ISTILAH DAN SEJARAH (3)

Oleh: Ust. Hj. Hussien Bin Abdul Latiff

Maka jelaslah Tasawuf Jalan Wali-wali ataupun Tasawuf Tarikat muncul dalam sejarah Islam buat pertama kali di Abad ketiga dan keempat Hijriah.

Maka dari sini buat pertama kali wujudnya tariqat tasawwuf dalam Islam: Abu Al Wafa Al Ghanimi Al Taftazani, Perkembangan Tasawwuf Islam, 19 (1996).

MAKRIFATULLAH

            1. TASAWUF JALAN NABI-NABI                       2.  TASAWUF JALAN WALI-WALI 

 Penyampaian ilmu Tasawuf Jalan Nabi-nabi tidak ada perubahan. Arif-Billah yang menyampaikannya masih bersendirian (tanpa berinstitusi) dan cara ia menyampaikannya masih seperti di takuk lama ia itu menerusi syarahan-syarahan. Sehubungan dengan ini, Saiyid Ahmad Ar Rifai ada menulis:

Hendaklah kamu segera mencari cahaya bicara orang-orang Arif-Billah itu sebelum kewafatannya: Saiyid Ahmad Ar Rifai, Benteng Ahli Hakikat Dalam Meniti Makrifat Kepada Allah, 112 (1994)

Masalah di dalam Tasawuf Jalan Nabi-nabi ialah mendapatkan Arif-Billah yang sebenarnya iaitu seseorang yang arif bukan sahaja dalam ilmu tasawuf tetapi juga arif dalam bidang syarak. Contoh:

Al Muhasibi diiktiraf sebagai seorang imam yang menjadi ikutan orang Islam dalam bidang fiqh, Tasawuf, Hadith dan ilmu kalam: Zakaria Stapa, Tasawwuf Dan Empat Tokoh Sufi, 107 (1996). Al Harith Al Muhasibi adalah seorang tokoh sufi yang terkenal dalam permulaan abad ketiga Hijriah.

Al Junayd atas nasihat al-Saqati telah memulakan pengajiannya dengan mendalami ilmu fiqh dan hadith dan hanya setelah beliau menyelesaikan pengajian fiqh dan hadith itu barulah beliau berjinak-jinak untuk mendalami dan menghayati ilmu Tasawuf: Zakaria Stapa, Tokoh Sufi dan Penyelewengan Akidah, 7 (1998). A lJunaidy adalah seorang tokoh sufi yang terkenal dalam abad ketiga Hijriah.

Al Qushayri telah menghadiri kelas-kelas yang dikendalikan oleh al Imam Abu Bakr Muhammad ibn Bakr al Tusi seorang tokoh Fiqh al Syafiyyah untuk mempelajari ilmu fiqh sehingga selesai dan mantap dalam bidang tersebut….kemudiannya mempelajari ilmu kalam daripada ..al Imam Abu Bakr bin Furak. Di samping ilmu kalam, al Qushayri juga mempelajari ilmu usul al-Fiqh daripada ibn Furak. Beliau juga merupakan salah seorang daripada kalangan yang mengambil hadith Rasulullah (saw) daripada gurunya ini: Zakaria Stapa, Tokoh Sufi dan Penyelewengan Akidah, 19-20 (1998). Al Qushayri adalah seorang tokoh sufi yang terkenal dalam akhir abad ketiga Hijriah.

 Tokoh-tokoh yang tersebut di atas ini adalah ahli-ahli Tasawuf yang awal di Jalan Nabi-nabi yang berpegang keras kepada Syariah yang telah ditinggalkan oleh Rasulullah saw. Sambil itu mereka melawan dengan keras hawa nafsu mereka, mereka selalu bertaubat dan sentiasa berusaha mendekatkan diri mereka kepada Allah swt. Dengan itu mereka disegani oleh kesemua orang.

 Selain menekan bahawa seseorang ahli Sufi hendaklah pada setiap waktu berpandu kepada Syariah sebagai kata pemutus, ahli-ahli Sufi awal juga jarang ketinggalan menunjukkan sesiapa yang tidak memperdulikan Syariah akan terlibat dengan kekeliruan dan pertentangan: M M Sharif, Sejarah Islam Dari Segi Filsafah, 317 (1994).

Apabila ahli-ahli sufi berkata tentang taubat, jihad melawan nafsu, muraqabah (merasa kewujudan Allah swt), mereka disanjung oleh para muhaddithun: Muhammad Abdul Rauf, The Muslim Mind, 76 (1994).

Maka hendaklah seseorang yang mencari Arif-Billah di Jalan Nabi-nabi sentiasa berwaspada supaya mereka tidak tersalah pilih dan dengan itu mereka tersesat. Al Sarraj menulis:

Terdapat (pada zaman kita) ramai orang  yang berlagak sebagai ahli Sufi mendakwa mereka ahli sufi yang tulen dan bersedia diri bagi tugas menjawab semua soalan dan pertanyaan berkatian ajaran Sufi. Setiap penipu itu mendakwa menulis sebuah atau dua kitab tentang ajaran Sufi yang pada hakikatnya hanya jawapan yang karut-marut dan sampah yang sia-sia kepada pertanyaan yang sama tidak bermakna dan juga bodoh itu: M M Sharif, Sejarah Islam Dari Segi Filsafah, 311 (1994).

Kalabadhi juga ada menulis:

 Orang yang tidak mengetahui hakikat (kebenaran)  berlagak sebagai tahu, orang yang tidak pernah pun memerikkannya, menghiasi diri dengannya, orang yang banyak sekali memperkatakannya, menafikannya dengan perbuatannya dan orang yang banyak menunjuk-nunjukkannya dengan perbuatannya, melindunginya dengan tingkah laku yang sebenar: M M Sharif, Sejarah Islam Dari Segi Filsafah, 312 (1994).

 Al Hujwiri juga ada menulis:

Allah menjadikan kita dikalangan manusia yang mencemarkan nama Syariat menurut hawa nafsu

Mereka: M M Sharif, Sejarah Islam Dari Segi Filsafah, 312 (1994).

Penyampaian ilmu Tasawuf menerusi Jalan Wali-wali adalah satu pendekatan yang baru. Prof. Hamka ada menulis:

Kerana guru tadi telah mencobakan beberapa tata cara dan kaifiat berhasillah dia lantaran kaifiat itu, bertambahlah tinggi jiwanya. Lalu di tentukannya misalnya bacaan zikir, wirid sekian dan masing-masing guru atau thariqat mempunyai sistem sendiri-sendiri: Hamka, Perkembangan Tasauf Dari Abad Ke Abad, 110 (1976)

Disambung minggu hadapan…

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *