KEMATIAN (2)

 Ustadz Hussien Abd Latiff: Penerangan puisi:

(A)”Maka terbukalah Pintu Alam Bazakh,
Maka jiwaku dijemput masuk ke Alam itu
Apabila masuk sahajaku ke dalamnya,
Maka tertanggal kesemua ikatanku kepada dunia.
Seperti aku dilahirkan semula lagi,
Tanpa apa jua ingatan serta memori lama.”

Semestinya ikatan dengan dunia, ingatan dan memori lama mesti hilang sebaik sahaja Kita masuk ke Alam Bazakh. Kalau tidak Alam Bazakh akan menjadi medan:

1. Peperangan di antara musuh lama seperti Hitler, Stalin, Churchill, Firaun, Jeneral Yamashita dll

2. Membalas dendam kerana dibunuh, dianiayah, difitnah, disiksa dll semasa di dunia.

3. Maki hamun kerana layanan buruk yg diberi oleh ibu mertua, ipar duai, suami dan isteri, adik beradik dll semasa di dunia

4. Pergaduhan kerana masih terikat dengan kongsi gelap, panas baran, dicaci, dihina dll semasa di dunia.

5. Sambung perbuatan maksiat seperti Judi, kuda, loteri dll.

6. Bertambah kuat ibadah.

(B).”Begitu juga rupaku berubah, kembali ke rupa asli,
Rupa jiwaku semasa di Alam Azali.
Kesemua di Alam Bazakh berupa seperti ku,
Rupa yang berbeza dengan rupa di dunia,”

Semestinya rupa Kita berubah kerana rupa Kita mengikut kitab Takdir kita udah ditinggalkan di dunia. Justeru itu, rupa Jiwa Kita yang asli semasa di Alam Azali terlepas dari jasad dan dari skrip Kita lalu masuk ke Alam Bazakh. Dengan pertukaran rupa maka perhubungan dengan dunia juga terputus.

(C) “Maka ku pandang ke arah dunia yang ku tinggalkan.
Maka sedarlah aku, mereka dalam Lakonan,
Lakonan dunia yang mesti dijalankan
Mengikut Buku Kehidupan yang dinamakan Takdir,
Berlakonlah mereka sehingga akhir perjalanan,
Iaitu sampai ke akhir hayat mereka dituliskan,
Sesudah itu Jiwa mereka kembali ke Alam Bazakh,
Tempat berihat menunggu Hari Kebangkitan.”

Sesudah luput segala ikatan, ingatan dan memori berhubung dengan dunia maka sedarlah Kita pada saat itu bahawa Jiwa kitalah yang sebenar diri.
Diri yg tertinggal di dunia itu adalah hanya satu pakaian beragam (costume) yg dipakai sesuai dengan skrip Lakonan Kita. Pakaian dan skrip tertinggal apabila Kita meninggal dunia justeru Jiwa Kita yg memakai pakaian itu dan berlakon mengikut skrip terlepas lalu masuk ke Alam Bazakh suci lagi bersih. Justeru tiada permusuhan, maksiat, jenayah, hasad dengki, kianat dll di Alam Bazakh. Sesuai dengan firmanNya yg menjemput jiwa-jiwa yg tenteram kembali kepadaNya, masuklah dalam jemaahNya dan masuklah ke dalam syurgaNya dengan hati puas lagi diredhai.

Kefahaman akan keadaan di Alam Bazakh membolehkan umat Muhmmad menjadi satu serta,.berharmoni serta dapat kenal mengenali sesama sendiri tanpa mengambilkira agama, bangsa, budaya dan rupa masing-masing. Sesuai dengan firmanNya bahawa Dia jadikan Kita bersuku-suku, berpuak-puak dan berbangsa-bangsa supaya dapat kita kenal mengenali di antara satu dengan lain.

Anakku, sesungguhnya apabila kalian jejak ke Alam Bazakh segala talian dengan dunia Kita ini terputus sama sekali. Contoh;

1. Penyakit sama ada mental (seperti gila, pikun, dementia dll) atau fisikal (sakit kulit, kusta, kurap dll), semua penyakit ini tertinggal di dunia tidak ikut sama ke Alam Bazakh.

2. Kecacatan mental (
Mental Incapacity) atau fisikal (OKU – Orang kurang upaya), kecacatan ini tertinggal di dunia tidak ikut bersama masuk Alam Bazakh.

3. Pekak, bisu, buta, bahlul (idiots), sengau, rabun dll kecacatan tertinggal tidak ikut bersama ke Alam Bazakh.

4. Keadaan ekonomi – miskin, kaya, papa dll keadaan ini tidak ikut bersama ke Alam Bazakh.

5. Status atau kedudukan hidup Kita – Sultan, Presiden, Perdana Menteri, Menteri, Jeneral, Profesor, Hakim, Peguam Negara Penghulu, doktor, lawyer, jurutera, Akitek dll, kedudukan semua ini tidak ikut masuk ke Alam Bazakh

6. Umur – bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan tua, semua umur ini tidak ikut bersama masuk ke Alam Bazakh. Di Alam Bazakh semua jiwa berumur 33 tahun.

7. Pertalian – hamba sahaya, ibu-bapa, datuk-nenek dan seterusnya, suami isteri, anak, cucu dan seterusnya, saudara-mara, ipar duai dll, pertalian ini tidak ikut bersama ke Alam Bazakh.

8. Kedudukan ukrawi – Mufti, Kadi, ulama, asatizah, Hakim, Hakam dll, kedudukan semua ini tidak ikut bersama ke Alam Bazakh.

9. Kejahatan atau kemaksiatan – penjenayah,, penagih (nakoba, arak, Judi dll), penipu, “playboy” dll, tidak ikut bersama ke Alam Bazakh.

10. Jantina – lelaki, perempuan, “apa kabar, bang” dll tidak ikut masuk bersama ke Alam Bazakh.

11. Agama – Islam, Kristian, Hindu, Buddhist dll, tidak ikut ke Alam Bazakh.

12. Ukuran badan – gemok, kurus, “slim” dll, tidak ikut ke Alam Bazakh.

13. Selera makan Dan minum tidak ikut ke Alam Bazakh.

14. Suara, cerdik, bodoh, bijak dll tidak ikut ke Alam Bazakh.

15. Penyakit – kanker, leukamia, ahmar (stroke), masalah ginjal, natuk kering (TB), Aids atau HIV dll, tidak ikut ke Alam Bazaar.

Pendekkata, bagaimana Jiwa Kita di Alam Azali, begitu juga jiwa Kita di Alam Bazakh.

Maaf anakku, mata ayah nak masuk ke Alam Beradu dan kalian ngak bisa ikut bersama, harap maklum… 😴😴😴

Yusdeka Putra: Pak Ustadz, mohon pencerahan tentang 3 hal ini yang sangat sering disebutkan: bahwa semua terputus kecuali tiga perkara :
Anak yg sholeh
Sodakoh jahriah
Ilmu yg diamalkan.

Ustadz Hussien Abd Latiff: Dari pandangan Syariah Saya, benar inilah yg ditinggalkan selepas Kita meninggal dunia.

Seperti Musa as benar apabila beliau menegur Khidir as kerana memecah harta benda orang dan membunuh seorang kanak-kanak

Yusdeka Putra: Makasih Pak Ustadz

Azri Acong: Assalamualaikum ustaz
Mohon maaf kerana bertanya dan mengharapkan tunjuk ajar daripada ustaz.

Kebanyakkan soalan timbul dikalangan jemaah malaysia pada penyataan

“pendekkata, bagaimana Jiwa Kita di Alam Azali, begitu juga jiwa kita di Alam Barzakh”.

Jawapan umur setiap ruh adalah 33 tahun sudah mereka ketahui.
Persoalan mereka adalah Adakah rupa ruh itu sama di alam azali dan alam barzakh seperti rupa kita 33 tahun di dunia.

Terima kasih ustaz.

Ustadz Hussien Abd Latiff: (B).”Begitu juga rupaku berubah, kembali ke rupa asli,
Rupa jiwaku semasa di Alam Azali.
Kesemua di Alam Bazakh berupa seperti ku,
Rupa yang berbeza dengan rupa di dunia,”

Semestinya rupa Kita berubah kerana rupa Kita mengikut kitab Takdir kita udah ditinggalkan di dunia. Justeru itu, rupa Jiwa Kita yang asli semasa di Alam Azali terlepas dari jasad dan dari skrip Kita lalu masuk ke Alam Bazakh.

Azri Acong: Pernah satu waktu dahulu, ustaz menceritakan perjumpaan ustaz dan abg ustaz di luar alam barzakh, adakah ustaz mengenali rupa abg ustaz didalam rupa azali, betul ke pemahaman saya ini ustaz.
🙏mohon maaf ustaz

Ustadz Hussien Abd Latiff: Jumpa di alam mimpi. Kalau Alam mimpi rupa seperti rupa di dunia.

Azri Acong: Alhamdulillah ustaz
Terima kasih diatas pencerahan yg cukup jelas.
Mohon maaf sekali lagi kerana banyak soalan yg saya bawa pada malam ini.
Selamat beristirehat ustaz.

Syofian Husin: Apakah ini yg di artikan.
Innalillahi wa inna ilaihi roji’un.
Terimakasih Ustadz yg kami Kaseh, yg kami Muliakan. 😭😭🙏🏻

Ustadz Hussien Abd Latiff: Maknanya – Dari Allah swt dan kepada Allah swt kita kembali.

Walaupun kebanyakan memahami ayat ini sebagai ayat yg disebut apabila mendengar kabar kematian seseorang namun dari sudut makrifat ayat ini adalah ayat “Penyerahan” kpd Allah swt dalam apa jua situasi yg Kita alami.


Artikel sebelumnya:


Catatan: Artikel tanya jawab ini diperuntukkan bagi yang sudah memahami kajian Makrifatullah. Apabila ada diantara pembaca yang belum memahami, harap terlebih dahulu membaca SILABUS KAJIAN dan mengikuti dengan runut pembahasan satu per satu sejak awal.

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *