PETAK-PETAK KEHIDUPAN

Kalau Kita boleh bahagikan dari Masa kita di Alam Azali sehingga Kita masuk ke Syurga sehingga kiamat kedua, boleh diletakkan dalam 4 petak.

Petak 1 – hidup di Alam Azali.

Kita langsung tidak ada pengetahuan berkenaan hidup Kita di Alam Azali. Berapa lama Kita sudah berada di sana? Bagaimana keadaan hidup di sana? Adakah Kita mempunyai keluarga sanak saudara dan sahabat tolan? Adakah ada jiwa (ciptaan) yg lain di sana selain kita? Atau, adakah semua jiwa di sana “homogeneous” (sejenis) dan mendapat peranan masing-masing bila masuk ke Alam Dunia?

Kita hanya tahu bahawa Kita berada di Alam Azali kerana firman Allah swt yg bertanya,”Bukankah Aku TuhanMu?” Dan Kita menjawab,”Benar, Kaulah, Tuhan Kami!”

Hasil dari renungan keatas firman ini membuktikan bahawa Kita udah dewasa (kalau tidak bagaimana diambil kesaksian), Kita boleh memikir & bertutur dan dengan kenyataan Kita itu (“Benar Kaulah, Tuhan kami!”) Kita sudah beragama. Sehubungan dengan ini, adakah ibadah di sana dan bagaimana caranya? Adakah di sana mempunyai kerajaan, perundangan, pembangunan, pengajian dll.

Hairannya, sudah beribu tahun berlalu, taada satu jiwa dari Alam Azali turun atau Nabi-nabi, Wali-wali, Manusia dll mencerita akan kehidupan di Alam Azali. Juga Kita apabila masuk ke Alam Dunia, langsung tidak teringat apapun semasa Kita di Alam Azali. Seolah-olah, Kita semua mengalami “amnesia”. Sehubungan dengan ini, adakah kelahiran Kita ke Dunia ini adalah Kematian Kita di Alam Azali? Bererti juga Kita di sana pun bersandiwara?

Apa jua pun, ini pertanda Kebesaran Allah swt bahawa hanya Dia sahaja yang Maha Mengetahui yang ghaib. Justeru firmanNya yg memerintah Rasulullah saw untuk berkata bahawa baginda hanya manusia biasa yang tidak ada pengetahuan pada yang ghaib.

Insya-Allah anakku akan disambung Petak 2-4 di hari muka.

Semoga pencerahan Ayahmu membuka jendela di lunak mindamu, Anakku, aamin Ya Rabbil alamin!


Petak 2 – Alam Dunia

Semasa Kita di Alam Azali, Kita udah dewasa (33 umur), bisa berbicara, bisa berfikir dan bisa membuat keputusan. Namun apabila Kita masuk ke Alam Dunia justeru ke dalam Jasad seorang bayi maka hilanglah daya Kita dalam bertutur, memikir, membuat keputusan dan tanda-tanda kedewasaan kita. Seperti memori Kita di Alam Azali lansung terpadam. Jiwa Kita yg dewasa di Alam Azali kini menjadi bayi yg tiada apa-apa daya langsung. Yang bisa Kita buat hanya menangis. Memori kita yg berpuluh-puluh (mungkin ratusan atau ribuan) tahun langsung hilang menjadi Nol apabila masuk sahaja ke Alam Dunia. Juga terputus apa juga perhubungan Kita dengan mereka dan juga mereka kepada Kita. Justeru itu, tidak diketahui oleh Kita apa yg sedang berlaku di Alam Azali dan mereka di sana tidak mengetahui apa yg berlaku pada Kita di Alam Dunia.

Lalu hiduplah Kita sebagai manusia di Alam Dunia berpandu Kitab Takdir Kita. Kehidupan Kita di Alam Dunia ini hanya berakhir dengan kematian Kita.

Maka Allah swt berfirman bahawa apabila Kita wafat maka tinggal segala anugerah Allah swt kepada Kita dan segala andaian-andaian Kita.

“Tinggallah segala anugerah” ini termasuk memori. Ia itu, semasa kita meninggalkan Alam Azali, memori Kita berkenaannya langsung terpadam begitu juga apabila Kita masuk ke Alam Bazakh, memori Kita di Alam Dunia juga terpadam. Bukan sahaja itu andaian Kita seperti Tahlil, Haul seseorang Alim dan sebagainya tidak bermakna langsung hanya andaian.

Bererti apabila Kita tinggalkan Alam Dunia dan masuk ke Alam Bazakh, Kita tinggalkan segala-galanya.

Justeru kalau Kita renungkan permulaan hidup Kita di Dunia ini maka kesimpulannya ialah Kita memulai hidup yang baru yang tiada kaitan langsung dengan Alam Azali. Juga apabila Kita tinggalkan Alam Dunia ini, hidup Kita di Dunia ini berakhir tidak terbawa ke Alam Bazakh. Apabila Kita renung lebih mendalam maka sedarlah Kita benarlah firman Allah swt bahawa hidup di Dunia hanya satu drama iaitu Drama Ilahi dan Dunia ini hanya pentasnya. Lakonan hidup Kita bermula dan berakhir di atas Pentas Dunia sahaja.


Petak 3 – Alam Bazakh

Anakku, yg disayangi.

Apabila sahaja terjadi kematian maka terlepaslah jiwa dari berlakon watak yg udah ditetapkan untuknya (di Alam Dunia) oleh Loh Mahfuz maka kembalilah ia ke rupa asalnya seperti rupanya di Alam Azali namun tanpa memori dari Alam Azali atau dari Alam Dunia. Memori di Alam Azali tertinggal di Alam Azali dan memori (termasuk rupa) di Alam Dunia tertinggal di Alam Dunia tidak dibawa masuk ke Alam Bazakh.

Maka kembalilah ia ke rupa asalnya seperti di Alam Azali yang berumurnya 33 tahun. Harus diingat Roh dicipta bukan dilahirkan. Justeru umurnya sentiasa 33 tahun kerana itulah umur yang semasa ia diciptakan.

Pertanyaannya, bagaimana Kalian bisa mengenal anak atau ibu atau bapa atau nenek atau datuk Kalian di Alam Bazakh kalau rupa udah berubah kembali kepada rupa seperti di Alam Azali dan umur semuanya 33 tahun? Bukan sahaja itu, jiwa (yg berupa seperti di Alam Azali) tiada bangsa, bahasa, kebudayaan, jantina, wajah (Alam Dunia) dan bentuk-bentuk yg berkait dengan Alam Dunia.

Apa yg berlaku di Alam Dunia tertinggal di Alam Dunia kerana di situlah tempat Allah swt bergurau senda dengan Dzat yg berlakon dalam bentuk sifat-sifat tertentu. Lakonan tertentu itu terberhenti dengan adanya kematian.

Allah swt ada berfirman bahawa janganlah Kalian menyatakan orang yang mati dijalan Allah swt (syahid) itu mati, tidak begitu mereka hidup dan mendapat rezki daripadaNya. Sehubungan dengan firman ini maka diketahui adanya cara hidup di Alam Bazakh tetapi bagaimana? Adakah rezeki yg diberikan kpd mereka sama dengan yg diberi Alam Dunia? Bisakah jiwa yg tidak berjisim memakan sesuatu yg berjisim (“mass”)? Lalu apakah rezki yg dimaksudkan oleh Allah swt yg diberi kpd mereka? Juga apa makna mereka hidup? Adakah mereka berjasad semula lalu bernyawa justeru dapat menikmati rezki seperti rezeki yg dapat di Alam Dunia ini? Adakah skrip yg baru yg mesti dilakonkan oleh jiwa-jiwa ini di Alam Bazakh?

Seperkara lagi, jiwa yg udah berada di Alam Bazakh ngak bisa kembali ke Alam Dunia kerana:

1. Buku Kehidupannya (Script) udah ditutup.
2. Watak yg dahulu dia lakonkan sebelum kematian udah tiada.
3. Ia langsung tidak ada memori Alam Dunia.

Maka siapakah seseorang itu berjumpa atau bermimpi berjumpa arwah Ahli keluarganya dll. Ini tidak lain adalah Qarin (syaitan dampingan Kita yg bersama Kita sejak Kita lahir). Ini yg disabdakan oleh Rasulullah saw bahawa anak Adam menangis semasa dilahirkan kerana dia diganggui oleh syaitan.

Insya-Allah akan disambungi Anakku, sekarang Ayah kepenatan dan mahu 😴😴😴,Maasalam!

Maka jumhur ulama AS menyatakan bahawa apabila matinya Anak Adam maka terputuslah dengan segala amalannya.


Asmady Kabisa: Ustaz ingin bertanya ada hadis Rasulullah berkata, ada 3 Amal jariah yg tidak terputus selepas kenatian iaitu sedekah, ilmu yg bermunafaat, doa anak yg soleh.Apakah ini masih terpakai walaupun kita ke alam bazrah 🙏🙏🙏

Ustadz Hussien Abd Latiff: Di sini sekali lagi menyentuh perbedaan AS dan AT.

Bagi AS, mereka melihat kpd perbuatan itu adalah perbuatannya dan dengan perbuatannya itu maka datanglah pahala dan dosa. Natijah dari itu Syurga dan Neraka.

Bagi AT, imam Ghazali berkata bahawa kalau kamu kenal diri mu dan kamu kenal Tuhan mu maka kamu tahu kamu tidak wujud. Maka Allah swt ada berfirman bahawa apakah nikmatKu kau nafikan.

Maka anakku, kalaupun kamu beramal jariah bermacam-macam, hendaklah kamu ROC Dan “make don’t know” seperti kekata Pak Pandir, “Ada Mata lihat,
Ada Telinga dengar,
Ada mulut diam,
Tepuklah tangan.
Buat tak tahu!”
Disambut oleh Luncai,”Bairkan, biarkan!”

Semoga mendatang pencerahan bagimu, anakku!


rio : AssAlamualaikum Ustadz. Apakah tidak ada kemungkinan sama sekali untuk bertemu arwah keluarga yang sudah meninggal ustadz?

Berarti setiap mimpi bertemu arwah keluarga apakah sudah pasti qarin ustadz?

Ustadz Hussien Abd Latiff: Bagaimana mahu berjumpa (melainkan Rasulullah saw) apabila rupa diri jiwa yg di dalam Alam Bazakh itu berlainan yg Kita tidak pernah melihatnya di Alam Dunia. Bukan sahaja itu, jiwa itu juga berumur 33 tahun. Juga bagaimana jiwa itu mahu masuk ke Alam Dunia apabila Allah swt ada berfirman bahawa ada Hadangan yg memisahkan Alam Bazakh dengan Alam Dunia. Kerana itu, udah beribu tahun berlalu tidak seorang atau jiwa yg datang dari Alam Bazakh menceritakan Kehidupan di sana. It is a total cut-off (langsung terputus)

rio: Baik terima kasih Ustadz atas Jawabannya

Ustadz Hussien Abd Latiff: Maka apa yg serupa dengan rupa si arwah dalam Alam Dunia (termasuk mimpi) kalau bukan si arwah maka jawapan ialah Qarin.
Harap diingati rupa Kita juga tertinggal di Alam Dunia ini.

Faizal Daira: Maaf Ustadz ijin bertanya, apakah ada jiwa yang tertolak masuk ke alam Bazakh sehingga jiwanya mengembara di alam dunia…

Ustadz Hussien Abd Latiff: Rupa Jiwa yg berada di Alam Dunia mengikut rupa yg tertera di Kitab Takdir (Buku Kehidupan). Rupa ini berubah mengikut Masa serta mirip rupa Jasad di Alam Dunia.

Jiwa di Alam Bazakh mengikut rupanya aslinya di Alam Azali serta berumur 33 tahun dan umur ini tidak berubah.

Untuk Jiwa di Alam Bazakh kembali ke Alam Dunia dan menjadi Jiwa Alam Dunia adalah seperti Itik yg panjat masuk ke kandang Ayam lalu menjadi Ayam! Bisakah?

Zainul Aswad Yamas: Mohon izin Ayah , Zainul ingin bertanya..

Adakah qorin yang menjelma menjadi arwah di dalam mimpi itu qorin dri golongan malaikat seperti hadis di bawah ini🙏🏻🙏🏻

عَنْ عَبْدِ اللهِ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ” مَا مِنْكُمْ مِنْ أَحَدٍ إِلَّا وَقَدْ وُكِّلَ بِهِ قَرِينُهُ مِنَ الْجِنِّ، وَقَرِينُهُ مِنَ الْمَلَائِكَةِ “… (اخرجه أحمد وصححه الألباني)

Dari Abdullah Mas’ud Radhiyallahu Anhu berkata: Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang artinya: “Setiap kalian (manusia) ada Qarin (pendamping) dari bangsa jin, dan juga Qarin dari bangsa Malaikat…” (Shahih HR Ahmad, dishahihkan al-albani (Shahihul jami’:

Juga qorin dri golongan jin”

Ustadz Hussien Abd Latiff: Benar kerana yg membisikkan kpd ibu kpd nabi Musa (as) supaya meletakkan nabi Musa (as) semasa bayi ke dalam bakul Dan hanyutkannya di Sungai Nile adalah Malaikat.

Zainul Aswad Yamas: Alhamdulillah trima kasih Ayah🙏🏻atas pencerahan Ayah yg bgitu jelas , selamat berbuka puasa ustadz 💝😍😇🙏🏻


Petak 3, sambungan.

Anakku yg disenangi lagi disayangi.

Walaupun Jiwa dari Alam Azali apabila turun ke Alam Dunia tidak mempunyai memori atau Ingatan langsung berkenaan Alam Azali namun ia tetap dewasa serta berumur 33 tahun. Dengan ini ia bisa berlakon mengikut skrip di Alam Dunia.

Jasad bayi yg dimasukin Jiwa (dari Alam Azali) adalah Acuan. Justeru itu, Jiwa (dari Alam Azali) yg masuk ke dalamnya mengambil bentuk, umur serta peranan Acuan itu. Kerana Jiwa (dari Alam Azali) itu tanpa memori maka ia bisa bersinambungan dengan Acuan (bayi) yg langsung tidak berilmu.

Justeru itu, Jiwa itu berlakon mengikut Acuan itu setiap masa. Sehingga apabila Acuan berumur melebihi 90 tahun maka Jiwa terpaksa mengikutinya iaitu berlakon menjadi seorang tua, lemah lagi tidak bermaya. Begitu juga kalau Acuan itu Gila, Pikun, Cacat mental atau fisikal dll Jiwa mesti juga mengikutinya. Jiwa juga mesti berlakon mengikut jantina, bangsa, bahasa serta agama Acuan.

Kerana Acuan ini maka Kalian bisa melihat Jiwa atau Roh Kalian itu, sama ada dalam mimpi atau jaga, berbentuk rupa Acuan itu bukan berbentuk rupanya yg asli seperti di Alam Azali.

Jelaslah, Jiwa (yg dari Alam Azali) itu terikat erat dengan Acuan di Alam Dunia dan Acuan ini terikat erat dengan Kitab Takdir Kita.

Dengan kematian maka terlepaslah Acuan dari ikatan Kitab Takdir lalu hancurlah ia (Jasad yg ditanam). Dengan itu, maka terlepaslah Jiwa dari Acuannya lalu kembalilah ia ke asal rupanya (seperti di Alam Azali) lalu mendiami Alam Bazakh.

Maka di sini yg dikatakan bila wafatnya anak Adam maka terputuslah segala amalannya. Maksudnya, maka terberhentilah segala lakuan atau lakonannya.

Seperti Jiwa dari Alam Azali masuk ke Alam Dunia berbekalkan Cahaya Makrifat begitu juga Jiwa yg terlepas dari Alam Dunia masuk ke Alam Bazakh berbekal Cahaya Aqidah (Makrifatullah) justeru udah ngak perlu lagi syahadah (Kau-lah, Tuhan kami!).

Kalau Jiwa di Alam Azali dan di Alam Bazakh hanya berbekal Cahaya Aqidah (Makrifatullah) maka mengapakah kita mesti di Alam Dunia bersyahadah
,”Tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad, Pesuruh Allah!”

Anakku, Sesungguhnya Alam Dunia itulah Pentas Ilahi kerana itu, Syahadah ini hanya berada di Alam Dunia dan tidak ada dalam Alam Azali dan Alam Bazakh. Dengan ini apa jua yang yg berkait dengan Alam Dunia tertinggal di Alam Dunia tidak kembali masuk ke Alam Azali atau maju masuk ke Alam Bazakh.

Apakah corak hidup di Alam Azali dan Alam Bazakh, hanya Allah swt yg tahu. Sehubungan dengan ini, Allah swt memerintah Rasulullah saw supaya berkata bahawa baginda hanya manusia biasa tidak mengetahui langsung kepada perkara-perkara yg ghaib. Kunci kepada yg ghaib adalah dengan Allah swt.

Semoga mendapat pencerahan, aamin Ya Rabbil alamin!


Petak 4

Anakku yg di rindui lagi disayangi.

Bersangkutan dengan kematian, pandangan AS dan AT berbeda.

AS tidak dapat menerima Kematian sepenuhnya dan masih berpaut kepada si Mati. Maka datang andaian yg dia masih dapat berjumpa dan bekomunikasi dengan si Mati. Serta mengandai bahawa si.Mati itu masih berupa seperti rupanya di Alam Dunia ini. Maka kalau si Mati itu kanak-kanak berumur 10 tahun maka di Alam Bazakh dia tetap 10 tahun. Maka bagaimana pula kalau si Mati itu bayi berumur 8 bulan? Bagaimana pula si Mati yg meninggal dunia kerana tidak tertahan di “mental torture” (siksa mental) oleh suami dan ibu mertuanya lalu dia jatuh sakit, murung dan akhirnya meninggal dunia. Maka di Alam Bazakh, masihkah dia tetap menjadi isteri kpd suaminya dan menantu kpd mertuanya? Bagaimana pula nasib anak tiri yg disiksa hingga mati maka akan dia tetap menjadi anak tiri kpd ibu tirinya di Alam Bazakh? Bagaimana pula si Mati yg meninggal dunia berumur 25 tahun semasa melahirkan anaknya dan anak itu hidup sehingga umur 95 baru ia meninggal dunia maka siapa yg jadi Ibu di Alam Bazakh, anak atau ibu?

Kerana tidak dapat.menerima bahawa dengan kematian putuslah segala pertalian Kita dengan si Mati maka timbul rasa kesedihan yg berpanjangan, kerinduan yg melampau-lampaurasa tidak senang hati dengan Allah swt dan sebagainya. Kerana tidak dapat menerima fakta yg kematian memutuskan segala pertalian dengan yg hidup maka dikirimnya makanan, minuman (termasuk arak), disembelihnya binatang untuk makanan si Mati dan sebagainya. Ini langsung menjadi satu adat atau praktis tahunan.

Kenapa ya kamu (AS) merindui sesuatu yg bukan hak milik kamu? Udah itu kamu tidak mahu menerima bahawa Allah swt bisa buat apa yg dikehendaki kepada hak milikNya. Mana nikmatNya yg kamu ragu atau nafikan? Tidak malukah kamu menangis dan merintih sesuatu yg bukan hak kamu? Maka adakah Allah swt itu zalimkah kerana mengambil kembali hakNya. Syeikh Abdul Qadir Al Jilani berkata bahawa orang yg zalim itu ialah mereka yg mengambil hak orang lain. Adakah Allah swt mengambil hak orang lain bila dia mendatang kematian kpd seseorang? Kerana si mati itu adalah hak mutlakNya maka sesudah Dia mengambilnya maka Dia akan menjagai akan hakNya. Justeru Dia berfirman bahawa jangan kamu katakan mereka yg mati di jalan Allah itu mati, mereka hidup dan mendapat rezki dari Allah swt.
Maka Syeikh Abdul Qadir Al Jilani berkata bahawa kamu menjadi seorang kafir kerana menuduh Allah swt membuat sesuatu kesalahan apabila ini tidak benar. Maka Allah swt berfirman bahawa mereka tidak menghormatiNya seperti sepatutnya.

Insaflah wahai AS selagi kamu tidak mahu menerima bahawa semua ini adalah hak mutlak Allah swt dan Dia tidak berkongsi milik dengan sesiapa , selagi itu kamu akan bersedih, merintih, rasa tidak puas dan berandaian kamu masih mempunyai hubungan terus dengan si Mati langsung tidak mengambil Kira itu bukanlah hak kamu.

“Oh Mana pergi kewarasan?
Hak Allah, dikatakan warisan!
Maka sentiasa dia kerinduan,
Hak yang bukan kepunyaan.”

Sampai di sini sahaja anakku, sehingga berjumpa di sambungan, Insya-Allah, aamin Ya Rabbil alamin!


Azri Acong: Assalamualaikum ustaz, pertanyaan daripada sahabat malaysia saudara zamri,

As salam Azri… Saya ada baca dalam grup telegram tentang alam azali dan alam barzakh. Mohon pencerahan :

1. Bagaimana hendak membezakan mimpi bertemu arwah saudara/sahabat itu adalah qarin dari golongan jin atau dari golongan malaikat?

2. Berkenaan rupa roh di alam barzakh, ada tak dinyatakan oleh Lazarus dalam gospel barnabas? (Diceritakan Lazarus yang telah mati selama 4 hari telah dihidupkan semula oleh Nabi Isa)

Ustadz Hussien Abd Latiff: Untuk pertanyaan pertama, hendaklah Kalian pegang kepada:

1. Hanya Rasulullah saw sahaja syaitan tidak boleh memyerupai.
2. Justeru untuk keselamatan Aqidah Kita maka hendaklah Kita berpegang kepada selain dari Rasulullah saw, yang lain itu adalah Qarin
3. Qarin Malaikat memberi lham atau mengajar kebaikan tetapi Qarin syaitan membisikkan fikiran dan membawa kpd kemaksiatan

Pertanyaan kedua, Lazarus lansung tidak menceritakan rupa Jiwa di Alam Bazakh dan adanya siksa kubur.

Azri Acong: Alhamdulillah terina kasih ustaz

Ustadz Hussien Abd Latiff: Memandangkan Lazarus tidak menceritakan tentang Jiwa di Alam Bazakh atau berkenaan siksa kubur maka berkemungkinan rohnya di simpan ditempat yg bukan Alam Bazakh menunggu pulang ke Alam Dunia.


Sahry Ramadhan: Assalamu’alaikum Ustadz, dalam Al Quran Surah Al Mukminun :100-101 diceritakan ttg orang yg khafir dan dzalim menyesal dan mohon dikembalikan kedunia, dan berdalih akan berbuat baik bila dikembalikan kedunia Saat Menjelang Kematian. Tapi tidak bisa, dan Allah Swt berkata Didepan mereka ada Barzakh (dinding) sampai mereka akan dibangkitkan kembali…. Pertanyaan: Apakah firman ini adalah salah satu bukti pada Petak-3 di Barzakh, yg sebenarnya adalah cerita lain yg tidak berhubungan dengan skripnya didunia (usia kembal 33). Hingga nanti akan dikembalikan ingatan mereka pada saat hari perhitungan (persidangan) dihadapan Allah swt. Bagaimana pendapat ustad? Wassalam

Ustadz Hussien Abd Latiff: Dinding itu yg Saya sebut Hadangan di dalam tulisan Petak 4 dan benar ini menjelaskan Alam Bazakh itu tersendiri serta terpisah bukan sambungan dari Alam Dunia.

Berkenaan dikembalikan Ingatan, harap sabar menunggu sambungan Petak 4

Yusdeka: Ada satu pertanyaan dari ananda berkenaan israk mikraj. Nabi Saw bertemu dengan beberapa Nabi lain di Langit 1 sd 7. Apakah langit 1-7 itu bisa disebut terletak di Alam Barzah?

Ustadz Hussien Abd Latiff: .Jiwa Nabi-nabi diletakkan di bumi-bumi di dalam Langit 1 – 7. Bumi-bumi ini bukan dalam Alam Bazakh. Bumi-bumi ini juga berjisim tetapi Alam Bazakh tidak berjisim (“Mass”)

Yusdeka Putra: makasih Ayah, so clear now. alhamdulillah

Ustadz Hussien Abd Latiff: Justeru itu, Nabi Isa (as) yg belum wafat berada di bumi di langit kedua.


Pada akhir atau penghujung Fasa ke 5 (10 biliun tahun), Matahari gering dengan itu daya tarikannya menjadi lemah maka terjadilah perlanggaran di antara bintang-bintang dan planet-planet di sistem solar Kita dan juga pada yg lain justeru terjadilah kiamat. Sejurus itu akan di tiup sangkakala maka matilah mereka yg masih hidup dan pengsanlah jiwa-jiwa yg ada. Inilah kiamat pertama.

Pada pertanyaan berkenaan Jasad yg ditanam di bumi ada yg udah hancur dan ada yg masih utuh, harap maklum bukan sahaja Jasad, bumi ini juga hancur lebur.

Maka ditiup sangkakala sekali lagi maka bangkitlah Kita semua dengan Jasad yg baru berumur 33 tahun. Kita dibangkitkan di bumi yg lain yg dikenali dengan nama Padang Masyar.

Sesudah itu Kita di suruh oleh Malaikat untuk melihat Kitab Kehidupan atau Takdir masing-masing yg “tersangkut”di leher Kita. Kerana itu hisabnya cepat. Apabila Kita melihat Kitab-kitab Kita itu maka sedarlah kita bahawa sebenarnyalah hidup Kita di Alam Dunia ini adalah suatu drama Ilahi. Maka datanglah Malaikat menyatakan bahawa memang benar hidup Kita di Alam Dunia hanyalah suatu senda gurauan serta main-main lalu Kita semua dijemput masuk ke kampung Akhirat iaitu Syurga. Dalil yg memperkuatkan pandangan ini ialah:

1. Kita hidup mengikut Kitab Takdir Kita tanpa pilihan.
2. RahmatNya mendahului KemurkaanNya maka udah Dia sematkan Cahaya Aqidah (Makrifatullah) dalam diri Kita serta direkod dalam tulisan kenyataan Kita yg Dia-lah Tuhan Kita. Di akhirat kelak diperintah kpd Malaikat supaya jangan membenarkan sesiapa sahaja yg mempunyai sebiji sawi iman kpdNya dalam Neraka. Maka kesemua Kita manusia mempunyai sebiji sawi iman iaitu Cahaya Aqidah (Makrifatullah) dalam diri Kita yg Nabi Isa (as) bersabda walaupun kelam oleh dosa namun tidak hilang. Justeru Rasulullah saw bersabda bahawa setiap anak Adam dilahirkan Muslimin/Muslimat.
3. Setiap ciptaan Allah swt bertasbih kpdNya. Jasad manusia itu adalah sebenarnya gumpulan atom yg melebihi 50 biliun. Atom-atom ini sentiasa bertasbih kpdNya. Lalu bagaimana tempatnya di Neraka?
4.99 kasih sayangNya menunggu Kita diakhirat kelak dan Rasulullah saw bersabda bahawa kalau orang kafir tahu berkenaan ini maka tidak seorang dari mereka akan kecewa untuk masuk ke Syurga.

Ada juga dalil yg menyatakan bahawa mereka yg mendapat Kitab mereka dahulu masuk Syurga tanpa hisab. Mereka yg dapat Kitab mereka dari sebelah kanan selamat ke Syurga dan mereka yg mendapat Kitab mereka dari sebelah kiri, akan ke Neraka.

Kedudukan Kita ialah jangan buat keputusan kerana kedua pandangan mempunyai dalil yg kuat. Justeru, biar Allah swt memutuskannya di Hari Kemudian. Dengan ini Kita bisa kenal mengenali mereka yg bukan Islam lalu hidup di Dunia ini menjadi aman.

Di dalam Syurga, kita tidak ada peranan lagi seperti di Alam Dunia kerana tiada skrip baru. Semua Kita berumur 33 tahun serta mengetahui (sesudah melihat Kitab Kita) hidup di Alam Dunia hanyalah suatu sandiwara Ilahi.

Kerana Kita dibangkitkan dengan fakultas-fakultas yg ada semasa Kita berada di Alam Dunia maka Kita bisa mengenali segala buah-buahan, sayur-sayuran, perikanan dan lain-lain yg ada di Syurga dan juga ada di Alam Dunia.

Maka diamilah Kita akan Syurga itu selagi ada langit dan bumi Syurga itu atau Allah swt menghendaki yg lain.

Harap anakku mendapat pencerahan, aamin Ya Rabbil alamin!


Yusdeka Putra: asww Ayah, hidup di petak 4 disebut hidup di Alam apa ayahanda?

Ustadz Hussien Abd Latiff: Hidup di Sebenar Alam.

Yusdeka Putra: baik, makasih ayah

Efendy Yasin: Atau yang disebut alam akherat kah ayah?

Ustadz Hussien Abd Latiff: Iya, bisa juga dinamakan Alam Akhirat, makasih

aufiqurrahman: وَمَا هَٰذِهِ ٱلۡحَيَوٰةُ ٱلدُّنۡيَآ إِلَّا لَهۡوٞ وَلَعِبٞۚ وَإِنَّ ٱلدَّارَ ٱلۡأٓخِرَةَ لَهِيَ ٱلۡحَيَوَانُۚ لَوۡ كَانُواْ يَعۡلَمُونَ

(Bahasa Indonesia)
Dan kehidupan dunia ini hanya senda-gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui.

-Surat Al-Ankabut, Ayat 64

Subhanallah. Terimakasih ayah atas pencerahannya

 

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *