JANGAN MENETAPKAN

Anakku, sebagai seorang Ahli Sufi, Kalian ngak bisa menghukum bersandarkan fakta-fakta berikut:

1. Semua udah ditetapkan apabila sahaja Allah swt berfirman,”Kun!”
2. Pelan IndukNya atau Loh Mahfuz itu lengkap dan sempurna kerana tidak satu pun Dia lupakan. Justeru apa juga yg Kalian lakukan, Dia tahu dan Dia udah luluskan. Maka yg baik ataupun buruk udah Dia tetapkan serta menjadi rukun Iman ke 6 dan kalau Kita tidak dapat menerimanya maka Kita belum beriman. Dikuatkan lagi dengan sabda Rasulullah saw bahawa sesiapa yg berkata dia bisa merubah Takdir maka tempatnya sudah tentu di dalam Neraka. Maka Syeikh Abdul Qadir Al Jilani berkata bahawa Kita ngak ada Pilihan melainkan menerima Takdir Kita secara menyeluruh.

Kerana itu anakku, Kita pegangkuat akan firmanNya,” Bagaimana kamu memikirkan dan menetapkan, celakalah kamu!”

Nabi Isa (as) bersabda bahawa celakalah sesiapa yg mengambil Pedang Pengadilan dari tangan Tuhan.

Pada suatu ketika Umat Nabi Isa (as) bawa seorang penzina kepada Nabi Isa (as) serta menuntut supaya is dihukum dengan direjam hingga maut. Maka Nabi Isa (as) setuju seraya berkata bahawa sesiapa yang tidak pernah berbuat dosa samasekali mulaikanlah merejam. Maka tiada satu pun daripada mereka mahu merejam.

Anakku, kerana Ahli Sufi ngak mahu menghukum justeru itu hukumlah mengikut Syariah (bukan Taswuf) seperti Al Junaidi Al Baghdadi menghukum Mansyur Al Hallaj atau Wali Songo menghukum Syeikh Siti Jenar ataupun Ketetapan Saya dalam syarahan Dzikrullah 2.

Maka anakku, sekiranya kamu terpaksa menghukum maka hukumlah mengikut Syariah. Seperti Rasulullah saw bersabda bahawa kalau anak baginda (Fatimah) mencuri, baginda sendiri akan potong tangan anakandanya itu.

Semoga Anakku mendapat keringanan dalam perkara ini, aamin Ya Rabbil alamin!

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *