JANGAN BERGADUH DENGAN AHLI SYARIAH
04/11/20 08.26 – Arifbillah Ustadz H. Hussein Bin Abdul Latief: Anakku yg dirindui lagi disayangi.
Ada banyak ayat-ayat di dalam Al Quran di mana kefahaman Ahli Syariah dan Ahli Sufi berbeda. Namun jangan samasekali kefahaman mereka merunsingkan kalian. Contoh:
1. Al Araaf(7):27,” *Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari Syurga.*
Lihat pula hadith ini, ” *Nabi Musa (as) berkata,’ Hai Adam, engkau adalah bapa Kami tetapi engkau telah mempersia-siakan kami serta mengeluarkan kami daripada Syurga kerana dosa-dosamu.’ Nabi Adam (as) menjawab,’ Hai Musa, Allah telah memilihmu dengan kalamNya dan menulis Taurat untukmu dengan tanganNya maka apakah engkau menyalahi Aku atas perkara yang telah ditakdirkan Allah kepadaku 40 tahun sebelum Aku diciptakan?”* Sunan Ibnu Majah Bk 1, 68(1992)
Jelas pencanggahnya. Ahli Syariah akan berpaut kepada Firman Allah swt yang terkandung dalam Surah yg tersebut di atas ini dan akan menghukum berdasar Ilmu Usul Fiqh bahawa Hadith itu terbatal kerana hadith tidak bisa diterima kalau bercanggah dengan Firman.
Namun dari sudut kefahaman Ahli Sufi, kita berpaut pada hadith yg tersebut di atas ini bersandarkan Ayat-Ayat Al Quran yg menerangkan bahawa segala sesuatu udah dituliskan dalam Loh Mahfuz dan tidak satu pun Allah swt alpakan.
2. Surah Al Baqarah (2):25,” *Sedang mereka kekal di dalamnya selama-lamanya.”*
Lihat pula Surah Hud(11):108:
” *Mereka kekal di dalamnya selagi ada langit dan bumi kecuali apa yang dikehendaki oleh Tuhanmu”*
Ahli Syariah mahu mempercayai bahawa Kita kekal di dalam Syurga selama-lamanya. Justeru tidak akan ada kiamat kedua.
Namun kita, Ahli Sufi, berpaut kepada Surah Hud (1):108 iaitu kita tidak kekal dan akan binasa apabila binasanya Syurga (yang juga ciptaan). Kerana itu Dia berfirman, ” *Dia-lah Yang Awal dan Yang Akhir* .” Al Hadid(57):3 dan ” *Inna lilahi Winna Ilaihi Rajiun* “. Al Baqarah (2): 155-156.
3. Firman Allah :“Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri.” Asy Syura(42): 30
Ahli Syariah berpendapat bahawa segala dosa adalah dari perbuatan Kita sendiri dan berpaut kpd Ayat tersebut di atas ini.
Namun Ahli Sufi kita berpaut kpd firmanNya,” *(Dia-lah) Yang Zahir dan Yang Batin.”* Al Hadid(57):3 dan, ” *Maka bukanlah kamu yang membunuh mereka, akan tetapi Allah jualah yang membunuh mereka dan bukanlah engkau (wahai Muhammad) yang melempar ketika engkau melempar, akan tetapi Allah jualah yang melempar.”* kerana itu Imam Ghazali berkata bahawa apabila kita kenal akan Tuhan kita dan diri kita maka kita tahu kita tidak wujud.
4. FirmanNya, ” *Kemudian sesiapa yang menerima surat amalnya dengan tangan kanannya. Maka dia akan dihisab dengan cara yang mudah dan ringan,”:* Al Insyiqaq(84):7-8 dan ” *Adapun orang yang menerima Kitab amalnya dengan tangan kirinya, maka dia akan berkata (dengan sesalnya): Alangkah baiknya kalau aku tidak diberikan Kitab amalku”:* Al Haqaq(69):25
Ahli Syariah akan berpaut kepada firman-firman ini.
Tetapi Ahli Sufi akan berpaut pada firman-firman ini,” *Dan tiap-tiap seorang manusia Kami kalongkan bahagian nasibnya di lehernya dan pada hari kiamat kelak Kami akan keluarkan kepadanya kitab (suratan amalnya) yang akan didapatinya terbuka. Lalu Kami perintahkan kepadanya: Bacalah Kitab (suratan amalmu), cukuplah engkau sendiri pada hari ini menjadi penghitung terhadap dirimu.”*
Senda Gurauan dan Main-main hanyalah di Dunia sahaja kita semua akan mendapat suatu penghidupan yg baru iaitu “Kampung Akhirat” pada Hari Kebangkitan. *Tiadalah Kehidupan Di Dunia ini selain dari Main-main Dan Senda Gurauan belaka dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya;”* Al Ankabut (29):64.
Kalau Senda Gurauan dan Main-main masih berjalan selepas Hari Kebangkitan seperti dihisabkan, dimasukkan kedalam Neraka ataupun Syurga. Ini bererti pementasan Kita Di Dunia tidak berakhir dengan kematian kita tetapi bersambung di Akhirat walaupun dalam firmanNya menerangkan bahawa pementasan Kita hanya sehingga Hari Kebangkitan. ” *Demi sesungguhnya, kamu telah tinggal menurut yang terkandung dalam Kitab Allah sampai ke hari kebangkitan* .”
Anakku, cukuplah setakat ini walaupun Ayah bisa bicara banyak lagi, alhamdullilah, perbedaan pandangan Ahli Syariah dan kita, Ahli Sufi.
Perbedaan Kita dengan Ahli Syariah adalah kerana mereka melihat bahawa Allah swt Wujud dan mereka juga wujud.
Anakku, ingat pesanan Ayah ini, Ahli Syariah kerana tidak berpengetahuan tentang Ilmu Ahli Sufi, akan menilai kita dengan kacamata Syariah. Jangan gaduh dengan mereka tetapi nasihatkan mereka supaya duduk dalam Dunia mereka dan jangan menganggu Kita. Kalau mereka masih mahu teruskan serangan mereka suruh mereka sebelum perbicaraan, pertama-tama huraikan makna, ” *Aku Yang Zahir* ” (kerana kalau Dia-lah YangZahir maka sudah tentu Dia tidak akan masukkan Yang Zahir dalam Neraka.😅😂🤣). Di sini Kita ambil iktibar dari Khidir:
” *Dan bagaimana engkau akan sabar terhadap perkara yang engkau tidak mengetahuinya dengan secukupnya?* Al Kahfi (18):68 dan
” *Inilah perpisahan antara aku dan kamu* .” Al Kahfi (18):78
04/11/20 08.42 – Zainul Batam: Alhamdulillah trima kasih Ayah makin terang perbedaan Ahli syariat dan Ahli sufi ..Alhamdulillah 🙏🏻🙏🏻🌹
Brarti di dalam Al Qur an : ada Firman Allah untuk Ahli syariat dan ada firman Allah untuk Ahli sufi ya Ayah ?
Benar kah seperti Ananda fahami Ayah..firman itu di tunjukan kepada Ahli syariat krna ia ingat ia wujud ..dan firman di tujukan kepda Ahli sufi krna ia tahu ia tak wujud ..
04/11/20 08.47 – Arifbillah Ustadz H. Hussein Bin Abdul Latief: Kerana itu walaupun Nabi Musa (as) seorang Nabi yg ahli dalam Syariahnya, diperintahkan oleh Allah swt untuk belajar dari Khidir yang mendapat Ilmu (ladunni) dari Allah swt.
04/11/20 08.48 – Zainul Batam: Alhamdulillah trima kasih Ayah🙏🏻🌹
04/11/20 08.50 – Arifbillah Ustadz H. Hussein Bin Abdul Latief: Ayah mahu anak-anak Ayah sedari bahawa kita ada Dunia kita tersendiri iaitu Dunia Ahli Sufi.
04/11/20 08.52 – MuhammadIsamuddin Kl Makrifat: Alhamdulillah ayah, nasihat demi nasihat ayah lontarkan bermakna perkara ini adalah amat penting.
04/11/20 08.53 – Arifbillah Ustadz H. Hussein Bin Abdul Latief: Benar. Sedarilah Kita Ahli Sufi dan ada Dunia kita tersendiri.
04/11/20 08.56 – Datuk WAN: Tengkiu Ustaz..kita tak gadoh dgn ahli syariat.
04/11/20 09.00 – Arifbillah Ustadz H. Hussein Bin Abdul Latief: Benar Tok. Mereka selalu masuk Dunia kita dan menilai kita menerusi kacamata mereka.
Kerana itu, Kita udah tekankan syarat-syarat kepada mereka sebelum ada apa-apa perbicaraan di antara mereka dengan Kita kerana mereka masuk Dunia kita.
04/11/20 09.02 – Bang Albret Pangkal Pinang: Dua buah pulau yang jauh bersebrangan🙏
04/11/20 09.04 – Arifbillah Ustadz H. Hussein Bin Abdul Latief: Dulu Kita yang bena jembatan untuk menyambungkan kedua-dua pulau itu supaya Kita dapat bersiratul rahim tetapi mereka bakar jembatan ini.
04/11/20 09.05 – Bang Albret Pangkal Pinang: Benar sekali Ayah🥰
KOMENTAR