PENZAHIRAN

Zulkhairi: Assalamualaikum Ustadz, Mohon dimajukan pertanyaan daripada Zulkhairi jemaah daripada Keningau, Sabah seperti yang berikut:

  1. Semua adalah zat. Termasuk ruang dan masa. Sebenarnya tiada pergerakan dlm loh mahfuz sebab pergerakan memerlukan ruang dan masa dan ia juga adalah zat. Pergerakan di loh mahfuz ialah seperti cahaya lampu suluh yg disuluh ke dalam air yg cukup tenang. Walaupun cahaya itu digerak-gerakkan, ia tetap tdk terpisah dari air. Betul tak pemahaman saya?
  2. Satu lagi. Ketika menafi isbatkan sifat ciptaan kepada zat, Zat itu tidak terpisah-pisah. Boleh tak saya katakan yg semua ciptaan adalah sebenarnya satu dalam maha halus. Betul tak pemahaman saya. Terima kasih.

Ustadz Hussien Abd Latiff: 1. Untuk mengisbatkan Dzat WAJIB dinafikan atau hilangkan kesemua Ciptaan atau Sifat iaitu keseluruhan Loh Mahfuz (termasuk Ruang dan Masa) kerana kesemua Sifat atau Ciptaan adalah penzahiran Dzat. Contoh, ais adalah penzahiran air maka kalau Kita mahu lihat air maka hilangkanlah penzahirannya iaitu ais.

Harap prihatin bukan ais dalam air tetapi ais adalah penzahiran air. Semoga mendapat pencerahan.

  1. Begitu juga Dzat adalah penzahiran Yang Maha Halus untuk mengisbatkan Yang Maha Halus WAJIB Kita nafikan atau hilangkan Dzat.

Dzat adalah penzahiran Yang Maha Halus bukan di dalam Yang Maha Halus.

Semoga mendapat pencerahan.

Yusdeka: Alhamdulillah, terima kasih Pak Ustadz.

Dapat konci yang sangat penting ini.

Penzahiran, bukan di dalam.

Jadi Sifat adalah Penzahiran Dzat. Dzat adalah Penzahiran Yang Maha Halus.

Sebab kalau menggunakan kata di dalam, akan ada kesan bahwa Sifat, Dzat, dan Yang Maha Halus itu terpisah-pisah.

Begitukah Pak Ustadz?

Ustadz Hussien Abd Latiff: Benar, Sahabatku Pak Deka.

Yusdeka : alhamdulillah, makasih Pak Ustadz

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *