KAULAH SAHABAT (kiriman Dr. Naim (Malaysia))
KAULAH SAHABAT
(Khusus buat Ustaz AB Hj Hussein Ab Latiff; Sahabat-sahabat dan Sempena Perasmian YAMAS (Yayasan Makrifatullah Sedunia) di Seminar Makrifat, Jakarta, 31.10.2015)
I
31/10 2015 di Kota Jakarta
Take’s Mansion Jalan Kebun Sirih tempatnya
Di dewan yang masih lagi “dara” kita perasminya
Menyatu kita pada pertemuan jalan Makrifatullah
Peristewa penanda yang bakal jadi sejarah
Cahaya ilmu Allah yang semakin terserlah
Udah tertulis di LohMahfuz Kitabullah.
Berdiri pengacara menyusun agenda
Bismillah, Fatihah dan Selawat awal bermula
Mohon Keberkatan dan Keredaan Yang Maha Esa
Di iringi pantun Melayu yang berirama
Khusus untuk Ustaz tercinta!
“Kupu-kupu terbang melintang
Terbang di laut di hujung karang
Hati di dalam menaruh sayang
Dari dulu sampai sekarang”
Ketika itu hati tercuit ingin menyambut
Tidak bisa pak! “mulut perlu tutup!”
Kini, izikan rangkap “gayung bersambut”
“Sinar mentari dihujung selat
Tanjung Periuk di pinggir kota
Itulah dia pukulan makrifat
Sudah kenal, jatulah cinta”
Berdebuk jatuhnya !
Bagaikan jatuhnya durian tembaga
Berduri di luar, enak-lazak isinya!
Bila sudah ‘kenal’, baru padan muka kita!
Luruh segala apa yang kita ada
Selama ini kita megah dan bermuka-muka
Sombong bangat segala-segala
Habuk pun kita tidak punya
Hakikatnya kita tidak ada!
(Makasih Ustaz udah sampaikan hak Nya)
II
Ditanggal itu dan ditempat itu
Rasmilah YAMAS* yang ditunggu-tunggu
Impian dan cita Ustaz yang mengental di kalbu
Sejak dulu-dulu,
Maka terungkap kata-kata nan berlalu
Dari Ustaz tanpa segan dan sulu
“Sejak melewati seribu tahun dari Iman Ghazali
Cahaya ilmu Makrifatullah ini tersembunyi
Di hujung dunia, di tanjung paling akhir sekali
Ilmu Makrifat-Tasawuf jalan para Nabi
Harmoni seiring Ahli Sunnah Waljamah diakui
Menolak segala faham sebagai dilarang Fatwa
Wahdatul Wujud yang menyamakan kita dan Dia
Nur Muhammad yang membahagikan dua kuasa
Rabitah yang mengagungkan manusia
Dan segala macam faham selingkuh dari Rasullullah.”
Penuh hikmah kitab al-Quran
Kepada Nabi diberiNya Wahyu
1978 cahaya ilmu di ilhamkan
Di ‘Semenanjung Emas’ Tanah Melayu
Dari Temasik ke Pulau Pulawan
Membawa helaian kain sutera
Dari rumah ke rumah 1990-an
Sinar ilmuNya di Singapura
Wayang kulit cerita nan kaya
Sunan-sunan pendakwah mulia
Kini pelita dan cahayanya
Di simpan di Jawa, di Indonesia
III
Agenda terus berlalu
Ibra yang punya suara merdu
Memukau resik telinga sahabat setiap penjuru
(Bukan suara mu, zatNya yang berlagu)
Untaian lirik ‘Nazam Makrifat’
Irama dan lagu memukau memikat
punya penuh makna yang tersirat
Nukilan seni kata dari Ustaz
Yang diilhamkan melewati zat-zat.
Di hari itu bergegar ‘Dewan Dara’
Dengan ‘jeritan syahadu’ dan aliran air mata
Bila seorang “guru bagai menurunkan” gelaranya :
“Menyampaikan apa yang ada, adalah tugas saya
Kita hari ini adalah SAHABAT semuanya
Sahabat dunia akhirat sejalan seia sekata
Kiranya saya di izinkan berada di pintu surga
Tidak akan saya langkahi memasukinya
Saya akan tunggu hingga semua sahabat bersama
Lalu kita sejemaah akan masuk dengan redaNya!”
Jeritan syahadu dari sahabat semakin mendayukan
Mendayu dalam kesyukuran
Bersyukur pada beban amanah yang ditanggungkan
Gembira dengan sahabat yang pelbagai perwatakan
Bila Ustaz selanjut mengungkapkan:
“Hari ini diizinkan sahabat menyampaikan
Agar ilmu ini bersinar dan bertebaran
Ada yang mencarinya bertahun-tahun
Sampai jadi gila tidak bertemu jalan pulang
Kini ditemui tanpa ragu dan bimbang
Maka, sampaikan dengan terus dan ikhlas
Tokok tambah jangan dibuat tanpa dari asas
Sedikit pun jangan harapkan balas
Atau ada agenda diri yang mengalas!”
Lalu dibekalkan dengan enam Iqara’ syarahan
Untuk sahabat bawa pulang
Asas penyampaian yang berkesinambungan
(Makasih Ustaz kerana izn menyampaikan…)
Rumah terawal di Baitullah
Mekah Madinah sesuci kota
Awal agama mengenal Allah
Sudah kenal leburlah kita
Wallahualam
NHA- Amfg, Shah Alam, 10-11-15
Ingin ikut seminar dimana ya ?