LAUH MAHFUDZ 12

Oleh Ust. Hj. Hussien Bin Abdul Latiff,  judul asli (Sesudah Makrifatullah, Loh Mahfudz)  

 

Kebanyakan mereka langsung tidak berilmu kerana Allah swt tidak memberi mereka ilmu langsung tetapi untuk kaum Adam Allah swt terus menerus memberi ilmu

Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan.[123]

Dan Dia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Dia berfirman: Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar. Malaikat itu menjawab: Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. Allah berfirman: Wahai Adam! Terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka. Maka setelah Nabi Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka, Allah berfirman: Bukankah Aku telah katakan kepada kamu, bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?. [124]

Bacalah dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah; Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan; Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.[125]

Dialah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan.[126]

Yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.[127]

Mereka sangat mundur dan senjata mereka hanya jampi-serampa, sihir-sihir dan bisikan-bisikan. Ini tidak akan dapat mempengaruhi robot-robot perang manusia.

Mereka mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya). Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: Ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka dan demi sesungguhnya mereka telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui..[128]

Sesungguhnya tipu daya Syaitan itu adalah lemah.[129]

Jangan pula kamu diperdayakan oleh bisikan dan ajakan Syaitan yang menyebabkan kamu berani melanggar perintah Allah.[130]

Sesungguhnya perbuatan berbisik itu adalah dari Syaitan, untuk menjadikan orang-orang yang beriman berdukacita; sedang bisikan itu tidak akan dapat membahayakan mereka sedikitpun melainkan dengan izin Allah; dan kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman berserah diri.[131]

Mereka tidak berjasad tetapi di hari muka kita alkan dapat melihat mereka, Alhamdulillah, hasil daripada projek Hybrid Embryonic (Campuran baka haiwan dan manusia).

Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka.[132]

Sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu..[133]

Mereka sangat membenci Allah swt. Hati mereka penuh dengan kebencian kepada Allah swt. Mereka juga membenci apa sahaja yang bersangkutan dengan Allah swt. Mereka merasakan Allah swt telah menganiaya mereka dan tidak berlaku adil terhadap mereka. Justeru itu mereka menyembah Taghut sebagai satu penghinaan kepada Allah swt.

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?. [134]

Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah taghut. [135]

Penolong-penolong mereka ialah Taghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli Neraka, mereka kekal di dalamnya.[136]

Dan apabila engkau melihat orang-orang yang memperkatakan dengan cara mencaci atau mengejek-ejek ayat-ayat Kami, maka tinggalkanlah mereka sehingga mereka memperkatakan soal yang lain.[137]

Nabi Isa (as) cuba membaiki hubungaN Iblis dan sekutu-sekutunya dengan Allah swt. Mari kita lihat percubaan Nabi Isa (as):

Isa:Hanya 2 perkataan diperlukan.”

Syaitan:Apa perkataan-nya?”

Isa:Maafkan kami.”

Syaitan:Suruh Tuhan memohon maaf kapada  
                           kami dahulu.”

Isa:Pergi kamu dari sini. Kamu-lah yang zalim  
           dan penyebab ketidak-adilan serta
            dosa. Tuhan adalah Maha Adil lagi Suci.”

Mereka langsung tidak ada perundangan. Kehidupan mereka tidak ada sandaran pada undang-undang langsung. Mereka sengaja membuat sesuatu yang berlawan dengan kehendak Allah.

Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.[138]

Mereka sengaja hidup bergelumang dengan dosa. Mereka sengaja melakukan apa jua perkara yang Allah swt melarang.

Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. [139]

Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. [140]

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; dan sesiapa yang menurut jejak langkah Syaitan, maka sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menyuruh (pengikut-pengikutnya) melakukan perkara yang keji dan perbuatan yang mungkar.[141]

Mereka menghalalkan yang haram dan keterlaluluan dalam perkara yang haram.

Mereka menghalalkan apa yang telah diharamkan oleh Allah. Perbuatan buruk mereka itu dihias dan dijadikan indah untuk dipandang baik oleh mereka.[142]

Syaitan pula memperelokkan pada mereka apa yang mereka telah lakukan.[143]

Maka hendaklah kita menundukkan mereka dan sesudah itu memerintah mereka serta membawa mereka kembali menyembah Allah swt. Dengan ini, kita sudah memenuhi tanggungjawab kita sebagai Khalifah Allah swt. 

Sesungguhnya Syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah dia musuh .[144]

Orang-orang yang beriman, berperang pada jalan Allah dan orang-orang yang kafir pula berperang pada jalan Taghut. Oleh sebab itu, perangilah kamu akan pengikut-pengikut Syaitan itu, kerana sesungguhnya tipu daya Syaitan itu adalah lemah.[145]

Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah dan (sehingga) menjadilah agama itu semata-mata kerana Allah.[146]

Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih-mesra dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka atau saudara-saudara mereka ataupun keluarga mereka. Mereka (yang setia) itu, Allah telah menetapkan iman dalam hati mereka dan telah menguatkan mereka dengan semangat pertolongan daripadaNya dan Dia akan memasukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka tetap kekal di dalamnya. Allah reda akan mereka dan mereka reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Merekalah penyokong-penyokong (agama) Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya penyokong-penyokong (agama) Allah itu ialah orang-orang yang berjaya.[147]

Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya) dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya.[148]

ix.              Dengan menundukkan Syaitan yang durjana kehormatan Allah swt yang dicemuh oleh Syaitan dapat ditabalkan semula. Dengan itu, sebenarnyalah Allah swt Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui dan benar jugalah firmanNya dahulu yang bermaksud:

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya.[149]

[123] Al Israa (17):70

[124] Al Baqarah (2):31-34

[125] Al Alaq (96):3-5

[126] Ar Rahman (55):3-4

[127] Al A’raaf (7):179

[128] Al Baqarah (2):102.

[129] An Nisa (4):76

[130] Luqman (31):33

[131] Al Mujadilah (58)10.

[132] Al A’raaf (7):27

[133] Al Baqarah (2):168;208; Al An’aam (6):142;Yusuf (12):5;Al Israa (15):53;AzZukhruf (43):62

[134] Al Baqarah (2):30

[135] An Nahl (16):36

[136] Al Baqarah (2):257

[137] An An’aam (6):68

[138] Al Baqarah (2):208

[139] Al Maidah (5):90

[140] Al Maidah (5):91

[141] An Nur (24):21

[142] At Taubah (9):37

[143] Al An’aam (6):43

[144] Fathir (35):6

[145] An Nisa (4):76

[146] Al Baqarah (2):193

[147] Al Mujadilah (58):22

[148] Al Ahzab (33):72

[149] Al Baqarah (2):30.

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *