PENGIBARATAN TAKDIR

Anakku, Takdir itu ibarat seekor kuda yang liar. Bila Kalian menunggangnya ia enggan mengikut arahan Kalian. Maka ia akan lompat ke kiri, ke Kanan, tunduk ke bawah dan panjat ke atas. Justeru berapakali Kalian akan jatuh kebawah. Kadangkali terasa sakit bila dijatuhkan, adakala patah tulang Kalian dan kadangkali membawa maut.

Begitu juga, ia membawa Kalian dengan lajunya di bawah dahan pokok yg rendang maka terjatuhlah Kalian apabila berlanggar dengan dahan yg rendah. Kadangkali di bawa kalian merintasi semak samun sehingga badan Kalian terguris-guris dibuatnya. Juga kadangkali dibawanya Kalian masuk ke dalam air sehingga basah kuyup seluruh anggota Kalian.

Sesungguhnya, Kalian tidak akan dapat mengawal kuda itu ataupun membimbingnya untuk mengikut arahan Kalian.

Anakku, kenapa kuda itu berlakuan begitu? Ini adalah kerana Kuda itu udah diolah (program) oleh Ilahi justeru dia mengikut arahan Ilahi bukan arahan Kalian. Dan arahan Ilahi itu udah sempurna dan tiada sesuatupun yg tertinggal dalam arahan itu. Justeru olahan (program) Nya tidak bisa berubah dan kuda itu akan patuh sepenuhnya kpd olahan itu.

Maka anakku sedarkanlah akan fakta ini iaitu kuda itu udah diolah (program) oleh Ilahi dan Kalian ngak bisa merubahnya atau mengatasi (overwrite) olahan (program) itu.

Apabila Kalian udah sedar akan fakta yg disebutkan di atas ini maka perubahan yg diperlukan mestilah datang daripada diri Kalian bukan dari kuda itu. Apakah perubahan yg di maksudkan itu? Tidak lain melainkan Kalain membuat penyerahan sepenuhnya (kepada Takdir). Seperti firmanNya bahawa hendaklah Rasulullah saw pertama-pertama menyerah diri. Dan hendaklah orang-orang beriman menyerah diri sepenuhnya.

Maka bukan kuda itu tetapi Kalianlah yg mesti membuat penyesuaian dengan menerima sepenuhnya akan kelakonan Kuda itu. Kerana Kuda itu tidak bisa berubah kerana udah diolah dari semula. Maka kalau Kuda itu membuat kita jatuh serta luka atau cedera atau maut kpd yg terdekat dgn Kita maka janganlah marah kerana Kuda itu mesti berkelakuan begitu kerana itulah olahan (program)nya. Apa yg Kalian mesti buat ialah berkata,”Inna lillahi wainna Ilahi rajiun!”. Dengan ini, Kalian mendapat pertunjuk dan rahmat dari Ilahi.

Begitu juga kalau badan Kalian mengalami luka-luka atau luka parah dibuatnya maka janganlah Kalian marah atau merungut atau bersungut atau mencelakakan kuda itu kerana Kalian mesti peka bahawa kuda itu udah diolah dan mesti menjalankan olahan (program) itu serta tidak bisa mengubahnya. Apabila semua itu berlaku Katakanlah, ” Inna lillahi wainna Ilahi rajiun!”

Anakku, olahan (program) itu adalah dibuat oleh Allah yg Maha Bijaksana maka sudah tentu olahan itu berhikmah dan terbaik untuk Kalian. Maka hendaklah Kalian Yakin dengan Haqqul Yakin yg olahan itu adalah terbaik bagi Kalian serta menyerah dan menerima sepenuhnya akan olahan itu. Seperti Rasulullah saw bersabda bahawa baginda dan Umat baginda menyerah sepenuhnya (kpd Takdir Ilahi).

Anakku kalau Kalian ngak mahu menerima akan olahan itu maka Kalian tidak akan dapat Hikmah disebalik perkara-perkara yg berlaku di dalam olahan itu. Inilah yg dimaksudkan dalam firmanNya bahawa Allah swt tidak akan menolong (memberi Hikmah) kepada seseorang itu yang tidak menolong dirinya (menerima Takdir).

Semoga Anakku mendapat kefahaman dalam tazkirah ini, aamin Ya Rabbil alamin!

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *