MENGENAI RASA

Sri Puji Astuti: Assalamualaikum Ayah. Mohon pencerahannya. Ananda ada sedikit pertanyaan. Ayah pernah menyampaikan bahwa untuk dekat dengan Allah SWT dengan ingatan dan kalau untuk dekat dengan Rosulullah dengan ‘rasa rindu’. Yang menjadi pertanyaan kalau letak ingatan adalah didalam minda kita, dimanakah letak rindu/kasih sayang /rasa itu. Bagaimana cara membangkitkan ‘rasa’ itu ? Hal ini ada kaitannya untuk mencapai kesadaran di dalam azas ahli sufi yang ke 4 (kesadaran sejati meleleh air mata). Mohon bimbingannya. Banyak sahabat yang merasa paham ilmu yg disampaikan tapi untuk mencapai kesadaran sejati hingga berlinang air mata masih banyak yang belum mendapatkannya. Terimakasih Ayah

Ustadz Hussien Bin Abdul Latiff: Anakku, Rasa adalah satu ciptaan tersendiri atau bebas yg dikirimkan Allah swt kpd Kita untuk membantu Kehidupan Kita.

Maka Rasa adalah juga satu-satu ciptaan yg sentiasa bertasbih kepadaNya

Walaupun ia bebas namun ia selalu bersama roh kerana ia dapat menggunakan roh menyelusuri seluruh Jasad. Justeru, Kita dapat merasakannya disegenap Jasad Kita.

Walaupun Rasa adalah satu ciptaan bebas tetapi ia mempunyai banyak fungsi atau ragam seperti takut, suka, duka, sayang, cinta, enak, jelek dll. Maka sekiranya ia menghilang maka seseorang itu tidak akan dapat merasakan

Namun begitu, ia tidak menjadi satu pegertian kalau roh tidak menjadi Jiwa kerana adalah fungsi Minda yg menyatakan apa yg dirasakan. Maka yg kena stroke separuh badan tidak merasa kerana bahagian itu tidak menjadi Jiwa.

Rasa juga bisa terhindar sekiranya Jiwa Kita itu ternoda dengan dosa, kejahatan dll. Maka orang yg jahat atau yg kuat berjudi, minum arak dan sebagainya tidak akan merasa kesian, takut atau berdosa atas perbuatannya itu.

Disebaliknya, mereka yg berjiwa murni maka Rasa mereka berubah menjadi aman, tenteram, damai, suci, sakinah dan seperti firman Allah, Dia akan menambahkan rasa kasih sayang kedalam Jiwa mereka.

Maka amatlah perlu untuk kita mencapai Rasa yg sakinah dengan bertakwa dan dengan itu, Insya-Allah, bisa berhubung dengan Rasulullah saw.
Anakku, Rasa adalah satu ciptaan tersendiri atau bebas yg dikirimkan Allah swt kpd Kita untuk membantu Kehidupan Kita.

Maka Rasa adalah juga satu-satu ciptaan yg sentiasa bertasbih kepadaNya

Walaupun ia bebas namun ia selalu bersama roh kerana ia dapat menggunakan roh menyelusuri seluruh Jasad. Justeru, Kita dapat merasakannya disegenap Jasad Kita.

Walaupun Rasa adalah satu ciptaan bebas tetapi ia mempunyai banyak fungsi atau ragam seperti takut, suka, duka, sayang, cinta, enak, jelek dll. Maka sekiranya ia menghilang maka seseorang itu tidak akan dapat merasakan

Namun begitu, ia tidak menjadi satu pegertian kalau roh tidak menjadi Jiwa kerana adalah fungsi Minda yg menyatakan apa yg dirasakan. Maka yg kena stroke separuh badan tidak merasa kerana bahagian itu tidak menjadi Jiwa.

Rasa juga bisa terhindar sekiranya Jiwa Kita itu ternoda dengan dosa, kejahatan dll. Maka orang yg jahat atau yg kuat berjudi, minum arak dan sebagainya tidak akan merasa kesian, takut atau berdosa atas perbuatannya itu.

Disebaliknya, mereka yg berjiwa murni maka Rasa mereka berubah menjadi aman, tenteram, damai, suci, sakinah dan seperti firman Allah, Dia akan menambahkan rasa kasih sayang kedalam Jiwa mereka.

Maka amatlah perlu untuk kita mencapai Rasa yg sakinah dengan ketakwaan yg akan disampaikan, Insya-Allah, di Tazkirah yg akan menyusuli.

Sehingga berjumpa, insya-Allah, fiamanillah anakku!

Sri Puji Astuti: Maaf…satu lagi…kenapa rasa haru, sedih, sering muncul dari dalam dada lalu spontan airmata meleleh? Apakah ada hubungannya dengan letak roh di dada saat menciut?

Ustadz Hussien Bin Abdul Latiff: Seperti dikatakan Rasa itu Satu dan menjelajah seluruh Jasad menerusi kembangnya roh. Namun fungsinya banyak dan terbahagi keseluruh diri Kita. Contoh, (a) Rasa sakit, enak, sejuk, panas, pejal, Lembut, keras bisa dirasa di seluruh anggota kita.; (b) Rasa hiba, sedih, sayang, cinta dirasakan dibahagian Hati; (c) Rasa ngantuk, penat, letih, ketiduran dibahagian Kepala; (d) Rasa seram dan takut dirasakan dibahagian tengkuh Kita justeru bulu roma berdiri kerananya. Dan sebagainya.

Maka yg anakanda katakan itu adalah fungsi atau ragam Rasa. Rasa itu tetap satu.

 


MENGENAI RASA (2)

Ustadz Hussien Bin Abdul Latiff: Anakku, seperti Ayahmu udah berkata bahawa Rasa adalah satu ciptaan bebas namun menggunakan perkembangan roh untuk menerap disegenap Jasad Kita. Namun begitu tetap ia ciptaan yg bebas tidak melekat tetap kepada Roh.

Satu situasi di mana ia meninggalkan roh ialah bila seseorang itu “ditekan” (oleh syaitan) atau “Sleep paralysis”. Ini lah situasi apabila perkembangan roh disekat sehingga tidak dapat bercantum dengan Minda menjadi Jiwa. Kerana ini, roh tidak dapat berfungsi langsung dan jasad tidak bisa bergerak. Pada masa-masa ini Rasa akan meninggalkan roh dan bergabung dengan Minda. Maka terasalah takut dan panik (kelam-kabut) sehingga menjerit sekuat-hati namun tidak ada mendengarinya kerana belum terjadinya Jiwa justeru Roh terbengkalai atau terkapai-kapai seperti Kapal laut tidak bernakhoda.

Ada juga situasi, Minda meninggalkan roh dan Rasa. Ini berlaku apabila seseorang itu pengsan kerana terperanjat atau kerana ketakutan teramat sangat. Apabila ini berlaku, Rasa yg bersama roh tidak dapat memberi pengertian kerana Minda udah meninggal pergi justeru itu tidak terjadi Jiwa.

Ada juga situasi, roh meninggalkan Minda dan Rasa. Ini berlaku semasa sakaratul maut di mana roh ditolak oleh gelombang sakarat menuju ke Pintu Alam Bazakh. Maka tinggallah Rasa dan Minda memerhati pemergian roh serta juga melihat situasi sekeliling: ada yg menangis, ada yg mengaji, ada yg merayu dan sebagainya. Maka terasalah hiba, sedih dan sebagainya. Namun tiada suara bisa keluar dari rongganya kerana roh udah keluar menuju ke Pintu Alam Bazakh.

Semoga Anakku mendapat pencerahan dari Tazkirah ini, aamin Ya Rabbil alamin!!

Ellsy T Makrifat: Ustadz…
Rasa itu ciptaan yang “selalu” bersama roh…
Ilmu juga ciptaan…
Dimana posisi ilmu ustadz …

Ustadz Hussien Bin Abdul Latiff: Ilmu turunnya di Minda maka yg membedakan manusia dan haiwan ialah banyaknya ilmunya kerana keduanya mempunyai Minda dan menerima ilmu. Namun ilmu yg diterima oleh haiwan amat sedikit dibandingkan dengan manusia. Contoh haiwan berilmu: beri monyet sebiji pisang dan seketul besi udah tentu ia akan ambil pisang (dan beri kita seketul besi itu)

Namun apabila ilmu udah turun ke Minda maka ia menjadi memori. Justeru orang yg berpenyakit dementia atau pikun (nyanyuk) yang teruk akan kehilangan banyak ilmu kerana hilang memori.

Ellsy T Makrifat: Terima kasih ustadz…

Karena Rasa itu Ciptaan berarti kita bisa *bersahabat* …
Artinya bisa berkembang baik dan bisa menjauh…
Juga harus di beri cinta dan perhatian kah ustadz…
(Di pupuk – dipelihara)
Maaf ustadz….

Ustadz Hussien Bin Abdul Latiff: Kesemua ciptaan mempunyai Rasa atau juga Perasaan. Maka udah tentu bisa berkesinambungan. Maka berkata baik dan bersikap kasih sayang kepada pokok-pokok maka ia akan tumbuh dengan bagus sekali. Bersikap kasih sayang dengan kucing pemeliharaan dan ia akan manja sekali dengan kamu.

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *