LAYAR KEHIDUPAN (2)

Ustadz Hussien Abd Latiff: Anakku, apabila Kalian diri di belakang tetapi menghadap Layar Kehidupan, Kalian akan saksikan Sandiwara Ilahi berjalan dengan cepatnya. Kalian juga akan melihat ramai yg berlakon mengikut skrip masing-masing atau Kitab Kehidupan mereka atau Takdir mereka. Sesuai dengan firmanNya bahawa Kalian akan hidup mengikut Kitab ini sehingga ke Hari Kebangkitan.

Skrip Kalian hanya akan ada perubahan apabila Kalian berhenti berlakon. Iaitu kembalikan skrip kepada yang empunya skrip iaitu Allah swt. Sebab itulah Allah swt berfirman supaya Rasulullah saw dan Kita orang-orang beriman menyerah diri.

Untuk menyerah diri, Kalian perlu:

1. Sentiasa Dzikrullah (ingat Allah swt) dalam shalat, luar shalat dan dalam hidup keseharian. Dzikrullah ini ibarat lilin yg menyala di malam yg gelap gelita. Jagalah ia sentiasa supaya tidak padam.
Sayugia diingatkan, apabila Kalian Dzikrullah, minda Kalian akan menjadi kosong dan yg ada hanya jngatan Allah swt yg tentunya tidak serupa dan tidak boleh diumpamakan dengan apa jua. Hendaklah Kalian istiqamah supaya bila-bila masa minda Kalian kosong dan hanya ada satu penghuni iaitu (ingatan) Allah swt. Sesuai dengan Pepetah melayu,”Alah bisa tegal biasa!.”

2. Apa jua masalah yg kalian hadapi hendaklah kalian sentiasa NST, jangan samasekali simpan masalah itu di minda Kalian.

3. Buatlah banyak Ibadah Sunat seperti Puasa, shalat Tahajud, Baca Al Quran, sentiasa bersandar kpd Syariah dalam apa jua lakuan, banyak
sedekah, bersifat kasih-sayang dan sentiasa taat menjalankan perintah Allah swt.

Apabila peranan Kalian di Layar Kehidupan udah menjadi sirna kerana dikembalikan kpd Ilahi maka Kalian akan diberi skrip baru di mana Kalian akan menjadi Perkakas Ilahi. Syeikh Abdul Qadir Al Jilani berkata bahawa hendaklah Kalian menjadi Tempayan pecah yg tidak boleh mengandungi setitik air pun atau seperti mayat yg di mandikan atau bola yg ditendang-tendang.

Apabila penyerahan Kalian mantap maka Allah swt akan mengisikan kalian dengan skrip yg baru di mana Kalian menjadi PekakasNya ataupun Orang-orang Allah swt. Justeru itu, Kalian akan hanya berlakon untukNya. Kerana itu Khidir berkata bahawa dia melahukan semua ini (membunuh seorang kanak-kanak, memecahkan perahu dan mendirikan pagar yg udah roboh) bukan atas kemahuannya sendiri.


Catatan: Artikel tanya jawab ini diperuntukkan bagi yang sudah memahami kajian Makrifatullah. Apabila ada diantara pembaca yang belum memahami, harap terlebih dahulu membaca SILABUS KAJIAN dan mengikuti dengan runut pembahasan satu per satu sejak awal.

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *