6:04 AM] Sri Puji Astuti: πŸ˜€πŸ˜€πŸ˜€πŸ˜€πŸ˜€πŸ™πŸ™πŸ™ Alhamdulilah. Terimakasih Ustadz TH1

[3/2, 6:04 AM] Efendy Yasin : 😁😁😁 πŸΉπŸƒπŸΌπŸ’¨πŸ’¨


[1]Β Imam Ghazali, Keajaiban Hati, 47 (1979).

[2]Β Muhammad Abd Haq Ansari, Op Cit, 90.

Catatan:

Artikel tanya jawab ini diperuntukkan bagi yang sudah memahami kajian Makrifatullah. Apabila ada diantara pembaca yang belum memahami, harap terlebih dahulu membaca SILABUS KAJIAN dan mengikuti dengan runut pembahasan satu per satu sejak awal.

 

Artikel terkait:

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *